Wednesday, September 30, 2020

KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN KARANGAN

 


BIL

KESALAHAN

PEMBETULAN

1

… dalam kalangan pelajar-pelajar …

… dalam kalangan pelajar…

2

adap

adab

3

di titik beratkan

dititikberatkan

4

lupuk di ingatan

luput dari ingatan

5

di kalangan

dalam kalangan

6

Dengan cara ini, dapat

Dengan cara ini, mereka dapat

7

mengkongsi

mengongsi

8

di zaman

pada zaman

9

tombak utama

tonggak utama

10

lama kelamaan

lama-kelamaan

11

gadget – bahasa Inggeris

peranti

12

pra-sekolah

prasekolah

13

mempamirkan

mempamerkan

14

di antara kalangan

dalam kalangan

15

adalah penyumbang

ialah penyumbang

 

 

CERPEN CUPCAKE & CHESE TART

 

CUPCAKE & CHEESE TART

CUACA panas terik. Angin sepoi-sepoi bahasa menyejukkan suhu bandar yang bahang. Kenderaan masih lagi beratur menunggu giliran menuju ke destinasi yang dituju. Farisha masih lagi berdiri tercegat di bawah pohon rendang di hadapan bank.

“Berpeluh-peluh  I  tahu tak? You dekat mana sekarang? Lama dah I tunggu ini. Kata nak lunch sama-sama?”

“You tunggu dulu boleh tak? I terperangkap dalam jem ini.”

“Dah tahu nak lunch sama-sama, keluarlah awal-awal. You tahu tak make up I ini dah cair. Huh!”

“Tadi I ada pelanggan. Sabar boleh tak?”

“I bagi you lima minit! Kalau tak sampai juga, kita cancel saja.”

Farisha terus menamatkan perbualan dengan Haikal.  Dia tidak suka menunggu lama dan sudah lali dengan sikap Haikal yang selalu datang lambat menjemputnya. Sudah banyak kali. Stress!

Begitu juga Haikal, sudah banyak kali kena smash dengan Farisha. Tetapi dia tetap sabar dengan kekasihnya itu. Dia yakin suatu hari nanti Farisha akan faham mengenai masalahnya. Mungkin!

Pernah suatu hari, Haikal dimarahi di hadapan orang ramai ketika lambat datang lunch. Ketika itu, Farisha sungguh marah. Langsung tiada perasaan sehingga sanggup memaki Haikal.

“You ini lelaki tak guna. Bodoh! Sekarang dah jam berapa?”

“Maaf. I tahu lewat. Tapi, janganlah marah sampai macam ini. Tak malu ke orang tengok?”

“Oh! Tahu you malu. Ada pula perasaan malu dalam hati you? Habis perasaan I duduk lama-lama kat sini semata-mata nak tunggu you macam orang bodoh. Ada you fikir? You ingat I tak ada perasaan ke duduk lama-lama di sini semata-mata nak tunggu orang bodoh macam you ini?”

“You, maaflah. Pelanggan I ada masalah dengan bank. Jadi I perlu selesaikan.”

“Tak habis-habis pasal pelanggan. I ini siapa? Girlfriend you tahu tak! You lebih pentingkan pelanggan you daripada I!”

“You, janganlah macam ini. I janji, lepas ini I akan datang lebih awal dari you. Tolong, maafkan I.”

Puas Haikal cuba memujuk Farisha, akhirnya berjaya juga. Orang perempuan ini ego! Cepat sahaja hendak marah. Membebel tidak pandang depan dan belakang. Main terjah sahaja. Namun bagi Haikal, apabila cukup ramuan, perempuan ini akan mengalah juga. Bak kata pepatah ‘Jangan dicurahkan minyak ke dalam api’. Sebaliknya lelaki perlu menjadi bomba memadamkan api panas baran. Kalau tidak nanti meletop. Melopong pula!

Haikal bekerja sebagai jurujual di Volkswagen. Dia selalu berjumpa pelanggannya di luar dan sebab itulah dia selalu datang lewat lunch bersama Farisha. Dia juga terpaksa melayan karenah pelanggannya yang gaji 3K tapi selera nak pakai kereta yang 250K. Memang makan maggilah hari-hari.

Farisha memang terkenal dengan sikap ego dan bengis. Pantang ada benda yang membuatkan hatinya sakit, siap bersedialah telinga. Macam petir menikam jiwa. Kadang-kadang seperti letusan gunung berapi. Laharnya itu boleh membuatkan orang sakit hati seakan-akan air panas yang mendidih. Cuba bayangkan!

 Farisha memliki sebuah kedai cupcake hasil daripada ilham sendiri setelah menghadiri kursus membuat kek dua tahun yang lalu di Melaka. Umurnya mencecah 23 tahun. Sebut sahaja Cupcake Farisha semua orang tahu.  Maklumlah kedai dia sahaja yang memonopoli cupcake di negeri itu. Kilang, sekolah, syarikat dan pasar raya ialah pelanggan tetap dia.

Mukanya terpampang di surat khabar setiap bulan. Itu belum termasuk di tiang-tiang elektrik dan kawasan bandar. Semua digantung. Tubuh yang gebu diserikan lagi dengan baju kebaya nyonya Melaka sambil memakan cupcake, mampu memikat hati pelanggan. Dicorong-corong radio juga nama dia disebut-disebut mengalahkan artis. Kalah Diva AA!

Ada dua puluh perisa cupcake dan yang paling laris ialah perisa Chocolate dan Strawberry. Setiap hari Farisha menerima tempahan daripada pelanggan. Paling kurang tiga ribu biji. Itu belum dicampur dengan pelanggan online. Tambah tolak untung bersih mencecah dua puluh ribu sebulan. Wow! Siapa yang tak rasa rugi. Pasti menyesal!

Haikal lah yang menjadikan Farisha Cupcake meletop. Mulut manisnya bagaikan gula tebu mempromosikan cupcake kepada pelanggan membuahkan hasil di samping publisiti yang gempak di media sosial. Dia juga banyak membantu Farisha. Banyak juga dia melabur semata-mata mahu melihat kekasihnya berjaya.

“I boleh buat pinjaman 50K kalau you betul-betul nak buka kedai?” jelas Haikal dengan nada serius.

“I memang nak meniaga. Tapi, you tak kisah ke bagi I pinjam duit sebanyak itu?”

“I tak kisah. Demi you, I sanggup ambil risiko. Tapi dengan syaratlah.”

“Apa syaratnya?”

“Syaratnya you mesti buat sungguh-sungguh. I tak nak you buat sekerat jalan. You kena berani hadapi cabaran yang akan berlaku.”

“I janji. I akan cuba buat yang terbaik untuk perniagaan ini.”

“Macam itulah. I harap perniagaan you akan maju. I akan sokong dari belakang. Masalah promosi you jangan risau I akan tolong promosikan cupcake itu.”

Haikal sangat sayang akan Farisha. Dia tidak mahu kekasihnya gagal dalam hidup. Dia mahu Farisha berani menyahut seruan ahli politik yang menyuruh rakyatnya menceburi bidang perniagaan jika mahu makan ayam. Dia tidak mahu Farisha menjadi seperti kisah ‘Angan-angan Mat Jenin’. Baginya, Farisha ada aura yang tiada pada orang lain.

 

***

            “Hari-hari datang lambat. Kau ingat ini kedai bapak kau punya?”

            “Maaf kak, saya tak sengaja. Saya kena hantar adik ke sekolah dulu sebelum ke sini.” jelas Akmal meminta simpati.

            “Itu masalah kau. Bukan masalah aku. Aku bayar kau untuk bekerja dengan aku.”

            “You ini, kesianlah pada Akmal. Dia bukan saja-saja nak datang lewat. Dia nak hantar adik dia ke sekolah. Biarkanlah. Pekerja lain kan ada.”

            “Amboi … amboi! You ini jangan nak bagi muka pada Akmal itu. Dia budak mentah. Tak tahu apa-apa. Dah lah lembab!”

“Kau tercegat di sini buat apa. Pergi belakang. Buat kerja.” Bulat-bulat macam tahi kambing mata Farisha memandang Akmal.

Akmal sudah bekerja selama setahun di Farisha Cupcake. Dia sudah lali dengan leteran daripada majikan. Demi menyara adik-adik yang sekolah dia tetap akan bertahan disitu. Ibu bapanya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya semasa mendaftarkan adik yang bongsu di Tahun 1. Dia cuma mempunyai dua orang adik-beradik. Seorang lelaki dan perempuan.

Akmal pembantu kedai yang paling lama bertahan. Semua pekerja yang bekerja di sini tidak tahan dengan sikap Farisha. Ada yang tidak sampai sebulan sahaja sudah berhenti. Yang paling lucu, pagi masuk kerja, petang sudah mahu berhenti dek kerana mulut Farisha bagaikan duri-duri tajam yang mencucuk-cucuk kepingan hati.

            Nasib ada Akmal. Kalau tidak, entah apalah jadi dengan Farisha Cupcake. Dia lah juruwang, menguli tepung, menghantar stok. Semua kerja lah dia buat. Terkejar-kejar juga dia. Mana tidaknya tiada pekerja kekal. Setiap yang keluar, terpaksa ganti yang lain. Tidak menang tangan dia mengurus Cupcake Farisha.

Farisha hanya tahu mengira keuntungan. Soal kedai diletakkan di bahu Akmal. Yang dia tahu duit, duit dan duit sahaja. Soal pekerja dia tidak ambil tahu. Tapi bab pasal marah, itu bagi dia. Banyak pelanggan dia sudah lari. Tapi dia tidak heran. Bagi dia, masih ramai lagi yang mahu membeli cupcake resepinya. Tiada sesiapa yang mampu menandingi Farisha Cupcake. Inilah antara ayat-ayat yang acap kali keluar dari mulut puaka dia tatkala Akmal memberitahu pelanggan sudah menamatkan tempahan.

“Biarkan saja. Ada aku kisah. Seorang pergi, beratus maritahu tak!”

“Tapi kak, mereka antara pelanggan tetap kita. Sekarang ini, hanya tinggal satu sahaja syarikat besar. Pelanggan pun yang datang ke sini semakin susut. Boleh bilang dengan jari.”

“Hei, kau bos ke aku yang bos! Aku tahu lah nak buat apa bodoh. Kau apa tahu? Kelulusan pun tak ada, nak ajar orang. Kau pergi cermin diri kau dulu. Kau budak mentah. Sedarlah diri sikit. Pergi keluar sekarang!”

Akmal meninggalkan bilik majikan. Dia kesal dengan sikap majikannya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dan hal ini perlu disampaikan kepada Haikal.

“Abang sibuk ke?”

“Eh, tidaklah. Kenapa?”

“Saya nak cakap sikit mengenai kedai ini?”

“Ya. Kenapa dengan kedai?”

“Abang, banyak pelanggan kita sudah lari. Yang tinggal cuma yang kecil-kecil sahaja.”

“Macam mana benda ini boleh berlaku? Kalau macam ini, boleh rugi kita.  Farisha tahu tak?”

“Saya sudah cakap dengan kak Farisha. Tapi … .”

“Tapi apa? Cakapalah!”

“Dia cakap banyak lagi syarikat yang nak beli cupcake kita ini.”

“Dia cakap macam itu? Tak apa. Kejap lagi abang akan jumpa dia.”

            Akmal amat sayangkan Farisha Cupcake. Dia banyak membantu Farisha menguruskan kedai ini. Dari membuat kuih sampailah ke urusan kewangan. Semuanya diserahkan bulat-bulat pada dia. Kedai inilah yang memenuhkan periuk nasi di rumah. Belanja adik-adik ke sekolah. Selagi dia mampu, dia akan cuba bertahan dengan mulut puaka majikannya. Dia menggangap majikannya itu hanya cakap di mulut sahaja, tetapi di dalam hati sayangkan pekerja.

Haikal dan Farisha keluar makan malam bersama di sebuah hotel di tengah bandar raya. Sinaran lampu warna-warni di sepanjang sungai Melaka amat memukaukan. Di tambah lagi lampu kelip-kelip yang dihiaskan di rumah-rumah tradisional Kampung Morten menyerikan makan malam mereka.

“I dapat tahu, you dah banyak hilang pelanggan. Tinggal anak-anak ikan saja.”

“Siapa bagi tahu you?”

“Soal siapa bagi tahu itu tak penting. Soalnya sekarang pelanggan you semua dah lari. Sudah tidak tahan dengan you. Lebih pentingkan keuntungan dari hasil jualan. Kalau tak ada pelanggan macam mana perniagaan you nak maju? Kekal bertahan. Cubalah jaga hati pelanggan. You jual dengan harga yang tak masuk akal! Itu sebab pelanggan you lari.”

“You jangan sibuk boleh tak? I tahu lah nak buat apa? Banyak lagilah syarikat lain yang berminat dengan cupcake I.”

“I bukan nak sibuk. Tapi I risau dengan you ini. You serahkan kepada Akmal bulat-bulat untuk uruskan kedai you. Yang you ini duduk goyang kaki kira duit! You ini langsung tak ambil berat soal kedai. You jangan main-main. Dalam meniaga ini, you kena kerja sama-sama dengan pekerja! You tak boleh buat macam ini?”

“Oh, Akmal lah yang beritahu you ini. Sudah-sudah. I nak makan.”

Haikal menggeleng dan dia tidak mampu untuk melembutkan hati Farisha yang keras macam batu belah batu bertangkup.

***

“Mulai hari ini kau tak payah datang kerja sini lagi. Orang macam kau tak layak nak kerja dengan aku. Tak sedar diri. Lebih sudu dari kuah! Kau tahu tak aku bos. Aku yang bayar gaji kau tahu tak?”

“Apa salah saya kak? Kalau saya ada buat silap, maafkan saya. Saya masih perlukan kerja di sini.”

“Kau sibuk menjaja cerita aku dekat Haikal pasal apa? Kau sedar diri kau itu. Kau dulu aku kutip kerja di sini.”

“Kak maafkan saya. Saya hanya risaukan perniagaan akak sahaja. Tak lebih dari itu. Saya tak nak perniagaan akak merosot.”

“Bodohnya perempuan! Sibuk nak mengajar orang. Sebelum aku menjerit baik kau keluar. Keluar sekarang!”

Akmal berasa kecewa dengan tindakkan majikannya. Dia berasa menyesal memberitahu akan perihal Farisha Cupcake kepada Haikal. Hatinya luluh. Dan dia terus meninggalkan kedai itu dengan penuh penyesalan. 

“Akak dah tak kerja lagi dik. Majikan akak suruh akak berhenti.” ujar Akmal kepada Marsya.

“Kak jangan lah sedih. Akak boleh cari kerja lain nanti. Tak pun kita cari kerja sama-sama. Nak tak?”

“Akak tak ada niat untuk campur tangan perniagaan dia. Adik tak boleh kerja lagi. Adik kena belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam akak ini, tiada kelulusan. Mak dan abah pesan adik dengan Akif kena dapatkan keputusan yang cemerlang. Barulah dapat kerja gaji yang banyak nanti.”

            Akmal mencium dahi adiknya. Dia perlu mencari kerja supaya adik-adiknya nanti tidak mengikat perut kosong pergi ke sekolah. Dia akan cuba untuk mencari kerja pada esok hari.           

            Haikal mendapat  tahu berita pemecatan Akmal. Dia bergegas ke Farisha Cupcake untuk mendapatkan penjelasan dari mulut kekasihnya.

            “Kenapa you pecat Akmal? Dia sudah banyak bantu you uruskan kedai.”

            “Orang macam budak hingusan itu, tidak perlu ada dalam kedai ini. Dialah punca pelanggan I lari. You tahu tak?”

            “You tak boleh buat macam ini. Bertimbang rasalah sikit.”

“Kenapa you ini? Apa ubat yang dia dah bagi you makan? Cakap I pun dah tak mahu dengar.”

“Akmal itu budak baik. Dia rajin buat kerja. Kalau you tak ada, dia boleh uruskan hal kedai.”

“I rasa you ini dah kena ubat guna-guna lah. You ini bodoh lah. You sepatutnya sebelahkan I, bukan budak mentah yang tak sedar diri itu.”

            “I dah cari pembantu yang baru. Lebih sesuai dari budak mentah itu. Nama dia Sofi. Dia ada diploma perniagaan dan pengalaman bekerja selama dua tahun.”

            Haikal mengganguk diam. Dia tidak berjaya menggugurkan daun-daun ego yang bersarang dalam diri Farisha. Semakin hari, tahap egonya makin menjadi-jadi. Dia hanya mampu berserah sahaja kepada Ilahi agar dapat melembutkan hati kekasihnya.

            Akmal masih lagi tidak bekerja. Puas di mencari di sekitar bandar, namun nasib masih lagi tidak berpihak kepada dia. Dia pulang dengan sedikit rasa hampa.

“Yeah, akak dah balik.” Marsya melompat-lompat.

“Nah, akak ada beli aiskrim yang adik suka. Akif mana?”

“Akif ada main di dalam. Dapat tak cari kerja.”

“Tak.”

Mereka berdua termenung seketika di hadapan rumahnya sambil melihat kereta lalu lalang.

“Kak … kak .” Marsya menjerit tiba-tiba.

“Ya, kenapa? Sakit perut ke?” Akmal terkejut.

“Bukan-bukan. Adik ada idea.”

“Idea apa.”

“Apa kata akak buka kedai cheese tart. Adik suka makan cheese tart akak buat masa hari raya.”

“Buka kedai? Kuih cheese tart?”

Akmal tersenyum mendengar idea dari Marsya. Dia bingkas bangun dan mengajak adik-adiknya pergi ke kedai untuk membeli bahan membuat cheese tart. Pada malam itu juga, Akmal membuat tiga perisa cheese tart iaitu Blue Mint, Coco dan Mocha.  Dia mengandaikan cheese tart ini akan habis dijual esok. Dia akan berjalan kaki di sekitar bandar untuk menjual cheese tart.

“Akak nak beli Marsya Cheese Tart Wah Lah? Ada Blue Mint, Coco dan Mocha. Cuba dulu kak? Saya jual sebungkus RM 10 saja.”

Bermacam-macam strategi Akmal gunakan untuk melariskan perniagaannya. Nama adiknya dijadikan sebagai produk cheese tart bagi menarik hati pelanggan. Zaman sekarang ini buat sahaja yang luar biasa, pasti ada orang beli. Ala-ala Boaders Tea!

Setiap hari, Marsya Cheese Tart Wah Lah laris bagaikan pisang goreng. Akmal mempelbagaikan bentuk cheese tart dan perisa. Antaranya, Green tea, Mango, Apple dan Strawberry. Sekarang sudah ada tujuh perisa. Akmal tidak lagi berjalan tetapi dia kini menjual di tepi jalan dan sekiranya ada pesanan barulah dia akan pergi menghantar.

Akmal juga sudah ada pelanggan tetap. Salah satu yang tidak pernah henti pesanannya ialah Kedai Terlajak Sedap! Dengar pun menarik. Pasti sedap!

Sebuah kereta Volkswagen berwarna hitam berhenti di hadapan khemah Akmal. Tetapi pemilik kereta itu tidak keluar juga. Cermin gelap. Akmal berasa curiga. Dia merasakan mungkin pemandu itu sakit. Dia menghampiri kereta itu dan mengetuk cermin tingkap sebanyak tiga kali. Permilik itu tidak keluar juga. Dia pergi ke pintu pemandu dan belum sempat dia mengetuk cermin, pintu kereta itu sudah terbuka.

“Abang Haikal. Dah lama tak jumpa abang?”

“Abang minta maaf bagi pihak kak Farisha. Abang dah cuba pujuk dia. Tapi tak berhasil.”

“Tak apa. Abang tak perlu susah hati pasal saya. Saya okey.”

“Abang cari Akmal tapi tak jumpa. Satu bandar abang pusing.”

“Saya dah lupakan abang. Sekarang saya di sini. Saya meniaga Marsya Cheese Tart Wah Lah. Nak tahu sedap ke tak abang kena rasa dulu tau.”

Akmal menyuapkan cheese tart Coco ke mulut Haikal tanpa was-was. Mereka berdua tersenyum gembira. Lama juga mereka berbual dan Haikal mahu Akmal pindah ke lokasi baharu. Dia akan tanggung semuanya bagi menebus dosa Farisha yang memecat dia.

Pada keesokkan harinya, Haikal memberitahu Akmal bahawa dia telah jumpa sebuah kedai dan mendakwa lokasi strategik dan menjadi tumpuan orang. Haikal mahu Akmal berpindah secepat yang boleh. Akmal bersetuju dan mengikut sahaja cadangan Haikal.

Haikal menjemput Akmal di tempat yang telah dipersetujui lalu menuju ke lokasi. Setibanya di sana, Akmal berasa hairan kerana Haikal memberhentikan keretanya di hadapan kedai bekas majikannya.

“Kita nak buat apa di sini abang?”

“Kita nak masuk kedai baharulah.”

“Tapi ini kan kedai Farisha Cupcake. Saya tak mahu jadi sailang. Tak pasal-pasal nanti berperang dengan Kak Farisha.”

“Amboi! Dah pandai cakap sailang sekarang. Kedai Akmal sebelah dengan kedai Farisha Cupcake.”

“Saya tak nak meniaga di sini. Jom lah kita cari tempat lain. Saya tak nak ganggu perniagaan orang. Lagi-lagi bekas majikan saya!”

“Jangan risaulah. Dia dah tak ada lagi.”

“Tak ada? Apa maksud abang? Saya tak faham?”

“Sofi pembantu baru selepas Akmal meninggalkan kedai ini telah cuba songlap duit Farisha Cupcake. Setiap bulan rugi. Pekerja semua lari. Akmal pun tahu mulut Farisha macam mana? Ada saja yang tak kena. Tambah lagi, dia percaya pada Sofi. Puas abang menasihatkan dia, tetapi dia tak nak dengar.”

“Habis itu, apa terjadi?”

“Taktik Sofi terbongkar. Dia telah menukar nombor akaun cek kedai kepada nombor akaun dia. Bijak taktik dia ini. Yang paling abang tak sangka, Farisha sudah banyak kali melakukan hubungan dengan Sofi. Abang berasa curiga dengan tingkah laku Farisha dan tergerak hati nak periksa kemera di dalam kedai. Rupa-rupanya sudah banyak kali dia buat maksiat dalam kedai itu. Betina tak sedar diri. Lupa daratan!”

“Astagfirullahaladzim. Sabar abang. Tak sangka saya kak Farisha sanggup buat benda terkutuk itu.”

“Sekarang abang tak perlukan lagi cupcake, tapi abang mahukan cheese tart dalam hati abang ini.”

Akmal tersenyum lebar mendengar kata-kata Haikal.

 

 


Penulis : Muhammad Hafiz bin Mohamad

 

           

 

 

KESALAHAN LAZIM DALAM KARANGAN

 


BIL

KESALAHAN

PEMBETULAN

1

Antara ciri-ciri

Antara ciri atau ciri-ciri

2

Ini kerana …

Hal ini disebabkan oleh,

Hal ini demikian kerana,

3

Oleh kerana, …

Oleh sebab,

4

membaca tentang novel …

membaca novel (KKT  diikuti KN)

5

memperindahkan

memperindah ( memper + KA)

6

tercantik sekali

Tercantik atau cantik sekali

Ter- dan sekali – darjah penghabisan

7

Selain daripada itu,

Selain itu,

8

Di atas ucapan

atas ucapan,

9

apa

berapa

apa-apa

beberapa

10

di bandingkan

dibandingkan

11

Ianya

Ia , -nya

ia singkatan kepada dia

-nya KGND 3

merujuk manusia

12

Ibubapa …

Ibu bapa … atau … ibu bapa ...

13

mengenal pasti …

mengenal pasti …

14

penguatkuasa …

penguat kuasa ..

15

… hormat menghormati …

… hormat-menghormatii