Monday, June 21, 2021

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 3

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 3

 

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melakukan pengambilan khas seramai 18702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG 41 secara one-off bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negara ini terutama di empat negeri. Terdapat keperluan untuk mewujudkan kluster opsyen pelajaran berdasarkan kelayakan calon  bagi membolehkan sumber tenaga manusia dapat diisi secepat mungkin. Empat negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Sarawak, dan Sabah yang berdepan kekurangan guru paling tinggi di Malaysia ketika ini. Kementerian Pendidikan Malaysia berdepan cabaran kekurangan calon guru dari institut pendidikan guru selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Sinar Harian, (2021 Jun 21) Ambilan khas 18702 pendidik, 21”

 

 

 

Panduan jawapan

1.    kelemahan – kekurangan

2.    opysen – opsyen

3.    kelayakkan – kelayakan

4.    calun – calon

5.    di isi – diisi

6.    adalah – ialah

7.    paling tinggi sekali – paling tinggi / tinggi sekali / tertinggi

8.    insittut – institut

9.    ketidaksepadanan - ketidakpadanan