LATIHAN
PENYUNTINGAN SPM 4
Tekanan
perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih
buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah
Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar
dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara
neutral dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu
menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok
eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan
mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti
hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru
dan masalah kewangan perlu ditangani
dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan”
oleh Nizar Parman Dewan Siswa, September, 2015) |
Panduan
jawapan
1. kotor
– buruk
2. para
pelajar- pelajar – para pelajar
3. lahirkan
– melahirkan
4. daripada
– dari
5. di
dalam – dalam
6. neutral
- natural
7. seelok
eloknya – seelok-eloknya
8. halatuju
– hala tuju
9. dengan
- tentang
10.
kewagan – kewangan
11.
bijak sana - bijaksana