Tuesday, August 31, 2021

JOM KENALI BAHASA MELAYU KLASIK


Bil

Bahasa Klasik

Maksud

Bil

Bahasa Klasik

Maksud

1

adapun

perihal mempunyai

27

kepetangan

cerdik

2

arakian

setelah itu

28

kesuma

bangsawan

3

bahari

Indah, cantik, bijaksana

29

keti

seratus ribu

4

Balai rong

Tempat menghadap raja

30

khayali

khayalan

5

bercempera

bertempiaran

31

lasykar

askar/tentera

6

bicara

pendapat/pandangan

32

maka

seterusnya

7

bini aji

gundik raja

33

marhaen

rakyat

8

buana

Bumi, dunia, alam

34

meta

mengamuk

9

candawara

Peti tempat menyimpan wang

35

pelang

perahu

10

ceritera

cerita

36

pelebaya

jawatan hukuman mati

11

citra

gambaran

37

penjurit

askar upahan/pencuri

12

dian

Lampu pelita

38

pertala

lapisan

13

dikenderai

ditunggani/dinaiki

39

pertandaan

bukti

14

gharib

ganjil

40

pesara

orang yang sudah bersara

15

jendera

Lena atau nyenyak

41

pingit

terkurung

16

jong

Kapal layar China

42

pitis

wang

17

jorong

tempat letak sirih

43

pokta

jelita

18

jungor

bahagian hadapan kapal

44

sahaya

hamba abdi

19

juragan

nahkoda

45

sahaya

Hamba abdi

20

kalakian

Ketika itu

46

sebermula

Pada mulanya

21

kali

sungai

47

sida-sida

pegawai dalam istana

22

kandil

lampu/pelita

48

syahadan

permulaan cerita

23

kaus

kasut

 

 

 

24

kecinda

jenaka

 

 

 

25

kencana

emas

 

 

 

26

kendak

berzina

 

 

 

 Bahasa Istana : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/08/jom-kenali-bahasa-istana.html

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 9

           Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuh keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu mengelakkan diri daripada mengejar agenda yang bersifat perkauman. Hal ini demikian kerana benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin.

 

          Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian kepada kemelut yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan hendaklah dielakkan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)



Monday, August 30, 2021

PANDUAN JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 8

 PANDUAN JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 8

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 8

         Perpaduan dan keharmonian di antara kaum ialah penting dalam masyarakat majamuk seperti Malaysia. Sejak dari negara mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat-rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai pendahuluan dalam pembinaan negara. Keharmonian masyarakat dan kestabilan negara menjadi idaman negara lain, termasuklah negara yang maju.

 

        Pembinaan negara bangsa tidaklah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran yang berliku perlu di tempuhi. Persefahaman, toliransi dan yang paling utama sekali, komitmen serta pengorbanan yang tinggi amatlah penting. Jika kita telesuri sejarah negara sejak berapa dekad ini, tidak dinafikan kita telah capai kejayaan daripada segi pembangunan ekonomi, pemodenan dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu, janganlah hancurkan apa-apa yang telah kita capai selama ini melalui semangat muhibah dan persefahaman antara kaum di negara berbilang-bilang bangsa ini. Janganlah kita membiarkan fahaman ekstrimes dipecahbelahkan negara yang kita cintai ini sebab inilah tanah tempat kita dilahirkan, tempat membina kehidupan dan tempat kita mencari rezeki.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)


 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 8

            Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Sejak negara mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai panduan dalam pembinaan negara. Keharmonian masyarakat dan kestabilan negara menjadi idaman negara lain, termasuklah negara yang maju.

 

          Pembinaan negara-bangsa bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran yang berliku perlu ditempuhi. Persefahaman, toleransi dan yang paling utama, komitmen serta pengorbanan yang tinggi amatlah penting. Jika kita telusuri sejarah negara sejak beberapa dekad ini, tidak dinafikan kita telah mencapai kejayaan dari segi pembangunan ekonomi, pemodenan dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu, janganlah menghancurkan apa-apa yang telah kita capai selama ini melalui semangat muhibah dan persefahaman antara kaum di negara berbilang bangsa ini. Janganlah kita membiarkan fahaman ekstremis memecahbelahkan negara yang kita cintai ini kerana inilah tanah tempat kita dilahirkan, tempat membina kehidupan dan tempat kita mencari rezeki.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)

 

 

Panduan jawapan

Bil.

Kesalahan

Jawapan

1

di antara

antara

2

ialah

adalah

3

majamuk

majmuk

4

sejak dari

sejak

5

seluruh rakyat-rakyat

Seluruh rakyat

6

pendahuluan

panduan

7

tidaklah

bukanlah

8

di tempuhi

ditempuhi

9

toliransi

toleransi

10

paling utama sekali

paling utama /utama sekali

11

telesuri

telusuri

12

berapa

beberapa

13

capai

mencapai

14

daripada

dari

15

hancurkan

menghancurkan

16

berbilang-bilang

berbilang

17

ekstrimes

ekstremis

18

dipecahbelahkan

memecahbelahkan

19

sebab

kerana

 

Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html