Thursday, October 20, 2022

Kriteria Yang Perlu Ada Dalam Diri Pelajar Untuk Menjadi Insan yang Gemilang

Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada dalam diri pelajar untuk menjadi insan yang gemilang?

PERENGGAN 1

ISI

Pelajar perlu berdisiplin tinggi dalam kehidupan seharian.

HURAIAN ISI

Setiap pelajar perlu sentiasa berdisiplin dalam menguruskan kehidupan harian mereka dan bertanggung jawab dengan setiap perkara dilakukannya.

CONTOH

Misalnya, pelajar mematuhi waktu jadual harian yang ditetapkan olehnya seperti waktu belajar dan bersosial bersama keluarga dan rakan.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Jelaslah bahawa, berdisiplin berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

 

 

PERENGGAN 2

ISI

Selain itu, para pelajar perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menghadapi cabaran global.

HURAIAN ISI

Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar perlu melahirkan idea-idea yang bernas dan jitu bagi menghasilkan keputusan yang terbaik untuk dirinya dan organisasi.

CONTOH

Sebagai contoh, setiap pelajar berupaya menyelesaikan masalah dengan mengambil kira beberapa pertimbangan yang boleh memberi keuntungan kepadanya dan organisasi.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh itu, setiap pelajar hendaklah menerapkan budaya berfikir ini bagi melahirkan generasi cemerlang.

 

PERENGGAN 3

ISI

Para pelajar juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan.

HURAIAN ISI

Kemahiran ini terserlah dalam diri setiap pelajar apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan, kesukarelawanan dan aktiviti-aktiviti sosial yang mampu mengilap bakat kempimpinan yang ada dalam diri mereka.

CONTOH

Misalnya, setiap pelajar boleh mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan dengan ahli dan bertindak dalam satu pasukan.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh sebab itu, para pelajar perlu melengkapkan diri dengan sifat kepimpinan supaya dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain.

 

 

 

 

 

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT 2 #CELIK MINDA 2