Pada tahun ini, marilah kita menguatkan azam untuk
memperkukuh lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia. Setiap anggota masyarakat haruslah terlibat sama memperkukuh muafakat melalui semangat kejiranan.Kita perlulah berbaik-baik sesama jiran tetangga. Secara tidak langsung langkah
pertama ke arah perpaduan nasional dan keharmonian sejagat yang berterusan dapat disuburkan. Ketika zaman dahulu, di kawasan luar bandar semangat kejiranan sangat tinggi dan kuat. Orang kampung akan bergotong-royong, memasak, melakukan
persiapan, mengemas dan sebagainya.Hubungan dan jalinan silaturahim mereka sangatlah
erat. Namun, pada hari ini tidak dapat dinafikan semangat kejiranan kian
luntur, lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Anggota masyarakat sibuk dengan pekerjaan, keluar pada awal pagi dan pulang pada lewat malam. Tambah buruk lagi, ada antara
kita tidak kenal jiran sebelah rumah atau tidak cakna dengan kehidupan sekeliling. Sememangnya hubungan antara jiran yang baik menjamin keharmonian di tempat tinggal.Oleh itu, kita perlu perbanyakkan interaksi
sesama jiran tetangga. Sayang sekali, sekiranya kita tidak mengamalkan
kehidupan berjiran dengan baik, kerana jiran kitalah orang terdekat yang
boleh membantu kita di dalam kesusahan. Amalkan toleransi serta elakkan
mengganggu ketenteraman kediaman mereka. Mulakan dengan usaha yang sangat
mudah ini, iaitu berbaik-baik sesama jiran tetangga.Hayatilah pepatah Melayu ini bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. |