Sunday, September 5, 2021

JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 10

 

Perdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak se-abad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan ekspoitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk hambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700, 000 orang diperdagangkan pada tiap tahun. Teramat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sendiket pemerdagangan manusia demi untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memperangi aktiviti pemerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran-cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sepadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran daripada segi kedudukan geografinya, orang yang diperdagangkan direkerut oleh agensi-agensi perkerjaan secara sukarela mahu pun secara paksa. Pada mulanya, mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik pada negara yang menjadi distenasi. Mereka juga diyakinkan yang aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia

Informasiglobalisasi.blogspot.com, 22 Jun, 2015)

 

 

 

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 10

Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak seabad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700, 000 orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti pemerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, orang yang diperdagangkan direkrut oleh agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun secara paksa. Pada mulanya, mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia

Informasiglobalisasi.blogspot.com, 22 Jun, 2015)

 

Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

Perdagangan

Pemerdagangan

2

adalah

ialah

3

se-abad

seabad

4

ekspoitasi

eksploitasi

5

hambaan

perhambaan

6

tiap

tiap-tiap/setiap

7

Teramat malang sekali

Amat malang sekali

8

sendiket

sindiket

9

demi untuk

untuk

10

memperangi

memerangi

11

pelbagai cabaran-cabaran

pelbagai cabaran / cabaran-cabaran

12

sepadan

sempadan

13

daripada

dari

14

direkerut

direkrut

15

perkerjaan

pekerjaan

16

mahu pun

mahupun

17

pada

di

18

destenasi

destinasi

19

yang

bahawa

 

Koleksi latihan penyuntingan https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html