Thursday, March 10, 2022

PERISTIWA MENYENTUH PERASAAN PEMBACA NOVEL PANTAI KASIH

 

Huraikan dua peristiwa yang dapat menyentuhkan perasaan anda dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat dua peristiwa yang menyentuhkan perasaan pembaca. Peristiwa kematian anak Raiha. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana membuatkan saya sedih. Suami Raiha berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak- kanak istimewa itu berada di situ dan tidak semena-mena disambar api yang sedang marak sehingga renting. Selain itu, peristiwa pengabaian terhadap anak oleh Doktor Uwang. Peristiwa ini menyentuh perasaan dan membuatkan saya berasa marah kerana Doktor Uwang sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

ELEMEN KASIH SAYANG NOVEL BIMASAKTI MENARI

 

Huraikan dua elemen kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat dua elemen kasih sayang. Elemen kasih sayang golongan muda terhadap alam sekitar. Sebagai contoh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik amat menyayangi alam sekitar sehingga sanggup berusaha untuk menjayakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap agar bintang-bintang dapat dicerap semula. Selain itu, elemen kasih sayang ibu terhadap anak. Sebagai contoh Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik dengan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh anak mereka.


Soalan UD2 Negeri Melaka 2021

ELEMEN KASIH SAYANG NOVEL PANTAI KASIH

 

Huraikan dua elemen kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat dua elemen kasih sayang. Elemen kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sebagai contoh Dr. Raiha bertegas tidak mahu menggugurkan kandungannya walaupun disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana amat menyayangi anaknya itu walaupun didapati mempunyai penyakit Sindrom Down. Selain itu, elemen kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Sebagai contoh bapa Raiha amat sayang akan anaknya apabila dia tidak bersetuju dengan keputusan Raiha yang ingin berkahwin dengan Dr. Sadiz yang sudah berusia dan dilihat tidak sesuai dengan Dr. Raiha.


Soalan UD2 Negeri Melaka 2021