Friday, September 3, 2021

LITERASI MAKLUMAT KESAN BANJIR

 KESAN BENCANA ALAM- Banjir Buruk Di Alor Pongsu Sejak 18 Tahun lalu

AYAT TOPIK:  Keperihan yang terpaksa diharungi akibat bencana alam yang sentiasa menjadi mauduk perbincangan hari ini  ialah kemusnahan harta benda.

AYAT CONTOH: 5W 1 H

Tamsilnya,

1.      Apakah musibah yang melanda Alor Pongsu?

2.      Kampung apakah  yang masih lagi digeangi air sedalam satu meter?

A.

b.

3.  Apakah yang gagal diselamatkan oleh penduduk semasa musibah itu?

4. Di manakah mangsa banjir ditempatkan?

5. Apakah yang tidak dapat diselamatkan oleh  Jamaludin  Ahmad semasa banjir teruk itu berlaku?

a.

b

c.

d

6. Mengapakah ibu tunggal Saerah Abdul Rahman itu bersyukur?

7. Bilakah air mula naik mendadak ke paras dada?

8. Apakah peranan jiran ketika musibah itu berlaku?

9. Apakah harapan ibu tunggal iaitu Shalasiah hashim?

10. Mengapakah Shalasiah tidak sempat mengemaskan barang berharganya?

11.  Apakah peranan pihak polis  kepada mangsa-mangsa banjir?

a.menasihati….

b.meronda….

c.memantau….


12. Siapakah yang bertanggungjawab membaiki  ban Rancangan Tambatan Banjir Sungai Brriah yang runtuh itu?


13. Berapa banyakkah [eruntukan yang akan diberi  oleh kerajaan negeri  untuk kerja-kerja menambak dan membaikpulih ban itu?


14. Apakah tujuan ban itu dibaiki?


AYAT KESAN: Impak secara mikro dan makro ,ramai yang terkedu apabila kerugian terpaksa ditanggung dalam sekelip mata. Keadaan menjadi semakin keruh apabila mangsa bencana tidak mempunyai jaminan sosial seperti insurans menyebabkan proses mendapatkan semula sesuatu yang hilang menjadi satu hambatan apabila dipengaruhi  oleh faktor umur,kesihatan dan juga kebergantungan.


AYAT KESIMPULAN: Konklusinya, mangsa bencana alam yang terpaksa berhadapan dengan realiti kemusnahan harta benda mereka  memberi kecelaruan emosi yang mendalam .

 link akhbar : https://www.sinarharian.com.my/article/157122/EDISI/Banjir-terburuk-di-Alor-Pongsu-sejak-18-tahun-lalu


Sumbangan Pn Awanis Md Salleh

LITERASI MAKLUMAT KEPENTINGAN MENDERMA DARAH

 KEPENTINGAN MENDERMA DARAH BERITA HARIAN 10 OGOS 2021 M.S 25.


Ayat topik: Pendermaan darah daripada orang ramai dapat menampung bekalan darah yang semakin kritikal

Ayat contoh: 5 W 1H

Sebagai uswah:

  1. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh hospital bagi setiap negeri?

  2. Bilakah dikatakan bekalan darah dikategorikan sebagai kritikal?

  3. Apakah langkah yang sedang dilakukan  untuk memastikan bekalan darah mencukupi?

i.

ii.

  1. Mengapakah penularan Covid-19 ini meberi kesan kepada bekalan darah di hospital-hospital awam?

  2. Berapakah purata darah yang diperlukan pada setiap minggu?

  3. Apakah yang akan berlaku sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi?

  4. Apakah jenis darah yang diperlukan segera sebagai bekalan?

  5. Berapa lamakah  darah merah boleh didimpan?

  6. Berapa lamakah platelet  mampu bertahan?

Ungkapan: Seperti telur di hujung tanduk/seperti abu di atas tunggul

Ayat kesan: Manfaat implisit di sebaliknya, stok bekalan darah di hospital dapat ditambah.

Ayat kesimpulan: Pendek kata, bekalan darah yang dapat ditampung ini mampu menampung keperluan hospital untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan.

Link akhbar : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/08/849263/bekalan-darah-di-terengganu-mencukupi-walaupun-trend-menderma-turun


Sumbangan Pn Awanis Md Salleh

LITERASI MAKLUMAT CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT PATRIOTISME

 CARA MENZAHIRKAN SEMANGAT PATRIOTISME

Ayat topik: Sambutan hari kemerdekaan dengan menggunakan jalur gemilang merupakan antara langkah yang dapat menzahirkan semangat patriotisme.

Ayat contoh: 5W 1H

  1. Apakah yang dilakukan oleh Che Kamarudin Che Amat dengan modal sebanyak RM300?

  2. Apakah yang menjadi rutin wajib  Che kamarudin menjelang sambutan Hari Kemerdekaaan?

  3. Apakah reaksi peminat beca Che Kamarudin?

  4. Apakah tujuan Che Kamarudin menghias becanya?

  5. Bagaimanakah Che Kamarudin mendapat modal untuk menghias becanya?

  6. Mengapakah Che Kamarudin berasa bangga menghiasi becanya?

Link akhbar :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/849501/ratusan-jalur-gemilang-pada-beca-jadi-tarikan

Sumbangan Pn Awanis Md Salleh

LITERASI MAKLUMAT LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN SUNGAI

 LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN SUNGAI
Ayat topik: Langkah efektif untuk menangani masalah pencemaran sungai adalah dengan membina  sebuah pusat pelupusan sisa kimia. 

Ayat contoh: 5w 1h 
1. Apakah yang harus dipertimbangkan dalam tempoh terdekat ini? 
2. Apakah fungsi pusat pelupusan itu? 
3. Mengapakah pusat pelupusan ini perlu dibina di Pasir Gudang? 
4. Pencemaran terbaru berlaku di mana? 
5. Mengapakah ada kilang yang sengaja membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut?
6. Apakah kesan yang berlaku akibat pembuangan sisa toksik itu 

Ayat kesan: masalah pencemaran sungai tidak akan berulang lagi. 

Ungkapan: Pisang tidak akan berbuah dua kali. 

Ayat kesimpulan: Izharnya, pembinaan sebuah pusat pelupusan sisa kimia dapat mengurangkan  kebimbangan masyarakat setempat.


*sumbangan Pn Awanis Md Salleh

KERANGKA KARANGAN KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

Pendahuluan :

Tidak dinafikan bahawa kesedaran untuk menabung semakin menghilang dalam kalangan masyarakat terutamanya murid sekolah . Hal ini disebabkan mereka terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka . Sikap murid yang tidak suka menabung akan memberikan impak negatif kepada dirinya pada masa akan datang . Murid pada masa kini juga kurang mengambil tahu tentang kepentingan amalan menabung .Oleh itu , wajar untuk kita ketahui apakah kepentingan amalan menabung dalam kalangan murid sekolah ?

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

kita dapat mengurangkan bebanan ibu bapa

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana

sekiranya kita mempunyai wang simpanan, kita tidak akan meminta wang daripada ibu bapa jika ingin membeli barang keperluan

AYAT CONTOH

Contohnya

kita boleh menampung perbelanjaan dari segi barangan persekolahan seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya .

AYAT KESAN

Impaknya 

kita dapat mengelakkan keluarga daripada mengalami masalah kewangan

UNGAKAPAN MENARIK

 

-

AYAT PENEGAS

Jelaslah disini bahawa

kita mestilah bijak dalam menabung agar dapat memberikan impak positif dalam diri sendiri dan juga keluarga

AYAT

TOPIK

Dari perspektif lain pula

amalan menabung dapat mewujudkan sikap berjimat cermat dalam diri kita

AYAT HURAIAN

Hal ini berlaku kerana

kita akan lebih bijak mengurus atau merancang sesuatu perbelanjaan

AYAT CONTOH

Contohnya

kita akan lebih mementingkan barangan keperluan daripada kemahuan .

AYAT KESAN

Rentetan daripada hal itu,

kita dapat mengelakkan diri kita daripada sikap suka memboros yang tidak mendatangkan  faedah dan hanya menyumbang kesusahan

UNGAKAPAN MENARIK

Hal ini sama dengan peribahasa

‘ kalau boros lekas kerugian ‘

AYAT PENEGAS

Oleh itu

kita mestilah berjimat cermat dalam menggunakan wang agar kita dapat mengelakkan pembaziran

AYAT

TOPIK

Meninjau dari skop yang lebih luas

kita akan mempunyai simpanan untuk masa depan sekiranya kita menabung

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana

kita sebagai murid boleh menggunakan wang simpanan tersebut jika kita berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading

AYAT CONTOH

Contohnya

kita boleh menampung kos pengajian seperti kos penginapan , yuran pengajian dan sebagainya

AYAT KESAN

Kesannya

kita tidak akan mengalami kesulitan dalam membuat persediaan awal sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti .

UNGAKAPAN MENARIK

Bak kata pepatah

‘ sediakan payung sebelum hujan ‘

AYAT PENEGAS

Maka terang lagi bersuluh

kita mestilah mula menyimpan wang untuk memudahkan kita pada masa akan datang

AYAT

TOPIK

Akhir sekali

amalan menabung dapat membantu kita semasa berlakunya kecemasan

AYAT HURAIAN

Kita perlu mengakui bahawa

sesuatu yang kita tidak jangka boleh berlaku pada bila-bila masa . Oleh sebab itu , sekiranya kita memerlukan wang dengan segera , kita boleh menggunakan wang tabungan tersebut

AYAT CONTOH

Contohnya

kita boleh memanfaatkan wang tabungan itu untuk membiayai kos rawatan jika kita terlibat dalam kemalangan pada masa akan datang .

AYAT KESAN

Kesannya

kita tidak perlu meminjam wang jika ditimpa musibah

UNGAKAPAN MENARIK

 

Menurut seorang novelis dan penyair terkenal yang berasal dari Prancis iaitu Victor Hugo, “ tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya “

 

AYAT PENEGAS

Oleh itu

menabung sangat berguna kepada kita sekiranya menghadapi risiko dalam kehidupan

Penutup

Akhirulkalam , amalan menabung memberikan pelbagai manfaat kepada diri kita . Dengan itu , kita sebagai murid sekolah perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam menabung supaya kita dapat merealisasikan amalan menabung sebagai budaya . Semua pihak juga perlu turut berganding bahu dalam membantu murid-murid  menunjukkan minat mereka untuk menabung supaya amalan ini dapat diperkenalkan kepada generasi muda akan datang . Oleh itu , marilah kita mula menabung dengan cermat . Bak kata pepatah ‘ berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian


Nama: Puteri Irdina

KERANGKA KARANGAN KEPENTINGAN MEMILIKI SIKAP AMANAH

 

Karangan- Jelaskan kepentingan memiliki sikap amanah dalam diri

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa, sikap amanah bermaksud kelakuan jujur dalam sesuatu perkara seperti ditanya atau disoal. Sudah pun menjadi satu kewajipan kepada kita untuk mempunyai sikap amanah. Dalam hal ini, kita hendaklah bercakap perkara yang benar setiap masa agar dipercayai orang ramai. Berdasarkan maklumat yang dikaji, terdapat beberapa kepentingan memiliki sikap amanah dalam diri kita.

Isi 1

Penanda wacana

Isi perenggan

Ayat topik

Antara

Kepentingan tersebut ialah kepercayaan seseorang akan meningkat terhadap penyampai maklumat atau info.

Ayat huraian

Hal ini dikatakan begitu kerana

Penyampai maklumat memberitahu perkara yang benar.

Ayat contoh

Contoh yang ketara ialah

Memberi maklumat tentang pemburu yang memburu harimau.

Ayat kesan

Ekoran daripada isu itu

Kita akan disukai dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Isi 2

Meninjau dari skop yang lebih luas

Memiliki sikap amanah dalam diri kita juga dapat menambahkan rakan dan kenalan.

Ayat huraian

Hal ini dikatakan berlaku kerana

Seseorang yang mempunyai sikap amanah merupakan salah satu ciri-ciri rakan yang disukai oleh masyarakat.

Ayat cara

Oleh sebab itu

Kita hendaklah sentiasa bercakap jujur walaupun kebenaran itu amat pahit untuk diterima.

Ayat kesan

Rentetan daripada hal itu

Masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan bantuan rakan kita.

Isi 3

Lain daripada itu

Sikap amanah juga dapat mengelakkan kita daripada menyebarkan perkara yang tidak benar.

Ayat cara

Oleh yang demikian

Kita mestilah menjauhi sikap khianat kepada negara.

Ayat contoh

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

Rakyat Malaysia hendaklah berhenti menyebarkan berita palsu agar suasana kucar-kacir tidak terjadi.

Ayat kesan

Sehubungan dengan itu

Negara kita akan sentiasa aman dan damai sekiranya penyebaran perkara yang tidak benar berkurangan.

Isi 4

Seperkara lagi

Kepentingan sikap ini dapat menjamin keselamatan negara.

Ayat huraian

Hal ini berlaku kerana

Keselamatan negara merupakan amanah kita untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan yang selamat.

Ayat contoh

Contohnya

Masyarakat setempat tidak membocorkan maklumat dan data tentang negaranya sendiri kepada warga asing.

Ayat kesan

Impaknya

Keselamatan negara akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

 

Penutup

Secara keseluruhannya, sikap amanah sangat penting dan mempunyai banyak kepentingan. Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah berusaha mengamalkan sikap amanah. Hal ini sama dengan peribahasa putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.

 Nama : Muhammad Aziq