Wednesday, September 1, 2021

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 10

 

Perdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak se-abad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan ekspoitasi pada skala yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk hambaan moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700, 000 orang diperdagangkan pada tiap tahun. Teramat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sendiket pemerdagangan manusia demi untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memperangi aktiviti pemerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran-cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas sepadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya negara-negara yang berjiran daripada segi kedudukan geografinya, orang yang diperdagangkan direkerut oleh agensi-agensi perkerjaan secara sukarela mahu pun secara paksa. Pada mulanya, mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik pada negara yang menjadi distenasi. Mereka juga diyakinkan yang aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia

Informasiglobalisasi.blogspot.com, 22 Jun, 2015)

 

 


PANDUAN JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 9

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 9

         Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan-kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuhkan keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman di antara kaum yang mampu menggalak kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu dielakkan diri daripada mengejar egenda yang bersifat perkauman. Hal ini demikian kerana benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama dijalin.

 

         Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian daripada kemelut bahawa menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Di dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan hendaklah dibaikan.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 9

           Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik perlu membantu menjalin dan memperkukuh keharmonian hidup di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama, seharusnya lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu mengelakkan diri daripada mengejar agenda yang bersifat perkauman. Hal ini demikian kerana benih-benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin.

 

          Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian kepada kemelut yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan hendaklah dielakkan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Jangan Langgar Sempadan Perpaduan

Utusan Malaysia, 1 Januari, 2012)

 

Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

kumpulan-kumpulan

kumpulan

2

memperkuhkan

memperkukuh

3

menggalak

menggalakkan

4

dielakkan

menggelakkan

5

egenda

agenda

6

dijalin

terjalin

7

daripada

kepada

8

bahawa

yang

9

Di dalam

dalam

10

diabaikan

dielakkan

 

Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html


MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD
SMK TINGGI MELAKA