Tuesday, July 13, 2021

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN BAHAGIAN A : KOMBINASI BAHAN















 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 6

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 6

Bahan 1

Menjijikkan! Suatu gambaran sedih pencinta alam sekitar bila melihat keadaan lesu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Keadaan sungai bukan sahaja hapak malah berbau busuk. Kedua-dua sungai yang mengalir di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu sepatutnya menjadi destinasi yang menarik untuk warga kota beriadah dan berekerasi, tetapi menjadi tempat paling memualkan sekali kerana persekitaran sungai telah menjadi kawasan penagih dadah yang menjadikan tembok Sungai Klang sebagai lokasi strategik untuk berlindung dari pihak berkuasa. Timbunan-timbunan sampah pada tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan hidupan liar seperti tikus, lipas dan lalat. Oleh kerana, pihak penguatkuasa perlu kerap turun padang untuk dipantau pihak yang tidak bertanggungjawab ini daripada mencemarkan sungai.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Memulihara Sungai di Bandar

Oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub

Dewan Masyarakat, Oktober, 2012)

 

Bahan 2

Semasa pelancaran projek River of Life, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengingatkan betapa pentingnya warga kota mengubah nasib mereka dalam memastikan kebersihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ingatan tersebut disampaikan kerana pelbagai usaha pihak kerajaan telah melakukan supaya air sungai dapat terus mengalir. Namun begitu, usaha-usaha tersebut belum mampu ubah nasib sungai di bandar raya itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menilai semula kempen mengubah budaya melempar sampah untuk sedarkan warga kota. Walaupun banyak pihak berpendapat yang undang-undang yang sedia ada lebih daripada mencukupi untuk menjaga kelestarian sungai, namun pihak penguat kuasa perlu melaksanakan dan menguat kuasakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan teguh.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Memulihara Sungai di Bandar

Oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub

Dewan Masyarakat, Oktober, 2012)



LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 5

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 5

 

Terdapat pelbagai-bagai isu yang membimbangkan penguna berhubung dengan makanan kesihatan tambahan bila lebel tidak mempunyai arahan penggunaan yang lengkap dan di dapati mengandungi bahan yang belum dinilai atau diuji bagi menyedia jaminan yang munasabah. Fenomena ini lazim berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia, terutamanya di India dan di China yang merupakan pengeluar dan pengguna herba paling terbesar. Pencemaran bahan logam berat seperti pestisid, mikroorganisma dan mikotoksin banyak didapati  di dalam herba.

 

Seterusnya, pencemaran berlaku secara tidak sengaja melalui proses perbuatan yang digunakan mesin logam yang bukan berkualiti, dan penambahan secara sengaja seperti merkuri sulfida, arsenik sulfida dan arsenik trioksida yang diamalkan dalam perubatan ayurveda dan perubatan dari China. Namun begitu, isu ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pemborong menggunakan mesin logam yang disahkan selamat dan mereka tidak menambah bahan-bahan kimia tertentu dalam produk perubatan yang dihasilkan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Makanan Kesihatan Tambahan, Madu atau Racun

Oleh Radhiah Shukri

Dewan Masyarakat, Disember, 2015)