Tuesday, September 7, 2021

KOLEKSI LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM

 1. LATIHAN PERIBAHASA 1 >>>> jawaban 

2. LATIHAN PERIBAHASA 2 >>>> jawaban 

3. LATIHAN PERIBAHASA 3 >>>> jawaban 

4. LATIHAN PERIBAHASA 4 >>>> jawaban 

5. LATIHAN PERIBAHASA 5 >>>> jawaban 

6. LATIHAN PERIBAHASA 6 >>>> jawaban


>>>>> koleksi kerangka karangan <<<<<

>>>>> buku rujukan spm 2021 <<<<<

LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 5

LATIHAN PERIBAHASA 5

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Cikgu Robert sudah biasa melakukan dua kerja dalam satu masa walaupun umurnya sudah mencecah 50-an.

 

2

Amni sentiasa merujuk mentornya mengenai inovasi yang bakal dihasilkannya. Dia sering mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada Cikgu Nudman kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan inovasi.

 

 

 

3

“Baru setahun jagung. Sudah pandai melawan kata-kata mak kau. Apa yang mak kau kata itu betul demi kelangsungan hidup.” Jeling Osman pada anaknya.

 

 

4

Projek tanaman jagung yang diusahakan oleh bekas graduan dalam bidang jurutera itu menampakkan hasil yang lumayan. Baginya latar belakang pendidikan bukan menjadi penghalang kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

 

5

Impian Marlini melanjutkan pelajaran ke luar negara tercapai apabila dia ditawarkan Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang perubatan.

 

 

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 13


Antara kelebihan menderma darah adalah penderma dapat lahirkan satu perasaan yang sangat menggembirakan bila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah secara komitmen dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, kolon, perut dan tekak. Tabiat derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan dalam badan dan dapat terhindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui berapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka mendiagonosis sebarang penyakit pada di peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma-penderma akan menerima dan ketahui analisis darah serta jenis darah secara percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda

The Borneopost.com, 2015)

 

 Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 12


Derma darah amalan mulia yang tidak hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting sekali turut membantu selamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama pada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu, pelbagai-bagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diumumkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih sedikit mendapat sambutan dan tidak penuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai keistimewaan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diheboh-hebohkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa menderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda

The Borneopost.com, 2015)

Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html



LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 11


Pergembangan ekonomi dan kemakmoran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai wargasing dari seluruh dunia behijrah ke negara kita. Kebanyakkan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran cagaran sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti seludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan pusat hiburan yang operasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh kedudukan Malaysia di tengah negara Asean yang menjadikan di antara lokasi strategik untuk aktiviti pemerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta Anti-pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk menghalang jenayah ini. Selain  daripada itu, mudos operandi sindiket yang dibawa masuk mangsa sukar kesan pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksploitasian buroh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti peminta sedekah.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia

Informasiglobalisasi.blogspot.com, 22 Jun, 2015)

 

 

 

Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html

JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA 4

 

PANDUAN JAWABAN

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Walaupun beliau berkawan baik selama ini, tetapi Encik Chua cuba ingin menjatuhkan rakan sekerjanya yang selalu menerima pujian daripada bos.

Gunting dalam lipatan

Musuh dalam selimut

Api dalam sekam

 

Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari.

 

2

Ekoran daripada wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara, banyak usahawan yang bakal gulung tikar disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja dan kehilangan punca pendapatan utama.

 

Telur di hujung tanduk

Retak menanti belah

 

Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit

3

Pembekal pelitup muka mengambil kesempattan dengan menaikkan harga jualan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

 

Menangguk di air keruh

Memancing di air keruh

Menahan jerat di tempat genting

Menahan luka di penggentingan

 

Maksud: Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.


4

Walaupun sekolah ditutup disebabkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan orang awam, Azie tidak patah semangat. Dia tetap belajar bersungguh-sungguh dengan mengikuti pembelajaran secara dalam talian bersama-sama gurunya dan menonton saluran youtube pendidikan.

Usaha tangga kejayaan

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

 

Maksud: Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

 

 

5

Sabihah tidak dapat menahan tangisnya apabila doktor memberitahu bahawa ibunya sudah nazak dan alat bantuan pernafasan terpaksa ditanggalkan.

Bagai kaca terhempas ke batu

Bagai kaca retak seribu

Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.

 

 

LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 4

 

LATIHAN PERIBAHASA 4

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Walaupun beliau berkawan baik selama ini, tetapi Encik Chua cuba ingin menjatuhkan rakan sekerjanya yang selalu menerima pujian daripada bos.

 

2

Ekoran daripada wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara, banyak usahawan yang bakal gulung tikar disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja dan kehilangan punca pendapatan utama.

 

 

3

Pembekal pelitup muka mengambil kesempattan dengan menaikkan harga jualan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

 

 

4

Walaupun sekolah ditutup disebabkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan orang awam, Azie tidak patah semangat. Dia tetap belajar bersungguh-sungguh dengan mengikuti pembelajaran secara dalam talian bersama-sama gurunya dan menonton saluran youtube pendidikan.

 

5

Sabihah tidak dapat menahan tangisnya apabila doktor memberitahu bahawa ibunya sudah nazak dan alat bantuan pernafasan terpaksa ditanggalkan.

 

 Jawaban >>>> Jawaban latihan peribahasa 4