Monday, November 23, 2020

PERIBAHASA MELAYU

 PERIBAHASA MELAYU

PERIBAHASA

MAKSUD

Talam dua muka

Seseorang yang berpura-pura baik denga kedua-dua belah pihak yang bermusuhan.

Melepaskan batuk di tangga 

Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna.

Alah bisa tegal biasa 

Sesuatu perkara yang biasa dilakukan tidak akan kekok atau terasa akan kekok atau terasa susahnya.

Seperti pahat dengan penukul

Seseorang yang membuat sesuatu Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan yang perlu dijaga, kalau tidak pekerjaannya tidak akan sempurna tidak pekerjaannya tidak akan sempurna.

Burung terbang dipipiskan lada

Sesuatu perkara yang belum tentu dapat tetapi telah dibuat rancangan atau rancangan atau persediaan untuk untuk menerimanya.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-rennang ke tepian.

Biar bersusah payah sekarang, asalkan senang kemudian hari asalkan senang kemudian hari.

Seperti anjing dengan kucing

Dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu.

Siapa makan cili dialah terasa pedas

Orang yang membuat kesalahan akan terasa apabila perkara itu diceritakan

Seperti kacang lupakan kulit

Seseorang yang tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membantunya.


PERISTIWA MENIMBULKAN KEINSAFAN NOVEL PANTAI KASIH

 PERISTIWA MENIMBULKAN KEINSAFAN NOVEL PANTAI KASIH

    Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.

    

 Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop ialah peristiwa  Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.. Tan Sri Muhaimin telah membeli tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar anak sungai supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana Muhammad Taufik begitu memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.