Tuesday, June 29, 2021

PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Nama : Irdina binti Imran

Tingkatan : 3RK1


Pendahuluan

Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan kediaman kita. Semangat kejiranan pula bermaksud hubungan yang rapat sesama Jiran tetangga. Hidup berjiran ini juga merupakan amalan mulia serta memberi faedah kepada manusia. Kebelakangan ini, semangat kerjiranan semakin berkurang. Justeru, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting supaya semangat kejiranan ini dapat dikekalkan.

 

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

ibu bapa mestilah melibatkan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti social.

AYAT HURAIAN

 Hal ini terjadi kerana

anak-anak perlulah berkomunikasi dengan jiran tetangga supaya dapat mengenali mereka.

 

AYAT CONTOH

 Misalnya

membawa anak mengunjung rumah jiran-jiran untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan lain.

AYAT KESAN

 Dengan berbuat demikian,

anak-anak dapat mengenali serta menjalinkan hubungan silaturahim bersama jiran.

UNGAKAPAN MENARIK

 Bak kata pepatah Melayu,

‘Tak kenal maka tak cinta,’

AYAT PENEGAS

 Oleh itu,

ibu bapa haruslah menggalakkan anak untuk berkomunikasi dengan jiran agar kemesraan dapat diwujudkan sesama mereka.

AYAT

TOPIK

 Seterusnya,

ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka tentang kepentingan semangat kejiranan sejak kecil lagi.

AYAT HURAIAN

 

supaya mereka dapat menghargai jiran-jiran tetangga.

AYAT CONTOH

 Contohnya,

ibu bapa boleh mengajar anak-anak melalui rancangan-rancangan televisyen yang memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang semangat kejiranan.

AYAT KESAN

 Kesannya,

Ibu bapa dapat melahirkan anak-anak yang bersifat rasional dan baik hati.

UNGAKAPAN MENARIK

 Bak kata cendekiawan,

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’

AYAT PENEGAS

Jelaslah bahawa,

ibu bapa elemen utama penyubur semangat kejiranan.

AYAT

TOPIK

 Pada masa yang sama,

ibu bapa perlulah mejadi suri teladan yang baik kepada anak-anak.

AYAT HURAIAN

 Hal ini disebabkan oleh

kelakuan anak-anak dipengaruhi oleh kelakuan ibu bapa juga.

AYAT CONTOH

 Sebagai contoh,

jika terdapat jiran kita yang mempunyai masalah, ibu bapa boleh membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut.

AYAT KESAN

 Kesannya,

anak juga akan mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan seharian.

UNGAKAPAN MENARIK

 

 

AYAT PENEGAS

 Natijahnya,

ibu bapa perlu menunjukan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

AYAT

TOPIK

Akhirnya,

ibu bapa juga boleh turut serta dalam aktiviti gotong-royong bersama jiran tetangga.

AYAT HURAIAN

Hal ini demikian kerana

hubungan keluarga dengan masyarakat dapat dieratkan semasa aktivti dijalankan.

AYAT CONTOH

Tamsilnya,

setiap keluarga perlu membersihkan kawasan sekitar taman perumahan bersama-sama jiran.

AYAT KESAN

Kesannya

ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengan jiran

UNGAKAPAN MENARIK

Bak kata mutiara,

‘Muafakat membawa berkat’.

AYAT PENEGAS

Tegasnya,

Aktiviti gotong royong ini haruslah diadakan supaya dapat membentukkan masyarakat yang harmoni.

Penutup

Kesimpulannya,semangat kejiranan ini amat penting bagi melahirkan masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum.Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran,mereka pun turut berbaik dengan kita.Dengan itulah cara Ibu bapa dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.Jadi,kita mestilah  sentiasa berusaha bagi memastikan semangat kejiranan ini dikekalkan sampai bila-bila sahaja.

NOVEL PANTAI KASIH: PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KEINSAFAN KEPADA PEMBACA.

Berdasarkan novel Pantai Kasih, jelaskan peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat menimbulkan kesan kepada pembaca. Antaranya, peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan. Selain itu, peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.

Sunday, June 27, 2021

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Nama : Amni Safiya binti Hyreil Anuar

Tingkatan : 3RK1

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di Malaysia.

Pendahuluan

Sejak zaman-berzaman, generasi muda zaman sekarang tidak ambil peduli kepada permainan tradisional apabila mereka selalu berhadapan dengan peranti yang boleh merosakkan penglihatan. Pada zaman dahulu, permainan tradisional amat popular jika dibandingkan pada zaman sekarang. Dengan kata lain, permainan tradisional ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh generasi-generasi zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di Malaysia?

 

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

ibu bapa dan ahli keluarga memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan begitu kerana,

ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak perlu memperkenalkan permainan tradisional dan memberikan tauladan kepada generasi yang baru bahawa permainan tradisional juga boleh menghiburkan diri.

 

AYAT CONTOH

 Contohnya,

ibu bapa boleh menghadiahkan anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah hari jadi ataupun hadiah keputusan cemerlang.

AYAT KESAN

Ekoran daripada peristiwa itu,

anak-anak mereka akan mengetahui lebih banyak mengenai permainan tradisional dan berminat untuk bermain dan mengetahui tentang permainan tradisional.

UNGAKAPAN MENARIK

-

-

AYAT PENEGAS

 Tegasnya,

ibu bapa dan ahli keluarga perlu menyampaikan sesuatu perkara kepada generasi muda berkenaan permainan traditional dalam usaha memartabatkan permainan trdisional masyarakat Malaysia.

AYAT

TOPIK

 Pada masa yang sama,

pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan atau menubuhkan kelab permainan tradisional.

AYAT HURAIAN

 

Selain memperkenalkan permainan tradisional di rumah, pihak sekolah juga boleh memberi pendedahan asal usul dan cara bermain permainan tradisional dengan lebih mendalam kepada para pelajar melalui pertandingan dan kelab permainan tradisional.

 

AYAT CONTOH

Sebagai contoh,

permainan tradisional congkak perlu diwujudkan di sekolah dan alatan yang digunakan ialah papan congkak dan buah congkak. Pelajar akan memasukkan buah congkak satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

AYAT KESAN

 Kesannya,

pelajar akan berasa minat terhadap permainan tradisional yang dimainkan oleh mereka dan permainan tradisional mempu bertahan dan bersaing dengan permainan video.

UNGAKAPAN MENARIK

 -

-

AYAT PENEGAS

 Hkikatnya,

pihak sekolah juga perlu mengambil kesempatan dalam memupuk dan mencungkil minat pelajar untuk bermain permainan tradisional pada masa lapang.

AYAT

TOPIK

Di samping itu,

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara perlu mengadakan kempen cintai permainan tradisional.

AYAT HURAIAN

 -

Kempen permainan tradisional ini perlu dijalankan secara terancang dengan melalui media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen oleh Jabatan Kebudayaan.

AYAT CONTOH

Misalnya,

pihak media massa perlu memperkenalkan permainan rakyat ataupun permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain diseluruh negara dengan menyiarkan rencana ataupun dokumetari.

AYAT KESAN

Sehubungan dengan itu,

permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat dan semakin ramai rakyat Malaysia akan jatuh cinta dengan permainan rakyat.

UNGAKAPAN MENARIK

 -

-

AYAT PENEGAS

 Tegasnya,

dengan kerjasama yang padu dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baharu.

AYAT

TOPIK

Selain itu,

agensi pelancongan seperti pemandu pelancong perlu memberikan pendedahan berkenaan permainan tradisional kepada masyarakat luar negara yang datang melawat ke malaysia.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan begitu kerana,

pihak universiti tempatan dan luar negara perlu mengadakan program silang budaya antara pelajar tempatan dan luar negara datang melawat Malaysia dan akan berpeluang bermain pelbagai jenis permainan tradisional melayu.

AYAT CONTOH

Sebagai contohnnya,

permainan yang popular ialah Galah panjang, Sepak Raga, Gasing, Wau Tradisi Malaysia, Tating Lawi, Ketinting dan pelbagai lagi.

AYAT KESAN

Kesannya,

apabila balik ke negara asal mereka akan menceritakan keunikan dan mengajar kawan-kawannya tentang permainan tradisional masyarakat Malaysia.

AYAT PENEGAS

Tegasnya,

pertukaran budaya antara negara lain mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang boleh kita lakukan sebagai rakyat Malaysia untuk memartabatkan permainan tradisional Malaysia. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Semoga kita sedar akan melakukan sesuatu bagi memastikan generasi sekarang akan datang mengetahui dan mempelajari tentang permainan tradisional Melayu dan keunikan warisan dan budaya mereka.