Baki 21 hari lagi, umat Islam akan
menyambut Hari Raya Aidilfitiri dan pastinya
segala pesiapan telah dilakukan lebih awal
sebelum Ramadhan. Ada juga yang ambil kesempatan membeli barang keperluan lebih
awal agar dapat memberi tumpuan untuk melakukan ibadah puasa. Walaubagaimanapun, tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang membuat pembelian
dan persediaan di saat akhir di bulan yang
mulia ini. Walau apapun caranya, masing akan sibok berbelanja untuk membeli pelbagai-bagai keperluan menjelang musim perayaan. (Dipetik dan diubah
suai daripada: https://www.kosmo.com.my/2021/04/21/belanja-berhemah-elak-budaya-boros/) |
Sunday, September 19, 2021
LATIHAN KESALAHAN BAHASA BM PT3 1
PERISTIWA MENARIK NOVEL PANTAI KASIH
Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang menarik
Berdasarkan dua novel yang anda kaji di tingkatan empat, huraikan satu peristiwa yang menarik dan berikan alasan anda.
Novel yang saya kaji ialah novel
Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Satu peristiwa yang menarik ialah peristiwa
Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas
setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang
melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar. Peristiwa ini dikatakan menarik
kerana. peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani
mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron
mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat
yang sama sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.
BAHAGIAN PERMULAAN NOVEL PANTAI KASIH MENARIK MINAT PEMBACA
SOALAN: Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan empat, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat pembaca.
Novel yang saya pelajari ialah
novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Alasan pertama bahagian permulaan novel
itu menarik adalah kerana menggambarkan sifat amanah dan tanggungjawab seorang
pekerja terhadap majikannya. Misalnya, Doktor Raiha melakukan pembedahan kali
keenam ke atas Unong Siron atas permintaan ketuanya, Doktor Uwang yang
berhalangan melakukannya sendiri.
Seterusnya, bahagian ini menarik
kerana menggambarkan sikap tanggungjawab seorang ayah yang ingin anaknya hidup
bahagia. Sebagai contoh, Doktor Raiha teringat akan bantahan ayahnya apabila
dia menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor
Raiha menjadi suri rumah tangga sepenuh masa agar dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap rumah tangga, bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi
jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
PERBELANJAAN BERHEMAT
Pengenalan
Situasi pandemik COVID-19
mencetus fenomena baharu dalam landskap ekonomi negara. Kerajaan mengambil pendekatan
berbelanja secara berhemat terutamanya bagi perbelanjaan mengurus dan pada masa
sama mengoptimumkan pendapatan daripada pelaburan dan syarikat milik kerajaan. Matlamat
utama kerajaan adalah untuk memastikan sumber mencukupi bagi menjamin
kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. Bagi
mengukuhkan benteng kewangan isi rumah di Malaysia pula, kerajaan menerusi
peruntukan Belanjawan 2021 berusaha menyokong kelestarian ekonomi negara dengan
tiga matlamat teras, iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi. Pelbagai usaha pengukuhan
ekonomi juga dirangka kerajaan. Antaranya mengadakan Program Strategik
Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dilancarkan Perdana Menteri pada 17
Mac lalu yang menggariskan 20 inisiatif memperkasa ekonomi.
Peranan isi rumah/masyarakat/individu
Statistik Jabatan Perangkaan 2020 menunjukkan peningkatan penggunaan platform e-dagang dalam kalangan isi rumah sebanyak 23.3 peratus pada 2019, berbanding 11.3 peratus pada 2016. Peningkatan peratusan dalam perbelanjaan isi rumah memberi impak kepada aktiviti ekonomi secara keseluruhannya, sama ada bagi memenuhi keperluan atau menuruti nafsu kehendak semata. Dalam hal ini, kemampuan isi rumah mentadbir dan mengurus sumber pendapatan menjadi cabaran utama yang perlu difahami dan dikuasai secara istiqamah. Pengetahuan mengenai jumlah sumber pendapatan bersih, tanggungan hutang serta komitmen kewangan lain agenda wajib yang perlu diberi perhatian pada setiap masa. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana pendapatan bersih memberi implikasi besar terhadap kedudukan nilai aliran tunai bersih isi rumah, malah menjadi penanda aras kesihatan kewangan bagi menguruskan perbelanjaan secara berhemat supaya tidak terperangkap dengan hutang. Oleh itu, disiplin diri yang tegas perlu dalam menguruskan kewangan isi rumah dengan lebih sistematik dan berhemat bagi menjamin kelestarian kewangan. Setiap individu hendaklah mengukur kemampuan kewangan sebelum berbelanja merupakan langkah bijak bagi mengelakkan masalah defisit kewangan dan hutang dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Umpama pepatah 'ukur baju di badan sendiri'.
Kesimpulannya, pengurusan kewangan berhemat berupaya mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara serta menyokong agenda kerajaan dalam mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Sesungguhnya, gelagat perbelanjaan berhemat dalam menguruskan kewangan memberi kesan signifikan kepada hasrat kerajaan merancakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA). Dengan kata lain, usaha memulihkan ekonomi negara pada tahap terbaik memerlukan gandingan semua pihak, bermula isi rumah hingga kepada urusan negara.
Frasa menarik:
1. fenomena
baharu
2. landskap
ekonomi
3. kelansungan
perniagaan
4. benteng
kewangan
5. kelestarian ekonomi
6. ketahanan
ekonomi
7. menuruti
nafsu kehendak
8. penanda
aras kesihatan kewangan
9. kelestarian
kewangan
10. defisit
kewangan
11. gelagat
perbelanjaan berhemat
(Dipetik dan diubah suai
daripada : https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/05/821911/pengurusan-kewangan-berhemat-sokong-capai-matlamat-wkb-2030)