Tuesday, June 22, 2021

PERBEZAAN KATA SENDI NAMA "DI" DAN "KE"

 

Apa bezanya?

Kata sendi nama “di”.

1.Kata sendi nama “di” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

2.KSN di  juga menunjukkan sudah tiba atau berlaku.

3.KSN di ini perlu ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya.

4.Contohnya : i. Akmal bekerja di Restoran Anjung.

                     ii. Kami akan hadir majlis anugerah itu di Putrajaya.

 

Kata sendi nama “ke”.

1.Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dituju.

2.KSN “ke” juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan masa dan waktu.

3.KSN “ke” menunjukkan akan atau sedang menuju/melakukan sesuatu di tempat tersebut.

4.KSN perlu ditulis terpisah daripada kata nama dan frasa nama.

5.Contoh : i. Akmal pergi ke kedai bersama bapa saudaranya.

               ii. Encik Mirza mendapatkan rawatan di Hospital Melaka  

                   dari semasa ke semasa.

 

Kata sendi nama

Fungsi

di

-digunakan di hadapan KN/FN

-menunjukkan tempat

-sudah tiba atau berlaku di tempat itu

-ditulis terpisah

ke

-digunakan di hadapan KN/FN

-menunjukkan tempat atau arah dituju dan masa

-akan atau sedang  menuju/melakukan sesuatu di tempat tersebut

-ditulis terpisah