Plot Novel Pantai Kasih
PERMULAAN |
Permulaan
novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan
kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik. Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong
Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali
disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan
pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas
dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha
berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi. |
PERKEMBANGAN |
Watak: Doktor Raiha Dia sering
terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar
mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan
meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan.
Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan
kematian anaknya itu. Watak 2 : Sister Felicia Landosi Dia telah
melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan
peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih
akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang
ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh
jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian
sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu
membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya
itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan
memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan
menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku
sekolah rendah lagi. Watak : Doktor Uwang Doktor Uwang
juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya
yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian
dia menyaksikan sendiri anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa
marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu
apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia
juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron
menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya
yang rentung dalam jaga dan tidurnya. Watak : Doktor Raiha Dia juga
sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah
diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom.
Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan
yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang
anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal. Watak : Doktor Uwang Doktor Uwang
dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat
rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua
kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan
bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua
puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. Panggilan
telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat
rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan
pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan
akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya
di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara tragis
di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu. Akhirnya
Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan
teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur
menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun
semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit
golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan
dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya. Watak : Doktor Raiha Raiha
mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar
api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah.
Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah
dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan. |
KONFLIK KONFLIK DIRI SENDIRI |
|
Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya. Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu. |
Konflik Doktor Uwang dengan dirinya. Pergaulan hidup yang bebas. menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa. |
Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya. Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu. |
Konflik Doktor Uwang dengan Ayu.Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu. |
KONFLIK DENGAN ORANG LAIN |
|
Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz.Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar. |
Konflik antara Sister Felicia dan Raiha. Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut. |
Konflik antara Raiha dengan ayahnya.Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai. |
Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong.Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi. |
KLIMAKS Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas. |
Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut. |
Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih. |
Kemalangan
tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah
di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut
dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan
setaraf dengan dirinya.Pembedahan terpaksa dilakukan dengan
segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk
yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan tempurung
lututnya. |
PELERAIAN |
Raiha
membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan
harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan
penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera
teruk dan lutut kakinya yang hancur. Akhirnya Sister Felicia
Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak
perempuannya itu. Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor
Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.Sister
Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di
situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
Sister
Felicia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.
Raiha
menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan. |