CUPCAKE
& CHEESE TART
CUACA panas terik. Angin sepoi-sepoi
bahasa menyejukkan suhu bandar yang bahang. Kenderaan masih lagi beratur
menunggu giliran menuju ke destinasi yang dituju. Farisha masih lagi berdiri
tercegat di bawah pohon rendang di hadapan bank.
“Berpeluh-peluh I tahu
tak? You dekat mana sekarang? Lama
dah I tunggu ini. Kata nak lunch sama-sama?”
“You tunggu dulu boleh tak? I terperangkap
dalam jem ini.”
“Dah tahu nak lunch sama-sama, keluarlah awal-awal. You
tahu tak make up I ini dah cair.
Huh!”
“Tadi I ada pelanggan.
Sabar boleh tak?”
“I bagi you lima minit! Kalau tak sampai juga, kita cancel saja.”
Farisha terus
menamatkan perbualan dengan Haikal. Dia
tidak suka menunggu lama dan sudah lali dengan sikap Haikal yang selalu datang
lambat menjemputnya. Sudah banyak kali. Stress!
Begitu juga Haikal,
sudah banyak kali kena smash dengan Farisha. Tetapi dia tetap sabar dengan
kekasihnya itu. Dia yakin suatu hari nanti Farisha akan faham mengenai
masalahnya. Mungkin!
Pernah suatu hari,
Haikal dimarahi di hadapan orang ramai ketika lambat datang lunch. Ketika itu,
Farisha sungguh marah. Langsung tiada perasaan sehingga sanggup memaki Haikal.
“You ini lelaki tak
guna. Bodoh! Sekarang dah jam berapa?”
“Maaf. I tahu lewat.
Tapi, janganlah marah sampai macam ini. Tak malu ke orang tengok?”
“Oh! Tahu you malu. Ada
pula perasaan malu dalam hati you? Habis perasaan I duduk lama-lama kat sini
semata-mata nak tunggu you macam orang bodoh. Ada you fikir? You ingat I tak
ada perasaan ke duduk lama-lama di sini semata-mata nak tunggu orang bodoh
macam you ini?”
“You, maaflah. Pelanggan I ada masalah dengan bank. Jadi I perlu
selesaikan.”
“Tak habis-habis pasal pelanggan.
I ini siapa? Girlfriend you tahu tak! You lebih pentingkan pelanggan you daripada I!”
“You, janganlah macam
ini. I janji, lepas ini I akan datang lebih awal dari you. Tolong, maafkan I.”
Puas Haikal cuba
memujuk Farisha, akhirnya berjaya juga. Orang perempuan ini ego! Cepat sahaja
hendak marah. Membebel tidak pandang depan dan belakang. Main terjah sahaja. Namun
bagi Haikal, apabila cukup ramuan, perempuan ini akan mengalah juga. Bak kata
pepatah ‘Jangan dicurahkan minyak ke dalam api’. Sebaliknya lelaki perlu
menjadi bomba memadamkan api panas baran. Kalau tidak nanti meletop. Melopong
pula!
Haikal bekerja sebagai
jurujual di Volkswagen. Dia selalu berjumpa
pelanggannya di luar dan sebab itulah dia selalu datang lewat lunch bersama
Farisha. Dia juga terpaksa melayan karenah pelanggannya yang gaji 3K tapi
selera nak pakai kereta yang 250K. Memang makan maggilah hari-hari.
Farisha memang terkenal
dengan sikap ego dan bengis. Pantang ada benda yang membuatkan hatinya sakit,
siap bersedialah telinga. Macam petir menikam jiwa. Kadang-kadang seperti letusan
gunung berapi. Laharnya itu boleh membuatkan orang sakit hati seakan-akan air
panas yang mendidih. Cuba bayangkan!
Farisha memliki sebuah kedai cupcake hasil
daripada ilham sendiri setelah menghadiri kursus membuat kek dua tahun yang
lalu di Melaka. Umurnya mencecah 23 tahun. Sebut sahaja Cupcake Farisha semua
orang tahu. Maklumlah kedai dia sahaja
yang memonopoli cupcake di negeri itu. Kilang, sekolah, syarikat dan pasar raya
ialah pelanggan tetap dia.
Mukanya terpampang di
surat khabar setiap bulan. Itu belum termasuk di tiang-tiang elektrik dan
kawasan bandar. Semua digantung. Tubuh yang gebu diserikan lagi dengan baju
kebaya nyonya Melaka sambil memakan cupcake, mampu memikat hati pelanggan.
Dicorong-corong radio juga nama dia disebut-disebut mengalahkan artis. Kalah
Diva AA!
Ada dua puluh perisa cupcake
dan yang paling laris ialah perisa Chocolate dan Strawberry. Setiap hari
Farisha menerima tempahan daripada pelanggan. Paling kurang tiga ribu biji. Itu
belum dicampur dengan pelanggan online. Tambah tolak untung bersih mencecah dua
puluh ribu sebulan. Wow! Siapa yang tak rasa rugi. Pasti menyesal!
Haikal lah yang menjadikan
Farisha Cupcake meletop. Mulut manisnya bagaikan gula tebu mempromosikan cupcake
kepada pelanggan membuahkan hasil di samping publisiti yang gempak di media
sosial. Dia juga banyak membantu Farisha. Banyak juga dia melabur semata-mata
mahu melihat kekasihnya berjaya.
“I boleh buat pinjaman
50K kalau you betul-betul nak buka kedai?” jelas Haikal dengan nada serius.
“I memang nak meniaga. Tapi, you tak kisah ke bagi I pinjam duit sebanyak
itu?”
“I tak kisah. Demi you,
I sanggup ambil risiko. Tapi dengan syaratlah.”
“Apa syaratnya?”
“Syaratnya you mesti
buat sungguh-sungguh. I tak nak you buat sekerat jalan. You kena berani hadapi
cabaran yang akan berlaku.”
“I janji. I akan cuba buat
yang terbaik untuk perniagaan ini.”
“Macam itulah. I harap
perniagaan you akan maju. I akan
sokong dari belakang. Masalah promosi you jangan risau I akan tolong promosikan
cupcake itu.”
Haikal sangat sayang
akan Farisha. Dia tidak mahu kekasihnya gagal dalam hidup. Dia mahu Farisha
berani menyahut seruan ahli politik yang menyuruh rakyatnya menceburi bidang
perniagaan jika mahu makan ayam. Dia tidak mahu Farisha menjadi seperti kisah
‘Angan-angan Mat Jenin’. Baginya, Farisha ada aura yang tiada pada orang lain.
***
“Hari-hari
datang lambat. Kau ingat ini kedai bapak kau punya?”
“Maaf
kak, saya tak sengaja. Saya kena hantar adik ke sekolah dulu sebelum ke sini.”
jelas Akmal meminta simpati.
“Itu
masalah kau. Bukan masalah aku. Aku bayar kau untuk bekerja dengan aku.”
“You
ini, kesianlah pada Akmal. Dia bukan saja-saja nak datang lewat. Dia nak hantar
adik dia ke sekolah. Biarkanlah. Pekerja lain kan ada.”
“Amboi
… amboi! You ini jangan nak bagi muka pada Akmal itu. Dia budak mentah. Tak
tahu apa-apa. Dah lah lembab!”
“Kau tercegat di sini
buat apa. Pergi belakang. Buat kerja.” Bulat-bulat macam tahi kambing mata
Farisha memandang Akmal.
Akmal sudah bekerja
selama setahun di Farisha Cupcake. Dia sudah lali dengan leteran daripada
majikan. Demi menyara adik-adik yang sekolah dia tetap akan bertahan disitu.
Ibu bapanya telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya semasa mendaftarkan
adik yang bongsu di Tahun 1. Dia cuma mempunyai dua orang adik-beradik. Seorang
lelaki dan perempuan.
Akmal pembantu kedai
yang paling lama bertahan. Semua pekerja yang bekerja di sini tidak tahan
dengan sikap Farisha. Ada yang tidak sampai sebulan sahaja sudah berhenti. Yang
paling lucu, pagi masuk kerja, petang sudah mahu berhenti dek kerana mulut
Farisha bagaikan duri-duri tajam yang mencucuk-cucuk kepingan hati.
Nasib
ada Akmal. Kalau tidak, entah apalah jadi dengan Farisha Cupcake. Dia lah
juruwang, menguli tepung, menghantar stok. Semua kerja lah dia buat.
Terkejar-kejar juga dia. Mana tidaknya tiada pekerja kekal. Setiap yang keluar,
terpaksa ganti yang lain. Tidak menang tangan dia mengurus Cupcake Farisha.
Farisha hanya tahu
mengira keuntungan. Soal kedai diletakkan di bahu Akmal. Yang dia tahu duit,
duit dan duit sahaja. Soal pekerja dia tidak ambil tahu. Tapi bab pasal marah,
itu bagi dia. Banyak pelanggan dia sudah lari. Tapi dia tidak heran. Bagi dia,
masih ramai lagi yang mahu membeli cupcake resepinya. Tiada sesiapa yang mampu menandingi
Farisha Cupcake. Inilah antara ayat-ayat yang acap kali keluar dari mulut puaka
dia tatkala Akmal memberitahu pelanggan sudah menamatkan tempahan.
“Biarkan saja. Ada aku
kisah. Seorang pergi, beratus maritahu tak!”
“Tapi kak, mereka
antara pelanggan tetap kita. Sekarang ini, hanya tinggal satu sahaja syarikat
besar. Pelanggan pun yang datang ke sini semakin susut. Boleh bilang dengan
jari.”
“Hei, kau bos ke aku
yang bos! Aku tahu lah nak buat apa bodoh. Kau apa tahu? Kelulusan pun tak ada,
nak ajar orang. Kau pergi cermin diri kau dulu. Kau budak mentah. Sedarlah diri
sikit. Pergi keluar sekarang!”
Akmal meninggalkan
bilik majikan. Dia kesal dengan sikap majikannya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Dan hal ini perlu disampaikan kepada Haikal.
“Abang sibuk ke?”
“Eh, tidaklah. Kenapa?”
“Saya nak cakap sikit
mengenai kedai ini?”
“Ya. Kenapa dengan
kedai?”
“Abang, banyak
pelanggan kita sudah lari. Yang tinggal cuma yang kecil-kecil sahaja.”
“Macam mana benda ini
boleh berlaku? Kalau macam ini, boleh rugi kita. Farisha tahu tak?”
“Saya sudah cakap
dengan kak Farisha. Tapi … .”
“Tapi apa? Cakapalah!”
“Dia cakap banyak lagi
syarikat yang nak beli cupcake kita ini.”
“Dia cakap macam itu?
Tak apa. Kejap lagi abang akan jumpa dia.”
Akmal
amat sayangkan Farisha Cupcake. Dia banyak membantu Farisha menguruskan kedai
ini. Dari membuat kuih sampailah ke urusan kewangan. Semuanya diserahkan
bulat-bulat pada dia. Kedai inilah yang memenuhkan periuk nasi di rumah.
Belanja adik-adik ke sekolah. Selagi dia mampu, dia akan cuba bertahan dengan
mulut puaka majikannya. Dia menggangap majikannya itu hanya cakap di mulut sahaja,
tetapi di dalam hati sayangkan pekerja.
Haikal dan Farisha
keluar makan malam bersama di sebuah hotel di tengah bandar raya. Sinaran lampu
warna-warni di sepanjang sungai Melaka amat memukaukan. Di tambah lagi lampu
kelip-kelip yang dihiaskan di rumah-rumah tradisional Kampung Morten menyerikan
makan malam mereka.
“I dapat tahu, you dah
banyak hilang pelanggan. Tinggal anak-anak ikan saja.”
“Siapa bagi tahu you?”
“Soal siapa bagi tahu
itu tak penting. Soalnya sekarang pelanggan you semua dah lari. Sudah tidak
tahan dengan you. Lebih pentingkan keuntungan dari hasil jualan. Kalau tak ada
pelanggan macam mana perniagaan you nak maju? Kekal bertahan. Cubalah jaga hati
pelanggan. You jual dengan harga yang tak masuk akal! Itu sebab pelanggan you
lari.”
“You jangan sibuk boleh
tak? I tahu lah nak buat apa? Banyak lagilah syarikat lain yang berminat dengan
cupcake I.”
“I bukan nak sibuk.
Tapi I risau dengan you ini. You serahkan kepada Akmal bulat-bulat untuk
uruskan kedai you. Yang you ini duduk goyang kaki kira duit! You ini langsung
tak ambil berat soal kedai. You jangan main-main. Dalam meniaga ini, you kena
kerja sama-sama dengan pekerja! You tak boleh buat macam ini?”
“Oh, Akmal lah yang
beritahu you ini. Sudah-sudah. I nak makan.”
Haikal menggeleng dan
dia tidak mampu untuk melembutkan hati Farisha yang keras macam batu belah batu
bertangkup.
***
“Mulai hari ini kau tak
payah datang kerja sini lagi. Orang macam kau tak layak nak kerja dengan aku.
Tak sedar diri. Lebih sudu dari kuah! Kau tahu tak aku bos. Aku yang bayar gaji
kau tahu tak?”
“Apa salah saya kak?
Kalau saya ada buat silap, maafkan saya. Saya masih perlukan kerja di sini.”
“Kau sibuk menjaja
cerita aku dekat Haikal pasal apa? Kau sedar diri kau itu. Kau dulu aku kutip
kerja di sini.”
“Kak maafkan saya. Saya
hanya risaukan perniagaan akak sahaja. Tak lebih dari itu. Saya tak nak perniagaan
akak merosot.”
“Bodohnya perempuan!
Sibuk nak mengajar orang. Sebelum aku menjerit baik kau keluar. Keluar
sekarang!”
Akmal berasa kecewa
dengan tindakkan majikannya. Dia berasa menyesal memberitahu akan perihal
Farisha Cupcake kepada Haikal. Hatinya luluh. Dan dia terus meninggalkan kedai
itu dengan penuh penyesalan.
“Akak dah tak kerja
lagi dik. Majikan akak suruh akak berhenti.” ujar Akmal kepada Marsya.
“Kak jangan lah sedih.
Akak boleh cari kerja lain nanti. Tak pun kita cari kerja sama-sama. Nak tak?”
“Akak tak ada niat
untuk campur tangan perniagaan dia. Adik tak boleh kerja lagi. Adik kena
belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam akak ini, tiada kelulusan. Mak dan abah
pesan adik dengan Akif kena dapatkan keputusan yang cemerlang. Barulah dapat
kerja gaji yang banyak nanti.”
Akmal mencium dahi adiknya. Dia perlu
mencari kerja supaya adik-adiknya nanti tidak mengikat perut kosong pergi ke
sekolah. Dia akan cuba untuk mencari kerja pada esok hari.
Haikal
mendapat tahu berita pemecatan Akmal.
Dia bergegas ke Farisha Cupcake untuk mendapatkan penjelasan dari mulut
kekasihnya.
“Kenapa
you pecat Akmal? Dia sudah banyak bantu you uruskan kedai.”
“Orang
macam budak hingusan itu, tidak perlu ada dalam kedai ini. Dialah punca
pelanggan I lari. You tahu tak?”
“You
tak boleh buat macam ini. Bertimbang rasalah sikit.”
“Kenapa you ini? Apa
ubat yang dia dah bagi you makan? Cakap I pun dah tak mahu dengar.”
“Akmal itu budak baik.
Dia rajin buat kerja. Kalau you tak ada, dia boleh uruskan hal kedai.”
“I rasa you ini dah
kena ubat guna-guna lah. You ini bodoh lah. You sepatutnya sebelahkan I, bukan
budak mentah yang tak sedar diri itu.”
“I
dah cari pembantu yang baru. Lebih sesuai dari budak mentah itu. Nama dia Sofi.
Dia ada diploma perniagaan dan pengalaman bekerja selama dua tahun.”
Haikal
mengganguk diam. Dia tidak berjaya menggugurkan daun-daun ego yang bersarang
dalam diri Farisha. Semakin hari, tahap egonya makin menjadi-jadi. Dia hanya
mampu berserah sahaja kepada Ilahi agar dapat melembutkan hati kekasihnya.
Akmal
masih lagi tidak bekerja. Puas di mencari di sekitar bandar, namun nasib masih
lagi tidak berpihak kepada dia. Dia pulang dengan sedikit rasa hampa.
“Yeah, akak dah balik.”
Marsya melompat-lompat.
“Nah, akak ada beli
aiskrim yang adik suka. Akif mana?”
“Akif ada main di
dalam. Dapat tak cari kerja.”
“Tak.”
Mereka berdua termenung
seketika di hadapan rumahnya sambil melihat kereta lalu lalang.
“Kak … kak .” Marsya
menjerit tiba-tiba.
“Ya, kenapa? Sakit
perut ke?” Akmal terkejut.
“Bukan-bukan. Adik ada
idea.”
“Idea apa.”
“Apa kata akak buka kedai
cheese tart. Adik suka makan cheese tart akak buat masa hari raya.”
“Buka kedai? Kuih
cheese tart?”
Akmal tersenyum
mendengar idea dari Marsya. Dia bingkas bangun dan mengajak adik-adiknya pergi
ke kedai untuk membeli bahan membuat cheese tart. Pada malam itu juga, Akmal
membuat tiga perisa cheese tart iaitu Blue Mint, Coco dan Mocha. Dia mengandaikan cheese tart ini akan habis
dijual esok. Dia akan berjalan kaki di sekitar bandar untuk menjual cheese
tart.
“Akak nak beli Marsya
Cheese Tart Wah Lah? Ada Blue Mint, Coco dan Mocha. Cuba dulu kak? Saya jual
sebungkus RM 10 saja.”
Bermacam-macam strategi
Akmal gunakan untuk melariskan perniagaannya. Nama adiknya dijadikan sebagai produk cheese tart bagi menarik hati
pelanggan. Zaman sekarang ini buat sahaja yang luar biasa, pasti ada orang
beli. Ala-ala Boaders Tea!
Setiap hari, Marsya
Cheese Tart Wah Lah laris bagaikan pisang goreng. Akmal mempelbagaikan bentuk
cheese tart dan perisa. Antaranya, Green tea, Mango, Apple dan Strawberry.
Sekarang sudah ada tujuh perisa. Akmal tidak lagi berjalan tetapi dia kini
menjual di tepi jalan dan sekiranya ada pesanan barulah dia akan pergi
menghantar.
Akmal juga sudah ada
pelanggan tetap. Salah satu yang tidak pernah henti pesanannya ialah Kedai
Terlajak Sedap! Dengar pun menarik. Pasti sedap!
Sebuah kereta Volkswagen
berwarna hitam berhenti di hadapan khemah Akmal. Tetapi pemilik kereta itu
tidak keluar juga. Cermin gelap. Akmal berasa curiga. Dia merasakan mungkin
pemandu itu sakit. Dia menghampiri kereta itu dan mengetuk cermin tingkap
sebanyak tiga kali. Permilik itu tidak keluar juga. Dia pergi ke pintu pemandu
dan belum sempat dia mengetuk cermin, pintu kereta itu sudah terbuka.
“Abang Haikal. Dah lama
tak jumpa abang?”
“Abang minta maaf bagi
pihak kak Farisha. Abang dah cuba pujuk dia. Tapi tak berhasil.”
“Tak apa. Abang tak
perlu susah hati pasal saya. Saya okey.”
“Abang cari Akmal tapi
tak jumpa. Satu bandar abang pusing.”
“Saya dah lupakan
abang. Sekarang saya di sini. Saya meniaga Marsya Cheese Tart Wah Lah. Nak tahu
sedap ke tak abang kena rasa dulu tau.”
Akmal menyuapkan cheese
tart Coco ke mulut Haikal tanpa was-was. Mereka berdua tersenyum gembira. Lama
juga mereka berbual dan Haikal mahu Akmal pindah ke lokasi baharu. Dia akan tanggung
semuanya bagi menebus dosa Farisha yang memecat dia.
Pada keesokkan harinya,
Haikal memberitahu Akmal bahawa dia telah jumpa sebuah kedai dan mendakwa
lokasi strategik dan menjadi tumpuan orang. Haikal mahu Akmal berpindah secepat
yang boleh. Akmal bersetuju dan mengikut sahaja cadangan Haikal.
Haikal menjemput Akmal
di tempat yang telah dipersetujui lalu menuju ke lokasi. Setibanya di sana,
Akmal berasa hairan kerana Haikal memberhentikan keretanya di hadapan kedai
bekas majikannya.
“Kita nak buat apa di sini
abang?”
“Kita nak masuk kedai
baharulah.”
“Tapi ini kan kedai
Farisha Cupcake. Saya tak mahu jadi sailang. Tak pasal-pasal nanti berperang
dengan Kak Farisha.”
“Amboi! Dah pandai
cakap sailang sekarang. Kedai Akmal sebelah dengan kedai Farisha Cupcake.”
“Saya tak nak meniaga
di sini. Jom lah kita cari tempat lain. Saya tak nak ganggu perniagaan orang.
Lagi-lagi bekas majikan saya!”
“Jangan risaulah. Dia
dah tak ada lagi.”
“Tak ada? Apa maksud
abang? Saya tak faham?”
“Sofi pembantu baru
selepas Akmal meninggalkan kedai ini telah cuba songlap duit Farisha Cupcake. Setiap bulan rugi. Pekerja semua lari. Akmal pun
tahu mulut Farisha macam mana? Ada saja yang tak kena. Tambah lagi, dia percaya
pada Sofi. Puas abang menasihatkan dia, tetapi dia tak nak dengar.”
“Habis itu, apa
terjadi?”
“Taktik Sofi
terbongkar. Dia telah menukar nombor akaun cek kedai kepada nombor akaun dia.
Bijak taktik dia ini. Yang paling abang tak sangka, Farisha sudah banyak kali
melakukan hubungan dengan Sofi. Abang berasa curiga dengan tingkah laku Farisha
dan tergerak hati nak periksa kemera di dalam kedai. Rupa-rupanya sudah banyak
kali dia buat maksiat dalam kedai itu. Betina tak sedar diri. Lupa daratan!”
“Astagfirullahaladzim.
Sabar abang. Tak sangka saya kak Farisha sanggup buat benda terkutuk itu.”
“Sekarang abang tak
perlukan lagi cupcake, tapi abang mahukan cheese tart dalam hati abang ini.”
Akmal tersenyum lebar
mendengar kata-kata Haikal.
Penulis : Muhammad Hafiz bin Mohamad