Monday, October 4, 2021

KERANGKA KARANGAN FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH

Penubuhan koperasi sekolah sangat penting kepada warga sekolah. Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah.

Tema : Koperasi Sekolah

Kata Kunci : Faedah-Faedah

 PENGENALAN

ISU

Koperasi sekolah merupakan wadah berkesan untuk para pelajar berniaga, menjadi usahawan, mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran-kemahiran insaniah, malah penglibatan mereka ini mampu memperkukuhkan jati diri yang menjadi pegangan koperasi.

Huraian

Pelbagai urus niaga dijalankan melalui koperasi sekolah yang secara tidak langsung memberi pulangan dan faedah kepada warga sekolah.

Persoalan

Persoalannya, apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 1

 

Koperasi sekolah menawarkan harga yang murah kepada para pelajar.

AYAT HURAIAN

 

Tujuan penubuhan koperasi sekolah adalah untuk membantu para pelajar mendapatkan perkhidmatan dan barang keperluan. Keuntungan bukan menjadi matalamat utama sebaliknya faedah yang dapat dirasai oleh warga sekolah.

AYAT CONTOH

 

Koperasi sekolah menjual pakaian badan beruniform dengan harga yang jauh lebih murdah jika dibandingkan di pasaran luar.

AYAT KESAN

 

Implikasinya koperasi sekolah dapat membantu mengurangkan beban pelajar dengan menjual barang pada harga yang berpatutan.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

AYAT PENEGAS

 

Jelaslah bahawa koperasi sekolah menjaga kebajikan murid dengan menjual barangan yang murah.

 
















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 2

 

Para pelajar dapat menambah ilmu berkaitan usahawan bagi membuka minda para pelajar untuk mencerburi bidang ini.

AYAT HURAIAN

 

Pelbagai program telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah dalam mendidik semangat keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah kerana penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan ini juga merupakan salah satu proses pembelajaran juga

AYAT CONTOH

 

Para pelajar dapat menimba pengalaman untuk berniaga dan mengetahui selok-belok perniagan.

AYAT KESAN

 

Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dan cekap menguruskan urusan jual beli.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

AYAT PENEGAS

 

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu keusahawanan merupakan kemahiran nilai tambah yang perlu diteroka oleh para pelajar.

 



















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 3

 

Koperasi sekolah dapat mengajar para pelajar untuk mengurus perniagaan.

AYAT HURAIAN

 

Pengurusan koperasi memerlukan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi memastikan koperasi sekolah dapat menjalankan fungsinya dengan baik berdasarkan skop tugas yang ditetapkan.

AYAT CONTOH

 

Guru dan para pelajar membentuk satu organisasi daripada peringkat guru hingga murid untuk bersama-sama menguruskan sebuah koperasi.

AYAT KESAN

 

Manfaat bukan hanya diperoleh berdasarkan keuntungan sahaja malah pembangunan remaja usahawan juga dapat diterapkan kepada para pelajar. Warga sekolah juga turut menerima tempias hasil keuntungan yang disumbangkan oleh koperasi sekolah.

UNGAKAPAN MENARIK

 

 

AYAT PENEGAS

 

Oleh itu, kemahiran mengurus perniagaan menjadi tunjang utama kepada kemenjadian murid.








































KESIMPULAN


 

Penanda wacana

Huraian

RUMUSKAN

Kesimpulannya,

pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan adanya aktiviti koperasi sekolah.

CADANGAN

-

Pihak sekolah haruslah sentiasa proaktif mempelbagaikan corak urus niaga dan perkhidmatan sesuai dengan pekembangan tekonologi maklumat dan komunikasi.

HARAPAN

Oleh itu,

koperasi sekolah haruslah memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada warga sekolah malah kepada ibu bapa dan orang ramai.


JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 6

 

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Ahmad dan Abu saling membantu semasa menghadapi masalah dan sentiasa bersama ketika susah dan senang.

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bagai aur dengan tebing

Terapung sama hanyut, terenang sama basah


MAKSUD

Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu kesenangan atau kesusahan bersama-sama tanggung.

 

2

Mak Senah mulai rambang mata melihat semua gelang emas di kedai alat perhiasan tersebut.

Rambang mata

MAKSUD

Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya cantik.

3

Tan Sri Noh Omar amat gembira dengan perlantikan semula sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dahulunya diambil oleh Puan Sri Kilya Hun.

Sirih pulang ke gagang

Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya Hinggap di belakang kerbau juga

Ikan pulang ke lubuk

Belut pulang ke lumpur

MAKSUD

Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal. Kena pada tempatnya pulang ke tempat asal

4

Sofi menasihati sepupunya Mia agar berbincang dan menyelesaikan permasalahan rumah tanggaa mereka dengan bijak serta tenang.

Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

MAKSUD

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

 

5

Usaha-usaha Tan Sri Lan Chia Hoe membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Orang Kaya Baharu di negeri kelahirannya, Melaka.                       

Usaha tangga kejayaan

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan Dapat sagunya

Genggam bara api, biar sampai jadi abu

Hati hendak, semua jadi

MAKSUD

Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya.

6

Dato’ Huzaimi amat disenangi oleh para pekerja kerana sifat rendah dirinya walaupun beliau merupakan salah seorang peguam terkenal di Malaysia.

Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk

 

MAKSUD

Semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.

 

7

Kejayaan yang dicapai oleh Fadhil tidak menjadikannya seorang yang sombong, sebaliknya dia sentiasa merendah diri.

Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi Lalang

 

MAKSUD

Suka merendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun semakin berilmu atau berkedudukan tinggi adalah lebih baik daripada bersikap tiada pendirian yang teguh

                        

Azie -3rk1