Monday, August 23, 2021

JOM KENALI BAHASA ISTANA

 

JOM KENALI BAHASA ISTANA

 

Bil

Bahasa Istana

Maksud

Bil

Bahasa Istana

Maksud

1

ampun kurnia

maaf

23

kurnia

beri/hadiah

2

anugerah

beri/hadiah

24

mahkota

topi

3

baginda

dia

25

makam

kubur

4

beradu

tidur

26

mangkat

mati

5

berangkat

berlepas

27

murka

marah

6

bercemar duli

pergi ke/berjalan

28

patik

saya(rakyat biasa)

7

berkenan

suka akan/setuju

29

peraduan

tempat tidur

8

berputera

beranak

30

permaisuri

isteri

9

bersiram

mandi

31

santap

makan

10

bertitah

berkata

32

semayam

duduk/tinggal

11

beta

Saya (raja)

33

singgahsana

kerusi

12

daulat

bahagia

34

bersabda

berkata

13

gering

sakit

35

hari keputeraan

hari jadi

14

hulu

kepala

36

puteri

anak perempuan

15

iram-iram

payung-payung

37

sembah

memberi salam

16

kaus

kasut

38

menghadap

bertemu dengan

17

menghadap

menjumpai

39

limpah perkenan

izin

18

putera

anak lelaki

40

menjunjung duli

taat setia

19

merafak sembah

mengangkat sembah

41

ke bawah duli

kepada baginda

20

pacal

saya, patik, hamba

41

dititahkan

diperintahkan

21

puri

bilik

 

 

 

22

inang-inang

penjaga/pelayan

 

 

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 7

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 7

Pada hari ini, kebanyakkan pengguna disogokkan dengan pelbagai tawaran makanan kesihatan yang dimomokkan dengan kebolehan luar biasa untuk tujuan merawat pelbagai-bagai penyakit, mengurangkan berat badan dan 1001 khasiat yang menakjubkan. Sebaran makanan kesihatan tambahan di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai isu yang membimbangkan pengguna berhubung dengan makanan kesihatan tambahan apabila lebel tidak mempunyai suruhan penggunaan yang lengkap dan didapati mengandungi bahan yang belum dinilai atau diuji bagi menyediakan jaminan yang munasabah. Fenomena ini lazim berlaku di mana seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia, terutamanya di India dan di China bahawa merupakan penyebar dan pengguna herba terbesar sekali. Pencemaran bahan logam berat seperti pestisid, mikroorganisma dan mikotoksin banyak didapati dalam herba.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Makanan Kesihatan Tambahan, Madu atau Racun

Oleh Radhiah Shukri

Dewan Masyarakat, Disember, 2015)

 Koleksi latihan penyuntinganhttps://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html