Monday, September 6, 2021

JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA 3

 PANDUAN JAWABAN

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Setelah Amir bekerja di syarikat ternama di luar negara, dia tidak endah lagi dengan kehidupan keluarganya yang susah. Dia tidak bertanya khabar langsung nasib keluarganya.

Seperti ulat lupa akan daun

seperti kacang lupakan kulit

 

Maksud: Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau orang yang telah berbudi kepada kita.

2

Sejak Rosmaida diceraikan oleh suaminya, dia telah berkurung di rumah dan tidak mahu makan sehingga menyebabkan keadaanya menjadi pucat lesu.

Makan diri

 

Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri.

3

Ibu berpesan kepada Amir agar tidak berputus asa selepas mendapat tahu bahawa dia gagal dalam keputusan temu duga. Ibunya berkata rezeki ada di mana-mana sahaj. Cuma perlu usaha.

 

Ada air adalah ikan

 

Maksud: Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

4

Selepas berkali-kali mencuba menyelesaikan masalah soalan matematik yang diberikan oleh Cikgu Suzi, akhirnya dia berjaya menyelesaikan.

Ada akal

 

Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

5

“Kau nak tahu, Nazrin yang pemalas itu sudah lima kali gagal ambil ujian komputer lesen memandu. Semalam aku dengar dia dah lulus. Nasib baik dia baca buku dan buat latihan bersugguh-sungguh,” kata Rasid kepada adik bongsunya.

Belakang parang jika diasah akan tajam juga

 

Maksud: Jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya.

 

 

 

LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 3

 LATIHAN PERIBAHASA 3

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Setelah Amir bekerja di syarikat ternama di luar negara, dia tidak endah lagi dengan kehidupan keluarganya yang susah. Dia tidak bertanya khabar langsung nasib keluarganya.

 

2

Sejak Rosmaida diceraikan oleh suaminya, dia telah berkurung di rumah dan tidak mahu makan sehingga menyebabkan keadaanya menjadi pucat lesu.

 

3

Ibu berpesan kepada Amir agar tidak berputus asa selepas mendapat tahu bahawa dia gagal dalam keputusan temu duga. Ibunya berkata rezeki ada di mana-mana sahaj. Cuma perlu usaha.

 

 

4

Selepas berkali-kali mencuba menyelesaikan masalah soalan matematik yang diberikan oleh Cikgu Suzi, akhirnya dia berjaya menyelesaikan.

 

5

“Kau nak tahu, Nazrin yang pemalas itu sudah lima kali gagal ambil ujian komputer lesen memandu. Semalam aku dengar dia dah lulus. Nasib baik dia baca buku dan buat latihan bersugguh-sungguh,” kata Rasid kepada adik bongsunya.

 

 Jawaban >>>> Jawaban latihan peribahasa 3

JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA 2

PANDUAN JAWABAN

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Hubungan adik-beradik kembar itu kian menampak sinar apabila mereka sudah mengakui kesilapan masing-masing dan berbaik semula.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Maksud: Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

2

Mahathir mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh pengurusnya walaupun dia tahu salah disisi undang-undang.

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

Maksud: Bertindak mengikut arahan atau peraturan.

3

Tingkah laku anak yatim itu sama seperti arwah ayahnya yang selalu menolong orang.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Bagaimana rupa, begitulah bayangnya

Bagaimana contoh, begitulah kuihnya 

Maksud: Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

 

4

“Anak Pak Husin yang baharu melangsungkan perkahwinan semalam cantik pasangannya. Pandai dia pilih. Sesuai sangat”, ujar Miah kepada Mak Leha.

Bagai bulan dengan matahari.

Bagai pinang dibelah dua.

Maksud: Sudah sepadan benar.

5

Sudah 30 tahun Leman tinggalkan kampung setelah berkerja di luar negara. Dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung halamannya.

Bagai belut pulang ke lumpur

Bagai ikan pulang ke lubuk

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga

 

Maksud: Sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan pulang ke kampung halaman.


LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 2

LATIHAN 2 

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Hubungan adik-beradik kembar itu kian menampak sinar apabila mereka sudah mengakui kesilapan masing-masing dan berbaik semula.

 

2

Mahathir mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh pengurusnya walaupun dia tahu salah disisi undang-undang.

 

3

Tingkah laku anak yatim itu sama seperti arwah ayahnya yang selalu menolong orang.

 

4

“Anak Pak Husin yang baharu melangsungkan perkahwinan semalam cantik pasangannya. Pandai dia pilih. Sesuai sangat”, ujar Miah kepada Mak Leha.

 

5

Sudah 30 tahun Leman tinggalkan kampung setelah berkerja di luar negara. Dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung halamannya.

 





JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA 1

 

PANDUAN JAWABAN

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Pada masa yang sama kewujudan pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini.

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.

2

Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu.

Indah khbar dari rupa

Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

3

Rani dengan beraninya berjumpa dengan Cikgu Rashid ekoran ada aduan yang mengaitkan dirinya dengan kes salah laku disiplin.

Berani kerana benar, takut kerana salah

Maksud: Bertindak kerana berada pada pihak yang benar

 

4

Ibu Zahid membeli beg sekolah anaknya di pasar raya Bon Hok  walaupun harganya mahal tetapi berkualiti dan boleh digunakan lama jika dijaga dengan baik.

alah membeli menang memakai

Maksud: Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai

 

5

Ketua kelas 5 Mutiara itu amat yakin bahawa dia akan menang dalam pertandingan Robotik. Heboh satu sekolah diberitahunya walaupun keputusan masih belum diumumkan.

Belum duduk berlunjur dulu

Maksud: Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki sudah bergirang hati lebih dulu

 

 

LATIHAN PERIBAHASA PT3 DAN SPM 1

 LATIHAN 1

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Pada masa yang sama kewujudan pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini.

 

2

Kebanyakan mereka yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu.

 

3

Rani dengan beraninya berjumpa dengan Cikgu Rashid ekoran ada aduan yang mengaitkan dirinya dengan kes salah laku disiplin.


 

4

Ibu Zahid membeli beg sekolah anaknya di pasar raya Bon Hok  walaupun harganya mahal tetapi berkualiti dan boleh digunakan lama jika dijaga dengan baik.


 

5

Ketua kelas 5 Mutiara itu amat yakin bahawa dia akan menang dalam pertandingan Robotik. Heboh satu sekolah diberitahunya walaupun keputusan masih belum diumumkan.


 


PANDUAN MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK-BAHASA MELAYU STANDARD

CARA MENJAWAB BAHASA MELAYU KLASIK - BAHASA MELAYU STANDARD SPM

 




Ø Menukar bahasa teks Melayu klasik kepada bahasa Melayu Standard.

Ø Bahan dipetik daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5.

Ø Panjang petikan antara 50 hingga 60 patah perkataan.

Ø Penilaian markah secara holistik.

Ø Jumlah markah tidak tetap bergantung kepada bentuk soalan.

 

Ø Jawaban mesti ditulis dalam bahasa Melayu moden.

Ø Baca dan fahami maksud ayat dan keseluruhan petikan.

Ø Gariskan perkataan bahasa klasik yang perlu ditukar.

Ø Bahasa Istana perlu dikekalkan.

Ø Tidak perlu tambah idea sendiri.

Ø Kekalkan Nama Khas (nama watak, tempat, peralatan dan istilah).

Ø Partikel “pun” dan “lah” hendaklah digugurkan.

Ø Perkataan (arakian, hatta, syahidan, alkisah, sebermula atau maka hendaklah ditukarkan/digugurkan).

Ø Murnikan ayat tersebut supaya faham untuk dibaca.