Sunday, June 27, 2021

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Nama : Amni Safiya binti Hyreil Anuar

Tingkatan : 3RK1

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di Malaysia.

Pendahuluan

Sejak zaman-berzaman, generasi muda zaman sekarang tidak ambil peduli kepada permainan tradisional apabila mereka selalu berhadapan dengan peranti yang boleh merosakkan penglihatan. Pada zaman dahulu, permainan tradisional amat popular jika dibandingkan pada zaman sekarang. Dengan kata lain, permainan tradisional ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh generasi-generasi zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di Malaysia?

 

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

ibu bapa dan ahli keluarga memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan begitu kerana,

ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak perlu memperkenalkan permainan tradisional dan memberikan tauladan kepada generasi yang baru bahawa permainan tradisional juga boleh menghiburkan diri.

 

AYAT CONTOH

 Contohnya,

ibu bapa boleh menghadiahkan anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah hari jadi ataupun hadiah keputusan cemerlang.

AYAT KESAN

Ekoran daripada peristiwa itu,

anak-anak mereka akan mengetahui lebih banyak mengenai permainan tradisional dan berminat untuk bermain dan mengetahui tentang permainan tradisional.

UNGAKAPAN MENARIK

-

-

AYAT PENEGAS

 Tegasnya,

ibu bapa dan ahli keluarga perlu menyampaikan sesuatu perkara kepada generasi muda berkenaan permainan traditional dalam usaha memartabatkan permainan trdisional masyarakat Malaysia.

AYAT

TOPIK

 Pada masa yang sama,

pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan atau menubuhkan kelab permainan tradisional.

AYAT HURAIAN

 

Selain memperkenalkan permainan tradisional di rumah, pihak sekolah juga boleh memberi pendedahan asal usul dan cara bermain permainan tradisional dengan lebih mendalam kepada para pelajar melalui pertandingan dan kelab permainan tradisional.

 

AYAT CONTOH

Sebagai contoh,

permainan tradisional congkak perlu diwujudkan di sekolah dan alatan yang digunakan ialah papan congkak dan buah congkak. Pelajar akan memasukkan buah congkak satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

AYAT KESAN

 Kesannya,

pelajar akan berasa minat terhadap permainan tradisional yang dimainkan oleh mereka dan permainan tradisional mempu bertahan dan bersaing dengan permainan video.

UNGAKAPAN MENARIK

 -

-

AYAT PENEGAS

 Hkikatnya,

pihak sekolah juga perlu mengambil kesempatan dalam memupuk dan mencungkil minat pelajar untuk bermain permainan tradisional pada masa lapang.

AYAT

TOPIK

Di samping itu,

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara perlu mengadakan kempen cintai permainan tradisional.

AYAT HURAIAN

 -

Kempen permainan tradisional ini perlu dijalankan secara terancang dengan melalui media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen oleh Jabatan Kebudayaan.

AYAT CONTOH

Misalnya,

pihak media massa perlu memperkenalkan permainan rakyat ataupun permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain diseluruh negara dengan menyiarkan rencana ataupun dokumetari.

AYAT KESAN

Sehubungan dengan itu,

permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat dan semakin ramai rakyat Malaysia akan jatuh cinta dengan permainan rakyat.

UNGAKAPAN MENARIK

 -

-

AYAT PENEGAS

 Tegasnya,

dengan kerjasama yang padu dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baharu.

AYAT

TOPIK

Selain itu,

agensi pelancongan seperti pemandu pelancong perlu memberikan pendedahan berkenaan permainan tradisional kepada masyarakat luar negara yang datang melawat ke malaysia.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan begitu kerana,

pihak universiti tempatan dan luar negara perlu mengadakan program silang budaya antara pelajar tempatan dan luar negara datang melawat Malaysia dan akan berpeluang bermain pelbagai jenis permainan tradisional melayu.

AYAT CONTOH

Sebagai contohnnya,

permainan yang popular ialah Galah panjang, Sepak Raga, Gasing, Wau Tradisi Malaysia, Tating Lawi, Ketinting dan pelbagai lagi.

AYAT KESAN

Kesannya,

apabila balik ke negara asal mereka akan menceritakan keunikan dan mengajar kawan-kawannya tentang permainan tradisional masyarakat Malaysia.

AYAT PENEGAS

Tegasnya,

pertukaran budaya antara negara lain mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang boleh kita lakukan sebagai rakyat Malaysia untuk memartabatkan permainan tradisional Malaysia. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Semoga kita sedar akan melakukan sesuatu bagi memastikan generasi sekarang akan datang mengetahui dan mempelajari tentang permainan tradisional Melayu dan keunikan warisan dan budaya mereka.