Sunday, June 20, 2021

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM

 

Jerebu merupakan satu fhenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang terapung-apung pada udara dan tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Partikel-partikel ini terjadi samaada secara semula jadi atau kesan dari aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kualiti yang banyak dan berkelompak akan terhasil jerebu yang mengundang pelbagai-bagai masalah kesihatan. Sekiranya hal ini terjadi, masayrakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah.

 

Dipetik dan diubah suai daripada“Jerebu Oh Jerebu‟

Generasi Pengguna, Jun 2013

 

 

Panduan jawapan

1. fhenomena - fenomena

2. pada - di

3. di lihat - dilihat

4. samaada -sama ada

5. dari - daripada

6. kualiti - -kuantiti

7. pelbagai-bagai - pelbagai / berbagai-bagai

8. masayrakat - masyarakat

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 2

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 2

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platfrom pembelajaran maya yang semakin hari semakin padat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya ke Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati penonton Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur layar dan peranti komonikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan lain-lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang bukan memiliki akses Internet telah menjadi halangan pada pelaksanaan pendidikan maya ini.

 

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’
Majalah Pendidik, November 2018

 

 

 

Panduan jawapan

1.platfrom - platform
2. padat - pesat
3. ke - di
4. ke 21 – ke-21
5. di - dalam
6. penonton – pengguna
7. komonikasi –komunikasi
8. jalur layar – jalur lebar
9. perkhidmatan lain-lain – perkhidmatan-perhidmatan lain
10. bukan – tidak
11. pada - kepada