Thursday, October 20, 2022

Kriteria Yang Perlu Ada Dalam Diri Pelajar Untuk Menjadi Insan yang Gemilang

Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada dalam diri pelajar untuk menjadi insan yang gemilang?

PERENGGAN 1

ISI

Pelajar perlu berdisiplin tinggi dalam kehidupan seharian.

HURAIAN ISI

Setiap pelajar perlu sentiasa berdisiplin dalam menguruskan kehidupan harian mereka dan bertanggung jawab dengan setiap perkara dilakukannya.

CONTOH

Misalnya, pelajar mematuhi waktu jadual harian yang ditetapkan olehnya seperti waktu belajar dan bersosial bersama keluarga dan rakan.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Jelaslah bahawa, berdisiplin berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

 

 

PERENGGAN 2

ISI

Selain itu, para pelajar perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menghadapi cabaran global.

HURAIAN ISI

Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar perlu melahirkan idea-idea yang bernas dan jitu bagi menghasilkan keputusan yang terbaik untuk dirinya dan organisasi.

CONTOH

Sebagai contoh, setiap pelajar berupaya menyelesaikan masalah dengan mengambil kira beberapa pertimbangan yang boleh memberi keuntungan kepadanya dan organisasi.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh itu, setiap pelajar hendaklah menerapkan budaya berfikir ini bagi melahirkan generasi cemerlang.

 

PERENGGAN 3

ISI

Para pelajar juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan.

HURAIAN ISI

Kemahiran ini terserlah dalam diri setiap pelajar apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan, kesukarelawanan dan aktiviti-aktiviti sosial yang mampu mengilap bakat kempimpinan yang ada dalam diri mereka.

CONTOH

Misalnya, setiap pelajar boleh mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan dengan ahli dan bertindak dalam satu pasukan.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh sebab itu, para pelajar perlu melengkapkan diri dengan sifat kepimpinan supaya dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain.

 

 

 

 

 

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT 2 #CELIK MINDA 2

Tuesday, August 16, 2022

Langkah Yang Dapat Diambil Oleh Pihak Tertentu Untuk Menangani Kepupusan Spesies Haiwan Akibat Pembangunan.

 

PERENGGAN 1

ISI

Pihak berkuasa hendaklah mewartakan hutan sebagai hutan simpan.

HURAIAN ISI

Kawasan tersebut perlu dilindungi bagi memastikan habitat haiwan    kekal terus hidup dan menghasilkan baka yang baharu.

CONTOH

Sebagai contoh, pihak berkuasa boleh mewartakan hutan simpan yang masih belum diterokai seperti Taman Negara Pahang dan Hutan Rekreasi Gunung Ledang.

 

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh itu, kepupusan spesies haiwan dapat dikawal dan diselamatkan daripada kemusnahan hutan.


PERENGGAN 2

ISI

Selain itu, Jabatan Perhilitan boleh memindahkan haiwan tersebut ke habitat yang baharu.

HURAIAN ISI

Hal ini dikatakan demikian kerana habitat semula jadi haiwan yang diancam kepupusan perlu dipindahkan segera ke habitat baharu bagi menyelamatkan spesies tersebut daripada mati.

 

CONTOH

Sebagai contoh, hidupan liar seperti gajah boleh ditempatkan di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kuala Gandah Pahang.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Dengan cara ini, ekosistem haiwan tersebut dapat dikekalkan.


PERENGGAN 3

ISI

Pihak berkuasa juga boleh menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.

HURAIAN ISI

Undang-undang yang sedia ada perlu dipinda dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang meneroka hutan simpan secara haram.

CONTOH

Misalnya, pihak berkuasa boleh menggunakan peruntukan undang- undang yang sedia ada bagi menghukum pesalah dengan denda yang maksimum.

HURAIAN CONTOH/

PENEGAS

Oleh itu, hukuman yang setimpal wajar dikenakan kepada pihak yang cuba melanggar undang-undang berkaitan hutan.












Thursday, March 10, 2022

PERISTIWA MENYENTUH PERASAAN PEMBACA NOVEL PANTAI KASIH

 

Huraikan dua peristiwa yang dapat menyentuhkan perasaan anda dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat dua peristiwa yang menyentuhkan perasaan pembaca. Peristiwa kematian anak Raiha. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana membuatkan saya sedih. Suami Raiha berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak- kanak istimewa itu berada di situ dan tidak semena-mena disambar api yang sedang marak sehingga renting. Selain itu, peristiwa pengabaian terhadap anak oleh Doktor Uwang. Peristiwa ini menyentuh perasaan dan membuatkan saya berasa marah kerana Doktor Uwang sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

ELEMEN KASIH SAYANG NOVEL BIMASAKTI MENARI

 

Huraikan dua elemen kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop terdapat dua elemen kasih sayang. Elemen kasih sayang golongan muda terhadap alam sekitar. Sebagai contoh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik amat menyayangi alam sekitar sehingga sanggup berusaha untuk menjayakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap agar bintang-bintang dapat dicerap semula. Selain itu, elemen kasih sayang ibu terhadap anak. Sebagai contoh Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik dengan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh anak mereka.


Soalan UD2 Negeri Melaka 2021

ELEMEN KASIH SAYANG NOVEL PANTAI KASIH

 

Huraikan dua elemen kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat dua elemen kasih sayang. Elemen kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sebagai contoh Dr. Raiha bertegas tidak mahu menggugurkan kandungannya walaupun disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana amat menyayangi anaknya itu walaupun didapati mempunyai penyakit Sindrom Down. Selain itu, elemen kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Sebagai contoh bapa Raiha amat sayang akan anaknya apabila dia tidak bersetuju dengan keputusan Raiha yang ingin berkahwin dengan Dr. Sadiz yang sudah berusia dan dilihat tidak sesuai dengan Dr. Raiha.


Soalan UD2 Negeri Melaka 2021