PERENGGAN 1
ISI |
Pihak
berkuasa hendaklah mewartakan hutan sebagai hutan simpan. |
HURAIAN ISI |
Kawasan
tersebut perlu dilindungi bagi memastikan habitat haiwan kekal terus hidup dan menghasilkan baka
yang baharu. |
CONTOH |
Sebagai
contoh, pihak berkuasa boleh mewartakan hutan simpan yang masih belum
diterokai seperti Taman Negara Pahang dan Hutan Rekreasi Gunung Ledang.
|
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Oleh
itu, kepupusan spesies haiwan dapat dikawal dan diselamatkan daripada
kemusnahan hutan. |
PERENGGAN 2
ISI |
Selain itu, Jabatan
Perhilitan boleh memindahkan haiwan tersebut ke habitat yang baharu. |
HURAIAN ISI |
Hal ini dikatakan demikian
kerana habitat semula jadi haiwan yang diancam kepupusan perlu dipindahkan
segera ke habitat baharu bagi menyelamatkan spesies tersebut daripada mati.
|
CONTOH |
Sebagai contoh, hidupan liar
seperti gajah boleh ditempatkan di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kuala
Gandah Pahang. |
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Dengan cara ini, ekosistem
haiwan tersebut dapat dikekalkan. |
PERENGGAN 3
ISI |
Pihak
berkuasa juga boleh menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. |
HURAIAN ISI |
Undang-undang
yang sedia ada perlu dipinda dengan mengenakan hukuman yang lebih berat
kepada pesalah yang meneroka hutan simpan secara haram. |
CONTOH |
Misalnya,
pihak berkuasa boleh menggunakan peruntukan undang- undang yang sedia ada
bagi menghukum pesalah dengan denda yang maksimum. |
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Oleh
itu, hukuman yang setimpal wajar dikenakan kepada pihak yang cuba melanggar
undang-undang berkaitan hutan. |