Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada dalam
diri pelajar untuk menjadi insan yang gemilang?
PERENGGAN 1
ISI |
Pelajar
perlu berdisiplin tinggi dalam kehidupan seharian. |
HURAIAN ISI |
Setiap
pelajar perlu sentiasa berdisiplin dalam menguruskan kehidupan harian mereka
dan bertanggung jawab dengan setiap perkara dilakukannya. |
CONTOH |
Misalnya,
pelajar mematuhi waktu jadual harian yang ditetapkan olehnya seperti waktu
belajar dan bersosial bersama keluarga dan rakan. |
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Jelaslah
bahawa, berdisiplin berupaya melahirkan pelajar
yang cemerlang dan terbilang. |
PERENGGAN 2
ISI |
Selain itu,
para pelajar perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam menghadapi cabaran
global. |
HURAIAN ISI |
Hal ini dikatakan demikian
kerana para pelajar perlu melahirkan idea-idea yang bernas dan jitu bagi
menghasilkan keputusan yang terbaik untuk dirinya dan organisasi. |
CONTOH |
Sebagai contoh,
setiap pelajar berupaya menyelesaikan masalah dengan mengambil kira beberapa
pertimbangan yang boleh memberi keuntungan kepadanya dan organisasi. |
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Oleh itu,
setiap pelajar hendaklah menerapkan budaya berfikir ini bagi melahirkan
generasi cemerlang. |
PERENGGAN 3
ISI |
Para
pelajar juga hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan. |
HURAIAN ISI |
Kemahiran
ini terserlah dalam diri setiap pelajar apabila mereka melibatkan diri dalam
aktiviti berpersatuan, kesukarelawanan dan aktiviti-aktiviti sosial yang
mampu mengilap bakat kempimpinan yang ada dalam diri mereka. |
CONTOH |
Misalnya, setiap pelajar boleh
mempelajari cara berkomunikasi dengan berkesan dengan ahli dan bertindak
dalam satu pasukan. |
HURAIAN CONTOH/ PENEGAS |
Oleh sebab itu, para pelajar perlu
melengkapkan diri dengan sifat kepimpinan supaya dapat bersaing dengan
pelajar-pelajar lain. |