Monday, November 23, 2020

PERIBAHASA MELAYU

 PERIBAHASA MELAYU

PERIBAHASA

MAKSUD

Talam dua muka

Seseorang yang berpura-pura baik denga kedua-dua belah pihak yang bermusuhan.

Melepaskan batuk di tangga 

Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna.

Alah bisa tegal biasa 

Sesuatu perkara yang biasa dilakukan tidak akan kekok atau terasa akan kekok atau terasa susahnya.

Seperti pahat dengan penukul

Seseorang yang membuat sesuatu Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan yang perlu dijaga, kalau tidak pekerjaannya tidak akan sempurna tidak pekerjaannya tidak akan sempurna.

Burung terbang dipipiskan lada

Sesuatu perkara yang belum tentu dapat tetapi telah dibuat rancangan atau rancangan atau persediaan untuk untuk menerimanya.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-rennang ke tepian.

Biar bersusah payah sekarang, asalkan senang kemudian hari asalkan senang kemudian hari.

Seperti anjing dengan kucing

Dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu.

Siapa makan cili dialah terasa pedas

Orang yang membuat kesalahan akan terasa apabila perkara itu diceritakan

Seperti kacang lupakan kulit

Seseorang yang tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membantunya.


PERISTIWA MENIMBULKAN KEINSAFAN NOVEL PANTAI KASIH

 PERISTIWA MENIMBULKAN KEINSAFAN NOVEL PANTAI KASIH

    Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.

    

 Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop ialah peristiwa  Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.. Tan Sri Muhaimin telah membeli tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar anak sungai supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana Muhammad Taufik begitu memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.

Wednesday, November 11, 2020

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN

Langkah-langkah yang diperlukan dilakukan oleh murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Pendahuluan

Setiap orang mendambakan kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup – Ibu bapa sanggup membuat pelaburan pendidikan semata-mata mahu melihat anak mereka bejaya – belajar ialah suatu pertandingan dan persaingan – melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran – Persoalannya, ………?

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

-memperoleh ilmu dengan membaca kerana membaca jambatan ilmu

AYAT HURAIAN

 

-membaca dapat mencambah minda –minda akan bergerak aktif- -

Semakin banyak membaca semakin banyak perkataan baharu dipelajari

AYAT CONTOH

 

-membaca majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Dewan Pelajar. buku ilmiah –membaca dalam talian seperti blog, e-buku, wattpad dan banyak lagi.

AYAT KESAN

 

memperkaya kosa kata – meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang – pemikiran kreatif dan kritis –idea bercambah

UNGAKAPAN MENARIK

 

-membaca jambatan ilmu

AYAT PENEGAS

 

-membaca dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berbudi perkerti.

AYAT

TOPIK

 

-memberi tumpuan dan melibatkan diri ketika proses pembelajaran

AYAT HURAIAN

 

-murid mendengar penjelasan guru mengenai tajuk pembelajaran – guru menggunakan kaedah pembelajaran didik hibur – penyelesaian masalah – TMK dalam pendidikan – murid terlibat aktif di dalam kelas

AYAT CONTOH

 

murid membuat aktiviti berkumpulan – melukis atau mereka cipta projek / membalas e-mel rakan menggunakan komputer riba – sidang video dengan penulis tempatan

AYAT KESAN

 

-meningkatkan daya tumpuan dalam memahami pembelajaran atau sesuatu perkara dengan mudah dan cepat  -berasa seronok ketika sesi pembelajaran –pengalaman bermakna

UNGAKAPAN MENARIK

 

- seperti katak di bawah tumpurung

AYAT PENEGAS

 

-perhatian dan tumpuan ketika belajar penyumbang ke arah kemenjadian murid.

AYAT

TOPIK

 

-mengikuti kelas tuisyen atau program kecemerlangan

AYAT HURAIAN

 

-bimbingan tambahan kepada murid bagi mata pelajaran tertentu –membantu murid untuk memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah

AYAT CONTOH

 

-subjek bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan beberapa subjek lain yang dianggap sukar untuk skor atau lulus – program kecemerlangan seperti seminar sebagai batu loncatan kepada murid untuk memperoleh keputusan baik yang

AYAT KESAN

 

murid akan lebih mudah faham dan keputusan peperiksaan akan lebih baik

UNGAKAPAN MENARIK

 

-usaha tangga kejayaan

AYAT PENEGAS

 

kelas tuisyen mampu meluaskan pengetahuan dan pemikiran murid

 

AYAT

TOPIK

 

-membentuk kumpulan belajar bersama rakan

AYAT HURAIAN

 

-belajar berkumpulan lebih berkesan berbanding belajar secara bersendirian –meminta bantuan daripada rakan yang lebih mahir atau bijak tentang sesuatu tajuk yang tidak difahami

AYAT CONTOH

 

-idea dan pemikiran dapat dikongsi dalam kumpulan – penerangan dan perbincangan di dalam kumpulan akan membuatkan kita lebih mudah mengingati

AYAT KESAN

 

-membina keyakinan diri ketika memberi pendapat–mewujudkan persaingan sihat antara rakan

UNGAKAPAN MENARIK

 

-belakang parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia

AYAT PENEGAS

 

-belajar berkumpulan membantu murid untuk meningkatkan potensi mereka

Penutup

Kesimpulan ,    (SIAPA TERLIBAT) + HARUSLAH/MESTILAH   (APA ISU YANG DIBINCANGKAN) + AGAR + (CADANGAN UNTUK ATASI MASALAH INI. HURAIAN + JIKA TIDAK DITANGGANI + UM .

ULASAN FAEDAH MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

 


Faedah Menggunakan Telefon Bimbit



KARANGAN PENDEK KELEBIHAN MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

 



Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam


Monday, November 9, 2020

PENDAHULUAN HIDUP BERJIRAN

 


Pada tahun ini, marilah kita menguatkan azam untuk memperkukuh lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia. Setiap anggota masyarakat haruslah terlibat sama memperkukuh muafakat melalui semangat kejiranan.Kita perlulah berbaik-baik sesama jiran tetangga. Secara tidak langsung langkah pertama ke arah perpaduan nasional dan keharmonian sejagat yang berterusan dapat disuburkan. Ketika zaman dahulu, di kawasan luar bandar semangat kejiranan sangat tinggi dan kuat. Orang kampung  akan bergotong-royong, memasak, melakukan persiapan, mengemas dan sebagainya.Hubungan dan jalinan silaturahim mereka sangatlah erat. Namun, pada hari ini tidak dapat dinafikan semangat kejiranan kian luntur, lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Anggota masyarakat sibuk dengan pekerjaan, keluar pada awal pagi dan pulang pada lewat malam. Tambah buruk lagi, ada antara kita tidak kenal jiran sebelah rumah atau tidak cakna dengan kehidupan sekeliling. Sememangnya hubungan antara jiran yang baik  menjamin keharmonian di tempat tinggal.Oleh itu, kita perlu perbanyakkan interaksi sesama jiran tetangga. Sayang sekali, sekiranya kita tidak mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik, kerana jiran kitalah orang terdekat yang boleh membantu kita di dalam kesusahan. Amalkan toleransi serta elakkan mengganggu ketenteraman kediaman mereka. Mulakan dengan usaha yang sangat mudah ini, iaitu berbaik-baik sesama jiran tetangga.Hayatilah pepatah Melayu ini bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Huraikan langkah-langkah memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Pendahuluan

-masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. -terdedah dengann pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. -kurang peka dengan amalan gaya hidup sihat


AYAT

TOPIK

Penanda wacana

-mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri.

AYAT HURAIAN

 

pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat.

AYAT CONTOH

 

-menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak

AYAT KESAN

 

-menghidap pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan strok, obesiti dan sebagainya

UNGAKAPAN MENARIK

 

sudah terhantuk baru tengadah

AYAT PENEGAS

 

-makanan seimbang penting bagi mengekalkan kesihatan diri

AYAT

TOPIK

 

-melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama ahli keluarga

AYAT HURAIAN

 

-badan sihat otak cerdas -  badan kita akan mengeluarkan peluh yang mengandungi toksik yang merupakan racun dalam badan kita

AYAT CONTOH

 

aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. -senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. –pagi/petang

AYAT KESAN

 

-kita  mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit

- menguatkan jantung kita

UNGAKAPAN MENARIK

 

badan cerdas otak cergas

AYAT PENEGAS

 

-riadah amat penting dalam  kehidupan seharian kita

AYAT

TOPIK

 

- membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala  - menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.

AYAT HURAIAN

 

-mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal -memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan menggunakan kaedah rawatan yang canggih

AYAT CONTOH

 

-membuat persediaan dengan berjumpa doktor -mengenali tubuh badan kita dengan lebih baik - mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk diri

AYAT KESAN

 

-menggelakan/menghindari diri daripada sebarang penyakit

UNGAKAPAN MENARIK

 

mencegah lebih baik daripada mengubati

AYAT PENEGAS

 

-pemeriksaan kesihatan elemen penting bagi kelangsungan hidup

Penutup

Kesimpulan ,    (SIAPA TERLIBAT) + HARUSLAH/MESTILAH   (APA ISU YANG DIBINCANGKAN) + AGAR + (HARAPAN UNTUK ATASI MASALAH INI). HURAIAN + JIKA TIDAK DITANGGANI + UM .




Latihan tatabahasa : Klik sini