LATIHAN
PENYUNTINGAN SPM 6
Bahan
1
Menjijikkan!
Suatu gambaran sedih pencinta alam sekitar bila melihat keadaan lesu Sungai Klang
dan Sungai Gombak. Keadaan sungai bukan sahaja hapak malah berbau busuk. Kedua-dua
sungai yang mengalir di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu sepatutnya
menjadi destinasi yang menarik untuk warga kota beriadah dan berekerasi,
tetapi menjadi tempat paling memualkan sekali kerana persekitaran sungai
telah menjadi kawasan penagih dadah yang menjadikan tembok Sungai Klang
sebagai lokasi strategik untuk berlindung dari pihak berkuasa. Timbunan-timbunan
sampah pada tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan hidupan liar seperti
tikus, lipas dan lalat. Oleh kerana, pihak penguatkuasa perlu kerap turun
padang untuk dipantau pihak yang tidak bertanggungjawab ini daripada
mencemarkan sungai. (Dipetik
dan diubahsuaikan daripada “Memulihara
Sungai di Bandar” Oleh
Abdul Kadir Mohd. Ayub Dewan
Masyarakat, Oktober, 2012) |
Bahan
2
Semasa pelancaran projek River
of Life, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengingatkan
betapa pentingnya warga kota mengubah nasib mereka dalam memastikan
kebersihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ingatan tersebut disampaikan
kerana pelbagai usaha pihak kerajaan telah melakukan supaya air sungai dapat
terus mengalir. Namun begitu, usaha-usaha tersebut belum mampu ubah nasib
sungai di bandar raya itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menilai
semula kempen mengubah budaya melempar
sampah untuk sedarkan warga kota. Walaupun banyak pihak berpendapat yang
undang-undang yang sedia ada lebih daripada mencukupi untuk menjaga
kelestarian sungai, namun pihak penguat kuasa perlu melaksanakan dan menguat kuasakan
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan teguh. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Memulihara Sungai di Bandar” Oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub Dewan Masyarakat, Oktober, 2012) |
Minta cikgu share panduan jawapan sebagai rujukan. terima kasih
ReplyDeletehttps://docs.google.com/document/d/1Uf-ov9oANRcZT89ynSUViOczAO-4s0ug/edit?usp=sharing&ouid=115054933668520143318&rtpof=true&sd=true
DeleteCg saya nk jwpn untuk latihan ini sebagai rujukan.terima kasih
ReplyDeletehttps://docs.google.com/document/d/1Uf-ov9oANRcZT89ynSUViOczAO-4s0ug/edit?usp=sharing&ouid=115054933668520143318&rtpof=true&sd=true
DeleteTerima kasih cikgu atas sumber yang diberikan. Semoga cikgu dipermudah segala urusan !
ReplyDelete