Friday, September 10, 2021

JAWABAN LATIHAN PERIBAHASA 5

 PANDUAN JAWABAN

BIL

PERISTIWA

PERIBAHASA

1

Walaupun beliau berkawan baik selama ini, tetapi Encik Chua cuba ingin menjatuhkan rakan sekerjanya yang selalu menerima pujian daripada bos.

Gunting dalam lipatan

Musuh dalam selimut

Api dalam sekam

 

Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari.

 

 

 

2

Ekoran daripada wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara, banyak usahawan yang bakal gulung tikar disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja dan kehilangan punca pendapatan utama.

 

Telur di hujung tanduk

Retak menanti belah

 

Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit

3

Pembekal pelitup muka mengambil kesempattan dengan menaikkan harga jualan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

 

Menangguk di air keruh

Memancing di air keruh

Menahan jerat di tempat genting

Menahan luka di penggentingan

 

Maksud: Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

4

Walaupun sekolah ditutup disebabkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan orang awam, Azie tidak patah semangat. Dia tetap belajar bersungguh-sungguh dengan mengikuti pembelajaran secara dalam talian bersama-sama gurunya dan menonton saluran youtube pendidikan.

Usaha tangga kejayaan

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

 

Maksud: Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

 

 

5

Sabihah tidak dapat menahan tangisnya apabila doktor memberitahu bahawa ibunya sudah nazak dan alat bantuan pernafasan terpaksa ditanggalkan.

Bagai kaca terhempas ke batu

Bagai kaca retak seribu

 

 

Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.


No comments:

Post a Comment