Sunday, October 17, 2021

JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 7

 

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskanya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokkan sampah. Selain daripada itu, amalan penggunaan pingan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan plastik beg yang semakin berleluasa di masa ini turut menjadi penyumbang pada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguat kuasakan larangan penggunaan bahan ini kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga setengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkussan barangan yang di buang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius bila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk kutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

 

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah

oleh Amlir Ayat

Dewan Masyarakat, November, 2010)

       

Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

melupuskanya

melupuskannya

2

loggokkan

longgokan

3

Selain daripada itu,

Selain itu,

4

pingan

pinggan

5

plastik beg

beg plastik

6

di masa

pada masa

7

pada

kepada

8

menguat kuasakan

menguatkuasakan

9

setengah

sesetengah

10

pembungkussan

pembungkusan

11

di buang

dibuang

12

bila

apabila

13

kutip

mengutip

 

>>>>> koleksi latihan penyuntingan BM SPM siri 1 <<<<<

>>>>> koleksi kerangka karangan <<<<<

>>>>> buku rujukan spm 2021 <<<<<

>>>>>Cara mudah kuasai Bahasa Inggeris<<<<<

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 7

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskanya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokkan sampah. Selain daripada itu, amalan penggunaan pingan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan plastik beg yang semakin berleluasa di masa ini turut menjadi penyumbang pada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguat kuasakan larangan penggunaan bahan ini kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga setengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkussan barangan yang di buang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius bila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk kutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

 

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah

oleh Amlir Ayat

Dewan Masyarakat, November, 2010)

       




BUKU MUDAHNYA BELAJAR BAHASA INGGERIS

 KLIK UNTUK BELI

Monday, October 4, 2021

KERANGKA KARANGAN FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH

Penubuhan koperasi sekolah sangat penting kepada warga sekolah. Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah.

Tema : Koperasi Sekolah

Kata Kunci : Faedah-Faedah

 PENGENALAN

ISU

Koperasi sekolah merupakan wadah berkesan untuk para pelajar berniaga, menjadi usahawan, mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran-kemahiran insaniah, malah penglibatan mereka ini mampu memperkukuhkan jati diri yang menjadi pegangan koperasi.

Huraian

Pelbagai urus niaga dijalankan melalui koperasi sekolah yang secara tidak langsung memberi pulangan dan faedah kepada warga sekolah.

Persoalan

Persoalannya, apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 1

 

Koperasi sekolah menawarkan harga yang murah kepada para pelajar.

AYAT HURAIAN

 

Tujuan penubuhan koperasi sekolah adalah untuk membantu para pelajar mendapatkan perkhidmatan dan barang keperluan. Keuntungan bukan menjadi matalamat utama sebaliknya faedah yang dapat dirasai oleh warga sekolah.

AYAT CONTOH

 

Koperasi sekolah menjual pakaian badan beruniform dengan harga yang jauh lebih murdah jika dibandingkan di pasaran luar.

AYAT KESAN

 

Implikasinya koperasi sekolah dapat membantu mengurangkan beban pelajar dengan menjual barang pada harga yang berpatutan.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

AYAT PENEGAS

 

Jelaslah bahawa koperasi sekolah menjaga kebajikan murid dengan menjual barangan yang murah.

 
















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 2

 

Para pelajar dapat menambah ilmu berkaitan usahawan bagi membuka minda para pelajar untuk mencerburi bidang ini.

AYAT HURAIAN

 

Pelbagai program telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah dalam mendidik semangat keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah kerana penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan ini juga merupakan salah satu proses pembelajaran juga

AYAT CONTOH

 

Para pelajar dapat menimba pengalaman untuk berniaga dan mengetahui selok-belok perniagan.

AYAT KESAN

 

Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dan cekap menguruskan urusan jual beli.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

AYAT PENEGAS

 

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu keusahawanan merupakan kemahiran nilai tambah yang perlu diteroka oleh para pelajar.

 



















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 3

 

Koperasi sekolah dapat mengajar para pelajar untuk mengurus perniagaan.

AYAT HURAIAN

 

Pengurusan koperasi memerlukan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi memastikan koperasi sekolah dapat menjalankan fungsinya dengan baik berdasarkan skop tugas yang ditetapkan.

AYAT CONTOH

 

Guru dan para pelajar membentuk satu organisasi daripada peringkat guru hingga murid untuk bersama-sama menguruskan sebuah koperasi.

AYAT KESAN

 

Manfaat bukan hanya diperoleh berdasarkan keuntungan sahaja malah pembangunan remaja usahawan juga dapat diterapkan kepada para pelajar. Warga sekolah juga turut menerima tempias hasil keuntungan yang disumbangkan oleh koperasi sekolah.

UNGAKAPAN MENARIK

 

 

AYAT PENEGAS

 

Oleh itu, kemahiran mengurus perniagaan menjadi tunjang utama kepada kemenjadian murid.








































KESIMPULAN


 

Penanda wacana

Huraian

RUMUSKAN

Kesimpulannya,

pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan adanya aktiviti koperasi sekolah.

CADANGAN

-

Pihak sekolah haruslah sentiasa proaktif mempelbagaikan corak urus niaga dan perkhidmatan sesuai dengan pekembangan tekonologi maklumat dan komunikasi.

HARAPAN

Oleh itu,

koperasi sekolah haruslah memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada warga sekolah malah kepada ibu bapa dan orang ramai.