Monday, October 4, 2021

KERANGKA KARANGAN FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH

Penubuhan koperasi sekolah sangat penting kepada warga sekolah. Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah.

Tema : Koperasi Sekolah

Kata Kunci : Faedah-Faedah

 PENGENALAN

ISU

Koperasi sekolah merupakan wadah berkesan untuk para pelajar berniaga, menjadi usahawan, mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran-kemahiran insaniah, malah penglibatan mereka ini mampu memperkukuhkan jati diri yang menjadi pegangan koperasi.

Huraian

Pelbagai urus niaga dijalankan melalui koperasi sekolah yang secara tidak langsung memberi pulangan dan faedah kepada warga sekolah.

Persoalan

Persoalannya, apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 1

 

Koperasi sekolah menawarkan harga yang murah kepada para pelajar.

AYAT HURAIAN

 

Tujuan penubuhan koperasi sekolah adalah untuk membantu para pelajar mendapatkan perkhidmatan dan barang keperluan. Keuntungan bukan menjadi matalamat utama sebaliknya faedah yang dapat dirasai oleh warga sekolah.

AYAT CONTOH

 

Koperasi sekolah menjual pakaian badan beruniform dengan harga yang jauh lebih murdah jika dibandingkan di pasaran luar.

AYAT KESAN

 

Implikasinya koperasi sekolah dapat membantu mengurangkan beban pelajar dengan menjual barang pada harga yang berpatutan.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

AYAT PENEGAS

 

Jelaslah bahawa koperasi sekolah menjaga kebajikan murid dengan menjual barangan yang murah.

 
















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 2

 

Para pelajar dapat menambah ilmu berkaitan usahawan bagi membuka minda para pelajar untuk mencerburi bidang ini.

AYAT HURAIAN

 

Pelbagai program telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah dalam mendidik semangat keusahawanan di kalangan para pelajar sekolah kerana penerapan dan pendedahan kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan ini juga merupakan salah satu proses pembelajaran juga

AYAT CONTOH

 

Para pelajar dapat menimba pengalaman untuk berniaga dan mengetahui selok-belok perniagan.

AYAT KESAN

 

Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dan cekap menguruskan urusan jual beli.

UNGAKAPAN MENARIK

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

AYAT PENEGAS

 

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu keusahawanan merupakan kemahiran nilai tambah yang perlu diteroka oleh para pelajar.

 



















AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Huraian

ISI 3

 

Koperasi sekolah dapat mengajar para pelajar untuk mengurus perniagaan.

AYAT HURAIAN

 

Pengurusan koperasi memerlukan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi memastikan koperasi sekolah dapat menjalankan fungsinya dengan baik berdasarkan skop tugas yang ditetapkan.

AYAT CONTOH

 

Guru dan para pelajar membentuk satu organisasi daripada peringkat guru hingga murid untuk bersama-sama menguruskan sebuah koperasi.

AYAT KESAN

 

Manfaat bukan hanya diperoleh berdasarkan keuntungan sahaja malah pembangunan remaja usahawan juga dapat diterapkan kepada para pelajar. Warga sekolah juga turut menerima tempias hasil keuntungan yang disumbangkan oleh koperasi sekolah.

UNGAKAPAN MENARIK

 

 

AYAT PENEGAS

 

Oleh itu, kemahiran mengurus perniagaan menjadi tunjang utama kepada kemenjadian murid.








































KESIMPULAN


 

Penanda wacana

Huraian

RUMUSKAN

Kesimpulannya,

pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan adanya aktiviti koperasi sekolah.

CADANGAN

-

Pihak sekolah haruslah sentiasa proaktif mempelbagaikan corak urus niaga dan perkhidmatan sesuai dengan pekembangan tekonologi maklumat dan komunikasi.

HARAPAN

Oleh itu,

koperasi sekolah haruslah memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada warga sekolah malah kepada ibu bapa dan orang ramai.


No comments:

Post a Comment