Tuesday, September 29, 2020

SOALAN PERCUBAAN NEGERI MELAKA 2017 : NOVEL PANTAI KASIH DAN BIMASAKTI MENARI


 b) Jelaskan unsur saspens yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.



Pantai Kasih

Bimasakti Menari

Unsur saspens yang pertama pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha. Selain itu juga, teknik suspen turut digunakan apabila nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

Pengarang mengggunakan unsur saspens apabila sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

 

No comments:

Post a Comment