Tuesday, September 29, 2020

UNSUR SASPENS DAN PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KEINSAFAN DALAM NOVEL PANTAI KASIH DAN BIMASAKTI MENARI

 

Unsur saspens dalam novel yang anda pelajari.

 

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

Unsur saspens yang pertama adalah ketika naluri Doktor Raiha menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada filem sinar-x pesakit bernama Unong Siron yang menghadapi komplikasi berulang kali sedangkan lima pembedahan terdahulu dilakukan oleh Doktor Uwang sendiri.

Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya siapa sebenarnya pesakit bernama Unong Siron dan sebab dia terpaksa dibedah sebanyak enam kali di tempat yang sama.

 

 Unsur saspens yang kedua adalah pada ketika Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan tersebut. Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Felicia apabila menjadi orang tahanan doktor palsu memandangkan pada masa itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.

 

Pengarang mengggunakan unsur saspens apabila pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan larangan.

Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan sebab pengemudi bot tidak mahu mendekati anak sungai dan rahsia di sebalik mulut anak sungai yang gelap serta penuh misteri itu.

 

Unsur saspens yang kedua adalah apabila Muhammad Taufik menerima hadiah berupa jambangan bunga yang disangkannya daripada Nurul Hafsa. Namun, apabila melihat hadiah tersebut yang diikat dengan sehelai kain selendang berhias manik-manik kristal milik Nurul Hafsa, muka Muhammad Taufik menjadi pucat kerana Nurul Hafsa tentu dalam bahaya.

 Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya keadaan keselamatan dan lokasi Nurul Hafsa pada masa itu serta tindakan yang akan diambil oleh Muhammad Taufik.

 

 

Satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan

Pantai Kasih

Bimasakti Menari

Peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.

 

Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.

 

Peristiwa Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.. Tan Sri Muhaimin telah membeli tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar anak sungai supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi.

 

Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana Muhammad Taufik begitu memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.

 

 

No comments:

Post a Comment