Derma darah amalan mulia yang tidak hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting sekali turut membantu selamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama pada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu, pelbagai-bagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diumumkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih sedikit mendapat sambutan dan tidak penuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai keistimewaan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diheboh-hebohkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa menderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda” The Borneopost.com, 2015) |
Koleksi latihan penyuntingan : https://mhafiz99.blogspot.com/2021/06/latihan-penyuntingan-spm_28.html
No comments:
Post a Comment