Wednesday, August 25, 2021

PANDUAN JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 4

 LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 4

 

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih kotor berlaku terutamanya bagi para pelajar-pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu lahirkan  pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar di dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara neutral dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok eloknya pelajar harus mempunyai halatuju yang konsisten dengan masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewagan  perlu ditangani dengan bijak sana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap

peperiksaan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

Dewan Siswa, September, 2015)

 

 

Panduan jawaban

1.    kotor – buruk

2.    para pelajar- pelajar – para pelajar

3.    lahirkan – melahirkan

4.    daripada – dari

5.    di dalam – dalam

6.    neutral - natural

7.    seelok eloknya – seelok-eloknya

8.    halatuju – hala tuju

9.    dengan - tentang

10.         kewagan – kewangan

11.         bijak sana - bijaksana

 

No comments:

Post a Comment