Wednesday, July 14, 2021

LATIHAN AYAT MAJMUK

 

Latihan: Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

 

1. Rosli membaca surat khabar.

Rosli menonton televisyen.

         Jawaban:

2. Azmin tinggal di Taman Asean.

Alia tinggal di Taman Asia. 

Jawaban:

3. Kakak melayari Internet.

Adik bermain permainan video. 

Jawaban:

4. Beg tangan itu berwarna kelabu .

Beg tangan itu sangat mahal. 

Jawaban:

5. Dia terkejut.

Dia terdengar bunyi petir. 

Jawaban:

6. Aziah menurut suruhan kakaknya.

Aziah hormat kepadanya. 

Jawaban:

7. Baju sekolah adik itu koyak.

Baju sekolah adik itu belum berjahit. 

Jawaban:

8. Puan Saleha memberitahu sesuatu.

Anaknya berjaya menerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman. 

Jawaban:

9. Laila dan Husni menaiki teksi?

Laila dan Husni menaiki bas. 

Jawaban:

10. Pak Cik Azaman terbaring.

  Pak cik Azman kesakitan. 

Jawaban:

11. Pengetua yakin.

 Pasukan sekolah kami akan memenangi pertandingan   debat peringkat negeri. 

Jawaban:

12. Dia bekerja di sebuah syarikat penerbangan.

  Dia memegang jawatan sebagai juruterbang. 

Jawaban:

13. Baju itu sudah agak kotor.

  Baju itu saya cuci. 

Jawaban:

14. Aiman pergi ke sekolah.

  Razali pergi ke sekolah.

  Lokman pergi ke sekolah. 

Jawaban:

15.  Penyanyi itu tampan.

   Penyanyi itu suka membantu orang. 

Jawaban:

16.  Cikgu Roslan tidak tahu.

   Aiman sakit. 

Jawaban:

17.  Beliau akan pergi ke sana.

   Beliau diundang. 

Jawaban:

18.  Pemuzik itu kelainan upaya.

   Pemuzik itu rajin membuat kerja kebajikan. 

Jawaban:

19.  Aina membuat kerja sekolah.

   Ainan mendengar radio. 

Jawaban:

20.  Semua murid di dalam perpustakaan membaca buku.

   Aizudin tidak membaca buku di perpustakaan. 

Jawaban:

Jawaban latihan ayat majmuk : http://mhafiz99.blogspot.com/2021/09/panduan-jawapan-gabungkan-ayat.html



 

Tuesday, July 13, 2021

PANDUAN MENJAWAB KARANGAN BAHAGIAN A : KOMBINASI BAHAN















 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 6

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 6

Bahan 1

Menjijikkan! Suatu gambaran sedih pencinta alam sekitar bila melihat keadaan lesu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Keadaan sungai bukan sahaja hapak malah berbau busuk. Kedua-dua sungai yang mengalir di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu sepatutnya menjadi destinasi yang menarik untuk warga kota beriadah dan berekerasi, tetapi menjadi tempat paling memualkan sekali kerana persekitaran sungai telah menjadi kawasan penagih dadah yang menjadikan tembok Sungai Klang sebagai lokasi strategik untuk berlindung dari pihak berkuasa. Timbunan-timbunan sampah pada tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan hidupan liar seperti tikus, lipas dan lalat. Oleh kerana, pihak penguatkuasa perlu kerap turun padang untuk dipantau pihak yang tidak bertanggungjawab ini daripada mencemarkan sungai.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Memulihara Sungai di Bandar

Oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub

Dewan Masyarakat, Oktober, 2012)

 

Bahan 2

Semasa pelancaran projek River of Life, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengingatkan betapa pentingnya warga kota mengubah nasib mereka dalam memastikan kebersihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ingatan tersebut disampaikan kerana pelbagai usaha pihak kerajaan telah melakukan supaya air sungai dapat terus mengalir. Namun begitu, usaha-usaha tersebut belum mampu ubah nasib sungai di bandar raya itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menilai semula kempen mengubah budaya melempar sampah untuk sedarkan warga kota. Walaupun banyak pihak berpendapat yang undang-undang yang sedia ada lebih daripada mencukupi untuk menjaga kelestarian sungai, namun pihak penguat kuasa perlu melaksanakan dan menguat kuasakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan teguh.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Memulihara Sungai di Bandar

Oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub

Dewan Masyarakat, Oktober, 2012)



LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 5

 

LATIHAN PENYUNTINGAN SPM 5

 

Terdapat pelbagai-bagai isu yang membimbangkan penguna berhubung dengan makanan kesihatan tambahan bila lebel tidak mempunyai arahan penggunaan yang lengkap dan di dapati mengandungi bahan yang belum dinilai atau diuji bagi menyedia jaminan yang munasabah. Fenomena ini lazim berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia, terutamanya di India dan di China yang merupakan pengeluar dan pengguna herba paling terbesar. Pencemaran bahan logam berat seperti pestisid, mikroorganisma dan mikotoksin banyak didapati  di dalam herba.

 

Seterusnya, pencemaran berlaku secara tidak sengaja melalui proses perbuatan yang digunakan mesin logam yang bukan berkualiti, dan penambahan secara sengaja seperti merkuri sulfida, arsenik sulfida dan arsenik trioksida yang diamalkan dalam perubatan ayurveda dan perubatan dari China. Namun begitu, isu ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pemborong menggunakan mesin logam yang disahkan selamat dan mereka tidak menambah bahan-bahan kimia tertentu dalam produk perubatan yang dihasilkan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Makanan Kesihatan Tambahan, Madu atau Racun

Oleh Radhiah Shukri

Dewan Masyarakat, Disember, 2015)


Tuesday, July 6, 2021

FAEDAH AKTIVITI BERSUKAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Dasar 1Murid 1Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk memastikan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh dalam aktiviti sukan.

Nama : Aqil bin Abdul Samad
Tingkaran : 3RK1

Pendahuluan: Aktiviti sukan dilihat sebagai satu aktiviti riadah yang baik untuk pelajar di sekolah. Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil untuk mengeluarkan peluh. Penglibatan murid dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti bola sepak, hoki, badminton, boling dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada murid?

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian  kerana,

Apabila bersukan kita dapat mengeluarkan peluh yang terdapat di dalam badan. Pemikiran kita juga dapat berehat setelah penat berfikir di sekolah.

AYAT CONTOH

 Misalnya,

Peluh yang keluar ketika pelajar sedang bersukan turut menyingkirkan toksik badan selain mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar itu.

AYAT KESAN

 Ekoran daripada peristiwa itu,

Penglibatan pelajar dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikirkan dan meringankan bebanan mental.

UNGAKAPAN MENARIK

 Bak kata mutiara,

Badan cergas, otak cerdas.

AYAT PENEGAS

 Pendek kata,

Penglibatan pelajar dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan murid yang sihat.

AYAT

TOPIK

 Dalam pada itu,

Bersukan juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

AYAT HURAIAN

 Hal ini dikatakan demikian kerana,

Pelajar tidak akan bercampur dengan golongan yang tidak bermoral kerana aktiviti sukan dijalankan di sekolah berserta dengan pengawasan guru pula.

AYAT CONTOH

 Seperti yang kita sedia maklum,

Masa untuk, menghabiskan sesuatu acara sukan itu juga memerlukan tempoh yang lama seperti bola sepak yang mengambil masa sejam lebih.

AYAT KESAN

 Kesannya,

Pelajar yang terlibat dalam acara sukan akan memenuhkan masa lapangnya dengan baik bahkan juga meningkatkan swadaya pelajar.

UNGAKAPAN MENARIK

 Bak pepatah,

Masa itu emas.

AYAT PENEGAS

 Sesungguhnya,

Bersukan dapat mendisiplinlan murid memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

AYAT

TOPIK

 Meninjau dari skop yang lebih luas,

Bersukan juga mampu melahirkan pelajar yang berfikiran positif.

AYAT HURAIAN

 Hal ini bersangkut paut dengan,

Pemikiran secara rasional, berkeyakinan tinggi serta tidak mudah putus asa ketika seseorang itu aktif bersukan.

AYAT CONTOH

 Sebagai contoh,

Kejayaan pelajar melakukan sesuatu yang luar biasa dalam sukan boleh memberi mereka satu keyakinan bahawa diri mereka bagus dalam sesuatu acara itu.

AYAT KESAN

 Sebagai akibatnya,

Pelajar akan lebih berani untuk mencuba acara sukan lain yang disediakan di sekolah.

UNGAKAPAN MENARIK

 

 

AYAT PENEGAS

 Tuntasnya,

Pelajar akan berfikir dengan lebih positif malahan melihat diri mereka dengan berbeza setelah menyedari potensi diri mereka di dalam sesuatu acara sukan.

AYAT

TOPIK

Lain daripada itu,

Pemupukan nilai-nilai murni turut berlaku apabila seseorang pelajar itu menyertai aktiviti sukan di sekolah.

AYAT HURAIAN

Hal ini berlaku kerana,

Nilai murni seperti berkerjasama, berbincang, berfikir secara kritis dan bersemangat juang pasti tertanam dalam diri pelajar kerana semua nilai ini diperlukan dalam sebarang acara sukan.

AYAT CONTOH

Tamsilnya,

Para pelajar yang menyorak atlet sekolah juga dapat disatupadukan tambahan pula berkongsi minat dalam sukan yang sama.

AYAT KESAN

Sehubungan dengan itu,

Pelajar yang sudah selalu menyertai sukan akan turut mengamalkan nilai sebegini dalam kehidupan seharian mereka yang penuh dengan dugaan.

UNGAKAPAN MENARIK

Bak peribahasa,

Bulat air kerana manusia, bulat manusia kerana bermuafakat.

AYAT PENEGAS

Maka, sudah terang lagi bersuluh,

Nilai murni dapat dipupuk ke dalam hati murid melalui sukan.

Penutup: Sebagai penutupan tirai perbincangan, semua impak positif tadi memang boleh dialami oleh pelajar yang menyertai acara suka tersebut. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memberi sokongan yang padu kepada anak mereka agar melibatkan diri dalam acara sebegini. Sukan tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang membazirkan masa dan tenaga kerana kejayaan pelajar tidak harus diukur berdasarkan kejayaan dalam akademik sahaja. Bulan semakin terang, bayang semakin jelas, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa sukan berfaedah kepada murid.