Wednesday, August 25, 2021

KESAN-KESAN PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

BINCANGKAN KESAN-KESAN PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT.

NAMA : AZIE SYADHIAH
TINGKATAN : 3

PENDAHULUAN: 

        Penyakit berjangkit ialah fenomena biososial. Dalam ilmu epidemologi, penyakit ditakrif sebagai titik tolak yang berbahaya daripada keadaan yang normal kepada individu mahupun sesebuah populasi. Penyakit berjangkit pula adalah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia ataupun haiwan kepada manusia. Ianya adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik. Penyakit berjangkit ini bukan sahaja membawa pelbagai implikasi sosial, bahkan kepada ekonomi, politik dan juga sebagainya.

AYAT

TOPIK

Penanda wacana

Mengakibatkan implikasi ekonomi dari segi kos/kewangan

AYAT HURAIAN

 Hal ini tercetus kerana

Permasalahan kos amat dirasai oleh pihak kerajaan. Kos langsung yang ditanggung oleh pihak kerajaan adalah mengeluarkan peruntukan perbelanjaan untuk menyediakan segala infrastruktur dan infostruktur perubatan dan tenaga kerja serta pakar.

AYAT CONTOH

Sebagai contoh,

Sebanyak RM20.95 juta telah dibelanjakan kerajaan Malaysia sepanjang tahun 1993

AYAT KESAN

Impaknya,

Negara akan mengalami masalah untuk memulihkan kembali status kewangan semasa.

UNGAKAPAN MENARIK

          -

                                                         -

AYAT PENEGAS

Jelaslah bahawa

Penularan penyakit berjangkit akan mengakibatkan status kewangan negara mengalami kejatuhan. Maka, besar kemungkinannya untuk pihak kerajaan tidak lagi mampu untuk membantu meringankan beban rakyat.

 

AYAT

TOPIK

 Selain itu,

Kita tidak akan dapat melakukan aktiviti-aktiviti tertentu seperti aktiviti harian.

AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana

Manusia tidak akan mempunyai banyak tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Sejajar dengan itu, pergerakan mereka akan terbatas berbanding keadaan mereka yang sebelumnya.

AYAT CONTOH

 Sebagai analoginya,

Mereka yang dijangkiti tidak dibenarkan keluar dari rumah dan berjumpa atau bersemuka dengan orang lain

AYAT KESAN

 Hal ini akan menyebabkan

Kurangnya interaksi sesama manusia dan budaya umum negara seperti ziarah-menziarahi tidak lagi dapat diamalkan.

UNGAKAPAN MENARIK

        -

                                                            -

AYAT PENEGAS

 Tuntasnya,

Penyakit berjangkit akan membuatkan manusia lemah dan tidak bertenaga. Permasalahan ini juga akan menyebabkan aktiviti harian terganggu.

AYAT

TOPIK

 Dari perspektif yang lain pula,

Penularan penyakit berjangkit ini juga mempunyai kesan positif dengan adanya penemuan ubat-ubatan dan vaksin bervariasi baharu.

AYAT HURAIAN

 Hal ini disebabkan oleh

Penyakit berjangkit mendorong penyelidikan baharu dilakukan untuk mencari penawar dan penyembuh. Sejajar dengan itu, teknologi perubatan patologi milik kerajaan juga dapat dikembangkan.

AYAT CONTOH

 Contoh yang boleh kita ketengahkan dalam hal ini adalah

Penemuan vaksin penyakit Tibi yang akhirnya dapat menyelamatkan ribuan nyawa di negara kita. Vaksin ini juga menjadi asbab kepada penghalang penularan wabak penyakit Tibi.

AYAT KESAN

Impaknya,

Penerima ubat-ubatan tersebut dapat dilindungi daripada bahayanya penyakit berjangkit ini sekali gus menyekat dan menghalang penyebaran wabak tersebut.

UNGAKAPAN MENARIK

Bak kata pepatah Melayu,

Jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya yang membawa maksud jika kita tidak berusaha, maka kita tidak akan memperolehi sesuatu yang kita mahukan

AYAT PENEGAS

Jelaslah disini bahawa

Penemuan ubat-ubatan dan vaksin ini dapat mengurangkan risiko serta peratusan penyebaran sesebuah wabak penyakit.

AYAT

TOPIK

Akhir sekali,

Kesan-kesan penularan penyakit berjangkit ialah pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

 

AYAT HURAIAN

Hal ini berlaku demikian kerana

Kerajaan kini telah mengetatkan undang-undang negara berkaitan pencemaran alam sekitar terutamanya yang berkait rapat dengan penyebaran wabak penyakit tersebut.

AYAT CONTOH

Justifikasinya,

Seseorang ataupun sesebuah organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti terlarang seperti pembuangan sampah secara sewenang-wenangnya akan dikompaun sebagai peringatan kepada mereka.

AYAT KESAN

Impaknya,

Alam sekitar dapat dipelihara dan dipulihara. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga dapat memupuk sikap tanggungjawab, kesedaran sivik dan rasa sayang kepada alam sekitar.

UNGAKAPAN MENARIK

          -

                                                           -

AYAT PENEGAS

Tegaslah kepada kita bahawa

Alam sekitar juga mempunyai hak untuk terus berkeadaan bersih dan sihat setiap masa.

PENUTUP:

        Oleh itu, penularan penyakit berjangkit ini bukan sahaja membawa kesan negatif, bahkan ada juga kesan positifnya. Pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah tegas dalam mengekang penularan penyakit berjangkit yang tidak ada kompromi sesama benda hidup ini. Rakyat juga haruslah berganding bahu dalam membantu kerajaan menangani kemaslahatan negara sebegini. Maka benarlah kata pepatah Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat yang menekankan betapa pentingnya usaha gigih serta sepakat pihak kerajaan dan rakyat dalam menyelesaikan kemelut ini.


No comments:

Post a Comment