PANDUAN JAWABAN
BIL |
PERISTIWA |
PERIBAHASA |
1 |
Hubungan
adik-beradik kembar itu kian menampak sinar apabila mereka sudah mengakui
kesilapan masing-masing dan berbaik semula. |
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Maksud:
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. |
2 |
Mahathir
mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh pengurusnya walaupun dia tahu salah
disisi undang-undang. |
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Maksud:
Bertindak mengikut arahan atau peraturan. |
3 |
Tingkah
laku anak yatim itu sama seperti arwah ayahnya yang selalu menolong orang. |
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya Bagaimana
rupa, begitulah bayangnya Bagaimana contoh, begitulah kuihnya Maksud:
Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.
|
4 |
“Anak Pak
Husin yang baharu melangsungkan perkahwinan semalam cantik pasangannya.
Pandai dia pilih. Sesuai sangat”, ujar Miah kepada Mak Leha. |
Bagai bulan dengan matahari. Bagai pinang dibelah dua. Maksud:
Sudah sepadan benar. |
5 |
Sudah 30
tahun Leman tinggalkan kampung setelah berkerja di luar negara. Dia mengambil
keputusan untuk menetap di kampung halamannya. |
Bagai
belut pulang ke lumpur Bagai
ikan pulang ke lubuk Berapa
tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga
Maksud:
Sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan pulang
ke kampung halaman. |
No comments:
Post a Comment