PANDUAN JAWABAN
BIL |
PERISTIWA |
PERIBAHASA |
1 |
Setelah
Amir bekerja di syarikat ternama di luar negara, dia tidak endah lagi dengan
kehidupan keluarganya yang susah. Dia tidak bertanya khabar langsung nasib
keluarganya. |
Seperti
ulat lupa akan daun seperti
kacang lupakan kulit Maksud:
Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau orang yang telah
berbudi kepada kita. |
2 |
Sejak
Rosmaida diceraikan oleh suaminya, dia telah berkurung di rumah dan tidak
mahu makan sehingga menyebabkan keadaanya menjadi pucat lesu. |
Makan
diri Maksud:
Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri. |
3 |
Ibu berpesan
kepada Amir agar tidak berputus asa selepas mendapat tahu bahawa dia gagal dalam
keputusan temu duga. Ibunya berkata rezeki ada di mana-mana sahaj. Cuma perlu
usaha. |
Ada air
adalah ikan Maksud:
Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. |
4 |
Selepas
berkali-kali mencuba menyelesaikan masalah soalan matematik yang diberikan
oleh Cikgu Suzi, akhirnya dia berjaya menyelesaikan. |
Ada
akal Maksud:
Cara menyelesaikan sesuatu masalah. |
5 |
“Kau
nak tahu, Nazrin yang pemalas itu sudah lima kali gagal ambil ujian komputer lesen
memandu. Semalam aku dengar dia dah lulus. Nasib baik dia baca buku dan buat
latihan bersugguh-sungguh,” kata Rasid kepada adik bongsunya. |
Belakang
parang jika diasah akan tajam juga Maksud: Jika berusaha
dengan gigih pasti akan berjaya. |
No comments:
Post a Comment