PANDUAN JAWABAN
BIL |
PERISTIWA |
PERIBAHASA |
1 |
Walaupun
beliau berkawan baik selama ini, tetapi Encik Chua cuba ingin menjatuhkan
rakan sekerjanya yang selalu menerima pujian daripada bos. |
Gunting
dalam lipatan Musuh
dalam selimut Api
dalam sekam Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari. |
2 |
Ekoran
daripada wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara, banyak usahawan yang
bakal gulung tikar disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja dan kehilangan
punca pendapatan utama. |
Telur
di hujung tanduk Retak
menanti belah Maksud:
Dalam keadaan bahaya, serba sulit |
3 |
Pembekal
pelitup muka mengambil kesempattan dengan menaikkan harga jualan ekoran pandemik
Covid-19 yang melanda negara. |
Menangguk
di air keruh Memancing
di air keruh Menahan
jerat di tempat genting Menahan
luka di penggentingan Maksud:
Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain
demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. |
4 |
Walaupun
sekolah ditutup disebabkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan orang
awam, Azie tidak patah semangat. Dia tetap belajar bersungguh-sungguh dengan mengikuti
pembelajaran secara dalam talian bersama-sama gurunya dan menonton saluran
youtube pendidikan. |
Usaha
tangga kejayaan Di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan Kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maksud:
Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan. |
5 |
Sabihah
tidak dapat menahan tangisnya apabila doktor memberitahu bahawa ibunya sudah
nazak dan alat bantuan pernafasan terpaksa ditanggalkan. |
Bagai
kaca terhempas ke batu Bagai kaca retak seribu Maksud:
Hati yang hancur kerana dukacita. |
No comments:
Post a Comment