Pendahuluan : Tidak dinafikan bahawa kesedaran untuk
menabung semakin menghilang dalam kalangan masyarakat terutamanya murid
sekolah . Hal ini disebabkan mereka terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka
. Sikap murid yang tidak suka menabung akan memberikan impak negatif kepada
dirinya pada masa akan datang . Murid pada masa kini juga kurang mengambil
tahu tentang kepentingan amalan menabung .Oleh itu , wajar untuk kita ketahui
apakah kepentingan amalan menabung dalam kalangan murid sekolah ? |
||
AYAT TOPIK |
Penanda
wacana |
kita dapat mengurangkan bebanan ibu bapa |
AYAT HURAIAN |
Hal ini dikatakan demikian kerana |
sekiranya kita mempunyai wang simpanan, kita tidak akan meminta wang daripada ibu bapa jika ingin
membeli barang keperluan |
AYAT CONTOH |
Contohnya |
kita boleh menampung perbelanjaan dari segi barangan persekolahan
seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya . |
AYAT KESAN |
Impaknya
|
kita dapat mengelakkan keluarga daripada mengalami masalah kewangan |
UNGAKAPAN MENARIK |
|
- |
AYAT PENEGAS |
Jelaslah disini bahawa |
kita mestilah bijak dalam menabung agar dapat memberikan impak positif
dalam diri sendiri dan juga keluarga |
AYAT TOPIK |
Dari perspektif lain pula |
amalan menabung dapat mewujudkan sikap berjimat cermat dalam diri kita
|
AYAT HURAIAN |
Hal ini berlaku kerana |
kita akan lebih bijak mengurus atau merancang sesuatu perbelanjaan |
AYAT CONTOH |
Contohnya |
kita akan lebih mementingkan barangan keperluan daripada kemahuan . |
AYAT KESAN |
Rentetan daripada hal itu, |
kita dapat mengelakkan diri kita daripada sikap suka memboros yang
tidak mendatangkan faedah dan hanya
menyumbang kesusahan |
UNGAKAPAN MENARIK |
Hal ini sama dengan peribahasa |
‘ kalau boros lekas kerugian ‘ |
AYAT PENEGAS |
Oleh itu |
kita mestilah berjimat cermat dalam menggunakan wang agar kita dapat
mengelakkan pembaziran |
AYAT TOPIK |
Meninjau dari skop yang lebih luas |
kita akan mempunyai simpanan untuk masa depan sekiranya kita menabung |
AYAT HURAIAN |
Hal ini dikatakan demikian kerana |
kita sebagai murid boleh menggunakan wang simpanan tersebut jika kita
berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading |
AYAT CONTOH |
Contohnya |
kita boleh menampung kos pengajian seperti kos penginapan , yuran pengajian dan
sebagainya |
AYAT KESAN |
Kesannya |
kita tidak akan mengalami kesulitan dalam membuat persediaan awal
sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti . |
UNGAKAPAN MENARIK |
Bak kata pepatah |
‘ sediakan payung sebelum hujan ‘ |
AYAT PENEGAS |
Maka terang lagi bersuluh |
kita mestilah mula menyimpan wang untuk memudahkan kita pada masa akan
datang |
AYAT TOPIK |
Akhir sekali |
amalan menabung dapat membantu kita semasa berlakunya kecemasan |
AYAT HURAIAN |
Kita perlu mengakui bahawa |
sesuatu yang kita tidak jangka boleh berlaku pada bila-bila masa .
Oleh sebab itu , sekiranya kita memerlukan wang dengan segera , kita boleh
menggunakan wang tabungan tersebut |
AYAT CONTOH |
Contohnya |
kita boleh memanfaatkan wang tabungan itu untuk membiayai kos rawatan
jika kita terlibat dalam kemalangan pada masa akan datang . |
AYAT KESAN |
Kesannya |
kita tidak perlu meminjam wang jika ditimpa musibah |
UNGAKAPAN MENARIK |
|
Menurut seorang novelis dan penyair terkenal yang berasal dari Prancis
iaitu Victor Hugo, “ tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya “ |
AYAT PENEGAS |
Oleh itu |
menabung sangat berguna kepada kita sekiranya menghadapi risiko dalam
kehidupan |
Penutup Akhirulkalam , amalan menabung memberikan pelbagai manfaat kepada diri
kita . Dengan itu , kita sebagai murid sekolah perlulah berusaha
bersungguh-sungguh dalam menabung supaya kita dapat merealisasikan amalan
menabung sebagai budaya . Semua pihak juga perlu turut berganding bahu dalam
membantu murid-murid menunjukkan minat
mereka untuk menabung supaya amalan ini dapat diperkenalkan kepada generasi
muda akan datang . Oleh itu , marilah kita mula menabung dengan cermat . Bak
kata pepatah ‘ berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian ,
bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian |
Nama: Puteri Irdina
No comments:
Post a Comment