Friday, September 3, 2021

KERANGKA KARANGAN KEPENTINGAN MEMILIKI SIKAP AMANAH

 

Karangan- Jelaskan kepentingan memiliki sikap amanah dalam diri

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa, sikap amanah bermaksud kelakuan jujur dalam sesuatu perkara seperti ditanya atau disoal. Sudah pun menjadi satu kewajipan kepada kita untuk mempunyai sikap amanah. Dalam hal ini, kita hendaklah bercakap perkara yang benar setiap masa agar dipercayai orang ramai. Berdasarkan maklumat yang dikaji, terdapat beberapa kepentingan memiliki sikap amanah dalam diri kita.

Isi 1

Penanda wacana

Isi perenggan

Ayat topik

Antara

Kepentingan tersebut ialah kepercayaan seseorang akan meningkat terhadap penyampai maklumat atau info.

Ayat huraian

Hal ini dikatakan begitu kerana

Penyampai maklumat memberitahu perkara yang benar.

Ayat contoh

Contoh yang ketara ialah

Memberi maklumat tentang pemburu yang memburu harimau.

Ayat kesan

Ekoran daripada isu itu

Kita akan disukai dan dihormati oleh masyarakat setempat.

Isi 2

Meninjau dari skop yang lebih luas

Memiliki sikap amanah dalam diri kita juga dapat menambahkan rakan dan kenalan.

Ayat huraian

Hal ini dikatakan berlaku kerana

Seseorang yang mempunyai sikap amanah merupakan salah satu ciri-ciri rakan yang disukai oleh masyarakat.

Ayat cara

Oleh sebab itu

Kita hendaklah sentiasa bercakap jujur walaupun kebenaran itu amat pahit untuk diterima.

Ayat kesan

Rentetan daripada hal itu

Masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan bantuan rakan kita.

Isi 3

Lain daripada itu

Sikap amanah juga dapat mengelakkan kita daripada menyebarkan perkara yang tidak benar.

Ayat cara

Oleh yang demikian

Kita mestilah menjauhi sikap khianat kepada negara.

Ayat contoh

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

Rakyat Malaysia hendaklah berhenti menyebarkan berita palsu agar suasana kucar-kacir tidak terjadi.

Ayat kesan

Sehubungan dengan itu

Negara kita akan sentiasa aman dan damai sekiranya penyebaran perkara yang tidak benar berkurangan.

Isi 4

Seperkara lagi

Kepentingan sikap ini dapat menjamin keselamatan negara.

Ayat huraian

Hal ini berlaku kerana

Keselamatan negara merupakan amanah kita untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan yang selamat.

Ayat contoh

Contohnya

Masyarakat setempat tidak membocorkan maklumat dan data tentang negaranya sendiri kepada warga asing.

Ayat kesan

Impaknya

Keselamatan negara akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

 

Penutup

Secara keseluruhannya, sikap amanah sangat penting dan mempunyai banyak kepentingan. Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah berusaha mengamalkan sikap amanah. Hal ini sama dengan peribahasa putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.

 Nama : Muhammad Aziq

 

No comments:

Post a Comment