Friday, September 3, 2021

JAWABAN LATIHAN AYAT MAJMUK

 

Panduan jawapan: Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

1.     Rosli membaca surat khabar.

Rosli menonton televisyen.

Jawaban: Rosli membaca surat khabar sambil menonton televisyen.

2.     Azmin menetap di Selangor.

Alia menetap di Selangor.

Jawaban: Azmin dan Alia menetap di Selangor

3.     Kakak melayari Internet.

Adik bermain permainan video.

Jawaban: Kakak melayari Internet manakala adik bermain permainan video.

4.     Beg tangan itu berwarna kelabu .

Beg tangan itu sangat mahal.

Jawaban: Beg tangan yang berwarna biru itu sangat mahal.

5.     Dia terkejut.

Dia terdengar bunyi petir.

Jawaban: Dia terkejut apabila terdengar bunyi petir.

6.     Aziah menurut suruhan kakaknya.

Aziah hormat kepadanya.

Jawaban: Aziah menurut suruhan kakaknya kerana hormat kepadanya.

7.     Baju sekolah adik itu koyak.

Baju sekolah adik itu belum berjahit.

Jawaban: Baju sekolah adik yang koyak itu belum berjahit.

8.     Puan Saleha memberitahu sesuatu.

Anaknya berjaya menerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

Jawaban: Puan Saleha memberitahu sesuatu bahawa anaknya berjaya menerima    Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

9.     Laila dan Husni menaiki teksi?

Laila dan Husni menaiki bas?

Jawaban:Laila dan Husni menaiki teksi atau bas?

10.  Pak cik Azaman terbaring.

Pak cik Azman kesakitan.

Jawaban: Pak cik Azman terbaring kerana kesakitan.

11.  Pengetua yakin.

Pasukan sekolah kami akan memenangi pertandingan debat peringkat negeri.

Jawaban:Pengetua yakin bahawa pasukan sekolah kami akan memenangi pertandingan debat peringkat negeri.

12.  Dia bekerja di sebuah syarikat penerbangan.

Dia memegang jawatan sebagai juruterbang.

Jawaban:Dia yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan memegang jawatan sebagai juruterbang.

13.  Baju itu sudah agak kotor.

Baju itu saya cuci.

Jawaban:Baju yang sudah agak kotor itu saya cuci.

14.  Aiman pergi ke sekolahd dengan menaiki basikal.

Razali pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

Lokman pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

Jawaban:Aiman dan Razali serta Lokman pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

15.  Penyanyi itu tampan.

Penyanyi itu suka membantu orang.

Jawaban:Penyanyi yang tampan itu suka membantu orang.

16.  Cikgu Roslan tidak tahu.

Aiman sakit.

Jawaban: Cikgu Roslan tidak tahu bahawa Aiman sakit.

17.  Beliau akan pergi ke sana.

Beliau diundang.

Jawaban: Beliau akan pergi ke sana jika diundang.

18.  Pemuzik itu kelainan upaya.

Pemuzik itu rajin membuat kerja kebajikan.

Jawaban:Pemuzik yang kelainan upaya  itu rajin membuat kerja kebajikan.

19.  Aina pergi ke dapur.

Aina membasuh pinggan.

Jawaban:Aina pergi ke dapur lalu membasuh pinggan.

20.  Semua murid di dalam perpustakaan membaca buku.

Aizudin tidak membaca buku di perpustakaan.

Jawaban: Semua murid di dalam perpustakaan membaca buku kecuali Aizudin.

 

No comments:

Post a Comment