BIL |
PERISTIWA |
PERIBAHASA |
1 |
Ahmad
dan Abu saling membantu semasa menghadapi masalah dan sentiasa bersama ketika
susah dan senang. |
Ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing Bagai aur dengan tebing Terapung sama hanyut, terenang
sama basah MAKSUD Persahabatan yang sangat karib
kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu kesenangan atau kesusahan
bersama-sama tanggung.
|
2 |
Mak
Senah mulai rambang mata melihat semua gelang emas di kedai alat perhiasan
tersebut. |
Rambang mata MAKSUD Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya
cantik. |
3 |
Tan
Sri Noh Omar amat gembira dengan perlantikan semula sebagai Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dahulunya diambil oleh Puan Sri Kilya
Hun. |
Sirih pulang ke gagang Setinggi-tinggi terbang bangau,
akhirnya Hinggap di belakang kerbau juga Ikan pulang ke lubuk Belut pulang ke lumpur MAKSUD Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal. Kena pada tempatnya pulang ke tempat asal |
4 |
Sofi
menasihati sepupunya Mia agar berbincang dan menyelesaikan permasalahan rumah
tanggaa mereka dengan bijak serta tenang. |
Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. MAKSUD Bersikap bijaksana dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
|
5 |
Usaha-usaha
Tan Sri Lan Chia Hoe membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Orang
Kaya Baharu di negeri kelahirannya, Melaka. |
Usaha
tangga kejayaan Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan Dapat sagunya Genggam
bara api, biar sampai jadi abu Hati hendak, semua jadi MAKSUD Apabila
seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk
mendapatkannya. |
6 |
Dato’
Huzaimi amat disenangi oleh para pekerja kerana sifat rendah dirinya walaupun
beliau merupakan salah seorang peguam terkenal di Malaysia. |
Ikut
resmi padi, makin berisi semakin tunduk
MAKSUD Semakin
tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak
menyombong diri.
|
7 |
Kejayaan
yang dicapai oleh Fadhil tidak menjadikannya seorang yang sombong, sebaliknya
dia sentiasa merendah diri. |
Baik
membawa resmi padi daripada membawa resmi Lalang
MAKSUD Suka
merendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun semakin berilmu atau
berkedudukan tinggi adalah lebih baik daripada bersikap tiada pendirian yang
teguh |
No comments:
Post a Comment