Monday, October 4, 2021

JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 1 SIRI 2

 

Usaha ke arah menjamin pengongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikkan sumber dan maklumat juga dilaksanakan. Usahawan wanita hendaklah teroka peluang dan faedah yang wujud dari pembangunan. Bagi memastikan golongan wanita dapat terus mepacu pendapatan syarikat, usahawan wanita negara ini di seru untuk mendaftar dengan mana persatuan usahawan. Hal ini bagi membolehkan mereka mendapat lebih banyak maklumat-maklumat, khususnya tentang peluang untuk mengembangkan peniagaan, meningkatkan pengetahuan di dalam bidang keusahawanan, di samping membina rantaian kerja yang lebih kukuh. Usahawan wanita perlu mendekatkan diri dengan jaringgan yang sesuai dan menjalin rangkaian yang lebih luas untuk menjana pendapatan perniagaan masing-masing. Mereka juga perlu berusaha untuk merebut peluang atau peruntukan yang boleh manfaatkan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kedudukan Wanita dalam Pembangunan Ekonomi

Oleh Mahathir Mahazar

Dewan Ekonomi, Ogos, 2015)

 

Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

pengongsian

perkongsian

2

di antara

antara

3

pemilikkan

pemilikan

4

teroka

meneroka

5

dari

daripada

6

mepacu

memacu

7

di seru

diseru

8

mana

mana-mana

9

banyak maklumat-maklumat

banyak maklumat

10

peniagan

perniagaan

11

di dalam

dalam

12

rantaian

rangkaian

13

jaringgan

jaringan

14

menjalalin

menjalinkan

15

manfaatkan

dimanfaatkan

 


No comments:

Post a Comment