LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 5
Kepentingan bahasa inggeris sebagai
bahasa ke dua tidak dapat dinafikan. Bahasa Inggeris sangat
penting sekali sebagai alat komunikasi antara bangsa dan
menjadi medium untuk wacana ilmu di peringkat tersebut. Dasar
MBMMBI yang dilaksanakan ini juga memberikan penekan kepada
bahasa Inggeris kerana bahasa ini membantu pekembangan kemajuan
dalam sektor peniagaan dan ekonomi global di era globalisasi ini. Oleh
itu, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris kena kepada
tempatnya dan tepat pada masanya. Marilah kita sama-sama menjaga dan
memartabatkan budaya bangsa.
(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada rencana “MBMMBI” Buletin Pendidikan, Disember,
2010)
|
Panduan jawaban
Bil. |
Kesalahan |
Jawaban |
1 |
bahasa
inggeris |
bahasa
Inggeris |
2 |
ke dua |
kedua |
3 |
sangat
penting sekali |
sangat
penting |
4 |
antara
bangsa |
antarabangsa |
5 |
di |
pada |
6 |
penekan |
penekanan |
7 |
pekembangan |
perkembangan |
8 |
peniagaan |
perniagaan |
9 |
di |
pada |
10 |
kepada |
pada |
No comments:
Post a Comment