Monday, October 4, 2021

JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 2 SIRI 2

 LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 2

Jabatan Pembangunan Wanita juga wajar meningkatkan kerjasama dengan lain institusi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana dapat perkasakan kegiatan keusahawanan. Hal ini dapat dijadikan landasan yang baik untuk tingkatkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan ke negara ini. Di masa yang sama, langkah peningkatan kerjasama yang diambil sekurangnya membolehkan usahawan wanita terus bangun dan meningkatkan kemahiran, di samping berupaya mengenalpasti kelemahan mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kedudukan Wanita dalam Pembangunan Ekonomi

Oleh Mahathir Mahazar

Dewan Ekonomi, Ogos, 2015)

 

 

 Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

lain institusi

Institusi lain

2

kerana

agar

3

perkasakan

memperkasakan

4

tingkatkan

meningkatkan

5

ke

di

6

Di masa

Pada masa

7

sekurangnya

sekurang-kurangnya

8

bangun

membangun

9

mengenalpasti

mengenal pasti

 


No comments:

Post a Comment