Kerajaan
pada 8 Julai 2009 telah memansuh pelaksanaan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada
sekolah-sekolah dan dipindakan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud diletakkan bahasa melayu pada
tempat yang sepatutnya dan sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara
152. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penghantar utama
dalam pendidikan berasaskan Akta-Pendidikan 1996.
Tujuan utama pelaksanaan dasar MBMMBI ini jelas kerana
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai-bagai
kaum. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu berfungsi sebagai
bahasa ilmu kerana banyak buku-buku ilmiah sama ada buku terbitan asal atau pun buku
terjemahan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium demi menyampaikan
ilmu pengetahuan.
(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada rencana “MBMMBI” Buletin Pendidikan, Disember,
2010)
|
Panduan
jawaban
Bil. |
Kesalahan |
Jawaban |
1 |
memansuh |
memansuhkan |
2 |
pada |
di |
3 |
dipindakan |
digantikan |
4 |
diletakkan |
meletakkan |
5 |
bahasa
melayu |
bahasa
Melayu |
6 |
penghantar |
pengantar |
7 |
Akta-Pendidikan
1996 |
Akta
Pendidikan 1996 |
8 |
di
kalangan |
dalam
kalangan |
9 |
pelbagai-bagai |
pelbagai |
10 |
banyak buku-buku |
banyak
buku |
11 |
atau pun |
ataupun |
12 |
demi |
untuk |
No comments:
Post a Comment