Monday, September 20, 2021

KOLEKSI KERANGKA KARANGAN BM PT3 DAN SPM

1. KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG >>>> bacaan tambahan

2. KEPENTINGAN SIKAP AMANAH DALAM DIRI

3. KESAN-KESAN PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT

4. FAEDAH BERSUKAN DALAM KALANGAN PELAJAR

5. PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

6. USAHA-USAHA MEMARTABATKAN PERMAINAN TRADISONAL

7. LANGKAH MENINGKAT ILMU PENGETAHUAN

8. KEPENTINGAN PERHIMPUNAN SEKOLAH

9. PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR

10. FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH


>>>>> koleksi latihan peribahasa <<<<<

>>>>> koleksi latihan penyuntingan <<<<<

>>>>> buku rujukan spm 2021 <<<<<

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 6 SIRI 2

      Secara purata, tiap rakyat Malaysia membuang dua setengah kilogram sampah sehari. Kira 45 peratus dari sampah tersebut adalah sisa makanan, 25 peratus plastic dan 30 peratus bahan lain-lain. Hal ini bererti hampir sesetengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri kepada sisa makanan. Keadaan ini sebabkan sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut kerperluan. Sampah terhasil bila isi rumah membuang apa yang tidak diperlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbon di tempat sendiri.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah

oleh Amlir Ayat

Dewan Masyarakat, November, 2010)

 Panduan jawaban

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 5 SIRI 2

 

       Kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa ke dua tidak dapat dinafikan. Bahasa Inggeris sangat penting sekali sebagai alat komunikasi antara bangsa dan menjadi medium untuk wacana ilmu di peringkat tersebut. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan ini juga memberikan penekan kepada bahasa Inggeris kerana bahasa ini membantu pekembangan kemajuan dalam sektor peniagaan dan ekonomi global di era globalisasi ini. Oleh itu, dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris kena kepada tempatnya dan tepat pada masanya. Marilah kita sama-sama menjaga dan memartabatkan budaya bangsa.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

MBMMBI

Buletin Pendidikan, Disember, 2010)

 

Panduan jawaban

Sunday, September 19, 2021

LATIHAN KESALAHAN BAHASA BM PT3 1

Baki 21 hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitiri dan pastinya segala pesiapan telah dilakukan lebih awal sebelum Ramadhan. Ada juga yang ambil ke­sempatan membeli barang keperluan lebih awal agar dapat memberi tumpuan untuk mela­kukan ibadah puasa. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir masyarakat yang membuat pembe­lian dan persediaan di saat akhir di bulan yang mulia ini. Walau apapun caranya, ma­sing akan sibok berbelanja untuk membeli pelbagai-bagai keperluan menjelang musim perayaan.

 

(Dipetik dan diubah suai daripada: https://www.kosmo.com.my/2021/04/21/belanja-berhemah-elak-budaya-boros/)

 


















  Panduan jawaban

PERISTIWA MENARIK NOVEL PANTAI KASIH

Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang menarik

Berdasarkan dua novel yang anda kaji di tingkatan empat, huraikan satu peristiwa yang menarik dan berikan alasan anda.

      Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Satu peristiwa yang menarik ialah peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar. Peristiwa ini dikatakan menarik kerana. peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.

BAHAGIAN PERMULAAN NOVEL PANTAI KASIH MENARIK MINAT PEMBACA

SOALAN: Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari di tingkatan empat, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat pembaca.

    Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Alasan pertama bahagian permulaan novel itu menarik adalah kerana menggambarkan sifat amanah dan tanggungjawab seorang pekerja terhadap majikannya. Misalnya, Doktor Raiha melakukan pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron atas permintaan ketuanya, Doktor Uwang yang berhalangan melakukannya sendiri.

     Seterusnya, bahagian ini menarik kerana menggambarkan sikap tanggungjawab seorang ayah yang ingin anaknya hidup bahagia. Sebagai contoh, Doktor Raiha teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri rumah tangga sepenuh masa agar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga, bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

PERBELANJAAN BERHEMAT

Pengenalan

Situasi pandemik COVID-19 mencetus fenomena baharu dalam landskap ekonomi negara. Kerajaan mengambil pendekatan berbelanja secara berhemat terutamanya bagi perbelanjaan mengurus dan pada masa sama mengoptimumkan pendapatan daripada pelaburan dan syarikat milik kerajaan. Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan sumber mencukupi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. Bagi mengukuhkan benteng kewangan isi rumah di Malaysia pula, kerajaan menerusi peruntukan Belanjawan 2021 berusaha menyokong kelestarian ekonomi negara dengan tiga matlamat teras, iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi. Pelbagai usaha pengukuhan ekonomi juga dirangka kerajaan. Antaranya mengadakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dilancarkan Perdana Menteri pada 17 Mac lalu yang menggariskan 20 inisiatif memperkasa ekonomi.

 

Peranan isi rumah/masyarakat/individu

  Statistik Jabatan Perangkaan 2020 menunjukkan peningkatan penggunaan platform e-dagang dalam kalangan isi rumah sebanyak 23.3 peratus pada 2019, berbanding 11.3 peratus pada 2016. Peningkatan peratusan dalam perbelanjaan isi rumah memberi impak kepada aktiviti ekonomi secara keseluruhannya, sama ada bagi memenuhi keperluan atau menuruti nafsu kehendak semata. Dalam hal ini, kemampuan isi rumah mentadbir dan mengurus sumber pendapatan menjadi cabaran utama yang perlu difahami dan dikuasai secara istiqamah. Pengetahuan mengenai jumlah sumber pendapatan bersih, tanggungan hutang serta komitmen kewangan lain agenda wajib yang perlu diberi perhatian pada setiap masa. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana pendapatan bersih memberi implikasi besar terhadap kedudukan nilai aliran tunai bersih isi rumah, malah menjadi penanda aras kesihatan kewangan bagi menguruskan perbelanjaan secara berhemat supaya tidak terperangkap dengan hutang. Oleh itu, disiplin diri yang tegas perlu dalam menguruskan kewangan isi rumah dengan lebih sistematik dan berhemat bagi menjamin kelestarian kewangan. Setiap individu hendaklah mengukur kemampuan kewangan sebelum berbelanja merupakan langkah bijak bagi mengelakkan masalah defisit kewangan dan hutang dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Umpama pepatah 'ukur baju di badan sendiri'.


  Kesimpulannya, pengurusan kewangan berhemat berupaya mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara serta menyokong agenda kerajaan dalam mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Sesungguhnya, gelagat perbelanjaan berhemat dalam menguruskan kewangan memberi kesan signifikan kepada hasrat kerajaan merancakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA). Dengan kata lain, usaha memulihkan ekonomi negara pada tahap terbaik memerlukan gandingan semua pihak, bermula isi rumah hingga kepada urusan negara.


Frasa menarik:

1. fenomena baharu

2. landskap ekonomi

3. kelansungan perniagaan

4. benteng kewangan

5. kelestarian ekonomi

6. ketahanan ekonomi

7. menuruti nafsu kehendak

8. penanda aras kesihatan kewangan

9. kelestarian kewangan

10. defisit kewangan

11. gelagat perbelanjaan berhemat

 

 

(Dipetik dan diubah suai daripada : https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/05/821911/pengurusan-kewangan-berhemat-sokong-capai-matlamat-wkb-2030)


Wednesday, September 15, 2021

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 4 SIRI 2

      

      Semua guru menyarankan agar memahami sepenuhnya maksud dan definasi MBMMBI serta boleh memaklumkan hasrat dan matlamat pelaksanaan dasar ini ke pada murid-murid dan masyarakat dengan jelas. Dengan meletak bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya kebudayaan bahasa Melayu akan dipelihara dan seterusnya dapat di lestarikan.

 

      Umum mengetahui bahawa, dalam masyarakat pelbagai etnik, perlu wujud suatu medium untuk mereka saling berhubung-hubung. Dasar MBMMBI ini diinspirasikan agar satu bentuk komunikasi yang berkesan dapat dilakukan dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan dapat memupuk sikap saling menghormati di antara satu sama lain. Di sekolah, para guru perlu membudayakan penggunaan bahasa Melayu baka agar martabat bahasa itu dapat diletakkan pada kedudukan yang sewajanya.

   

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

MBMMBI

Buletin Pendidikan, Disember, 2010)


Panduan jawaban

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 3 SIRI 2

 

          

Kerajaan pada 8 Julai 2009 telah memansuh pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada sekolah-sekolah dan dipindakan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud diletakkan bahasa melayu pada tempat yang sepatutnya dan sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penghantar utama dalam pendidikan berasaskan Akta-Pendidikan 1996.

 

       Tujuan utama pelaksanaan dasar MBMMBI ini jelas kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai-bagai kaum. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana banyak buku-buku ilmiah sama ada buku terbitan asal atau pun buku terjemahan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium demi menyampaikan ilmu pengetahuan.    

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana

MBMMBI

Buletin Pendidikan, Disember, 2010)

 

 

Panduan jawaban



JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 15

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, menyeru kepada sektor swasta turut meningkatkan peyertaan wanita di Malaysia dalam jawatan peringkat paling tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan angota lembaga pengarah. Dia juga menyarankan syarikat kleptokrat membuka mata untuk menilai kebolehan wanita daripada sudut yang lebih siginifi. Dalam memperkasa kuasa wanita sebagai antara egen pembangunan ekonomi negara, pada tahun 1989, kerajaan mengambil inesiatif untuk menggubal Dasar Wanita Negara. Pengubalan dasar ini memperlihatkan komitmen kerajaan yang bertujuan demi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara, di samping menjaga kepentingan dan penyertaan wanita supaya tidak diketepikan.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kedudukan Wanita dalam Pembangunan Ekonomi

Oleh Mahathir Mahazar

Dewan Ekonomi, Ogos, 2015)

 

Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

kepada

supaya

2

peyertaan

penyertaan

3

paling tertinggi

tertinggi / paling tinggi

4

angota

anggota

5

Dia

Beliau

6

kleptokrat

korporat

7

daripada

dari

8

signifi

siginifikan

9

memperkasa

memperkasakan

10

egen

agen

11

inesiatif

inisiatif


JAWABAN LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 14

Kaum wanita di zaman dahulu sering mengaitkan dengan peranan mereka sebagai suri rumah, tetapi kini pencapaian wanita sudah memasuki fasa yang lebih luas dan cermelang serta berjaya memecahkan dominan lelaki, samaada dalam bidang pimpinan, pentadbiran, mahu pun keusahawanan. Oleh sebab golongan wanita di negara ini mewakili separuh dari jumlah penduduk negara, penglibatan mereka dalam pembangunan ekonomi sangat penting sekali untuk meningkatkan duit negara dan sekali gus membantu meningkatkan status sosio ekonomi keluarga.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kedudukan Wanita dalam Pembangunan Ekonomi

Oleh Mahathir Mahazar

Dewan Ekonomi, Ogos, 2015)

 


Panduan jawaban

Bil.

Kesalahan

Jawaban

1

di

pada

2

mengaitkan

dikaitkan

3

cermelang

cemerlang

4

dominan

dominasi

5

samaada

sama ada

6

pimpinan

kepimpinan

7

mahu pun

Mahu pun

8

dari

daripada

9

sangat penting sekali

sangat penting

10

duit

pendapatan

11

sosio ekonomi

sosioekonomi


Saturday, September 11, 2021

LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM 2 SIRI 2

Jabatan Pembangunan Wanita juga wajar meningkatkan kerjasama dengan lain institusi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana dapat perkasakan kegiatan keusahawanan. Hal ini dapat dijadikan landasan yang baik untuk tingkatkan penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan ke negara ini. Di masa yang sama, langkah peningkatan kerjasama yang diambil sekurangnya membolehkan usahawan wanita terus bangun dan meningkatkan kemahiran, di samping berupaya mengenalpasti kelemahan mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kedudukan Wanita dalam Pembangunan Ekonomi

Oleh Mahathir Mahazar

Dewan Ekonomi, Ogos, 2015)

 

Panduan jawaban

KOLEKSI LATIHAN PENYUNTINGAN BM SPM SIRI 2

 1. Latihan Penyuntingan BM SPM 1 >>>>> Jawaban

 2. Latihan Penyuntingan BM SPM 2 >>>>> Jawaban

 3. Latihan Penyuntingan BM SPM 3 >>>>> Jawaban

 4. Latihan Penyuntingan BM SPM 4 >>>>> Jawaban

 5. Latihan Penyuntingan BM SPM 5 >>>>> Jawaban

 6. Latihan Penyuntingan BM SPM 6 >>>>> Jawaban

 7. Latihan Penyuntingan BM SPM 7 >>>>> Jawaban

 8. Latihan Penyuntingan BM SPM 8 >>>>> Jawaban

 9. Latihan Penyuntingan BM SPM 9 >>>>> Jawaban



>>>>> koleksi latihan penyuntingan BM SPM siri 1 <<<<<

>>>>> koleksi kerangka karangan <<<<<

>>>>> buku rujukan spm 2021 <<<<<

>>>>>Cara mudah kuasai Bahasa Inggeris<<<<<